Acar tumis, resipi ringkas ini bila makan dengan nasi briyani, memang best. Boleh ralit bila dah start makan.
Menu sayur ini bahannya mudah didapati dan tak banyak masa untuk menyediakannya. Budak muda mungkin tidak berapa menggemarinya tetapi jika diberikan kepada orang dewasan dan tua, makin berselera mereka makan.
Bahan:
1 batang timun dibuang biji & potong memanjang
1 batang lobak merah dihiris memanjang
1 tangkai cili merah buang biji & hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari daging
2 inci hali dihiris memanjang
2 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar minyak masak
Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Penyediaan:
1. Panaskan minyak, tumis halia dan kacau seketika.
2. Masukkan bahan kisar, rempah kari dan serbuk kunyit tumis hingga kekuningan.
3. Seterusnya masukkan bawang merah dan bawang putih (biarkan sebiji-sebiji), timun, lobak merah, cili merah, kacau rata.
4. Kemudian tambahkan cuka, garam, gula dan biji sawi secukupnya.
5. Jika perlu tambah air, tambahkan sedikit sahaja.Gaul rata, angkat dan sedia dihidang.
Gulai lemak nanas dengan ikan masin, menu kampung yang sedap sentiasa bila makan dengan nasi putih. Resipi ringkas ini boleh buat orang tambah lauk untuk kali kedua.
Untuk ikan masin itu, anda sesuai gunakan ikan talang. Tapi jika tiada, boleh gantikan dengan ikan masin bulu ayam atau ikan masin sepat.
Bahan:
15 biji cili padi
3 bawang merah
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - ketuk
1 biji nanas - potong kecil
2 kotak kecil santan
1 cawan air
Ikan talang masin dikerat & digoreng garing
Penyediaan:
1. Kisar cili padi, bawang merah, kunyit hidup dan air. Tuang bahan kisar ke dalam kuali dan masak dengan ikan kering dan serai sebentar sehingga menggelegak.
2. Masukkan santan dan nanas ke dalam kuali. Kacau hingga mesra dan mendidih. Jika nak letak garam, letak sikit aje sebab ikan dah masin dan nanas pun dah masam (tak perlu letak asam keping). Siap untuk dihidang gulai lemak nanas ikan masin kita.
Resipi ringkas terung salut tepung menggunakan satu jenis sayur aje. Untuk resipi ini, saya gunakan tepung bestari. Cepat, mudah dan pasti sedap. Pada saya, ini antara menu sayur yang ter'simple' sekali.
Nak makan dengan nasi boleh atau nak buat kudapan pun boleh. Untuk kudapan, saya akan cicah dengan sos linggam.
Bahan-bahan:
1 biji terung saiz besar
2 biji telur
2 cawan tepung bestari
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Hiris terung dan letakkan dalam mangkuk berair (supaya terung tak lebam).
2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Kemudian 1 mangkuk lagi berisi tepung bestari pedas.
3. Setelah minyak panas, sadurkan terung dengan tepung dahulu kemudian telur dan sadur kembali tepung. Perlahan-lahan masukkan dalam kuali. Masak hingga kedua-dua bahagian kekuningan. Angkat dan toskan. Goreng sehingga terung dihiris habis.
Menu sihat tauhu goreng sayur ini, murah dan cepat memasaknya. InsyaAllah 10 minit dah siap. Memang ringkas sangat menu sayur ni. Jika anda tak berapa suka dengan tauhu jenis ini, boleh gantikan dengan tauhu telur atau taupok.
Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji telur
1 biji tauhu digoreng dan dipotong kasar
10 biji tauhu taupok potong dua
1/2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil cili flakes
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan minyak. Sementara minyak panas, pecahkan telur dalam mangkuk dan kacau/dadarkan. Masukkan telur dalam minyak panas dan kacau kasar telur tersebut. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak. Setelah minyak panas, masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar dan masukkan pula bawang putih. Kacau dan masukkan hirisan cili pula. Kacau.
3. Cili flakes pula ditabur dalam kuali diikuti dengan taupok. Gaul sebentar dan masukkan air, taugeh, kucai, sos tiram, hirisan tauhu goreng dan telur goreng tadi. Kacau mesra dan perasakan dengan garam. Kacau sebentar dan siap.
Kali ni saya nak kongsi menu sayur yang murah kosnya iaitu hanya dalam RM2.50 aje. Murahkan. InsyaAllah sedap dan ianya menu 'simple' dan sihat.
Bahan:
1 genggam taugeh
1/2 genggam kucai dipotong kasar
1 ketul tauhu digoreng dan hiris kasar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Penyediaaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga sedikit garing. Masukkan cili merah dan kacau rata guna api sederhana.
2. Masukkan taugeh dan kucai, gaul mesra. Masukkan pula tauhu dan perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan siap untuk dihidang.
Muhammad bin Abdullah s.a.w. Narrated by Bukhari
Menu sayur yang ringkas bila masak hujung minggu. Ini resipinya. Anda patut cuba resipi tauhu, taugeh, kucai masak kicap ini. Selalunya menu ini diterima dari golongan kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa.
Bahan:
1 keping tauhu
2 genggam taugeh, cuci & toskan
1/2 cekak kucai, kerat pendek
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris
1 biji cili hijau dihiris
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air
2 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil minyak bijan
Penyediaan:
1. Tauhu dipotong separuh, kemudian digoreng hingga keemasan, angkat dan ketepikan. Setelah sejuk sikit, potong 5 setiap bahagian. Taugeh dibersihkan, cuci dan tos. Kucai dicuci dan dikerat pendek. Kemudian cuci bersih dan toskan bersama taugeh.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah panas, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili hijau hingga harum. Kemudian, masukkan sos tiram, kacau rata dan tambah kicap manis. Gaul rata.
3. Masukkan tauhu, kacau sebentar dan masukkan taugeh serta kucai, kacau hingga semua mesra. Masukkan minyak bijan, gaul dan masak sekejap. Rasa dan jika cukup semua, boleh matikan api. Siap untuk dihidang.
Anda yang tak berapa suka peria pun akan suka rasa dari menu peria goreng tepung ini. Sebab, rudy yang tak makan sangat sayur pelik boleh semalam dia bukak tutup balang. Mengudap peria goreng ni sambil borak.
Peria adalah antara salah satu sayur yang terpahit di dunia. Peria sering digunakan dalam masakan cina yang biasanya digoreng bersama daging atau dibuat sup dan juga sebagai teh. Manakala masyarakat Melayu kita pula lebih suka menggoreng dan dicampur dengan udang atau makanan berdaging.
Bahan:
1 batang peria kembas dibelah dua, dibuang isi tengah dan dihiris nipis
1 sudu besar garam (rendaman)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung goreng ayam segera (tak kisahlah apa brand)
Tisu dapur (untuk keringkan peria basah)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Setelah dihiris peria dengan nipis, rendam dalam air bercampur garam. Rendam sekurangnya setengah jam. Selepas itu, basuh bersih dan tapis. Untuk cepat kering, tekap dengan tisu dapur dan kemudian keringkan di bawah kipas.
2. Campurkan tepung jagung dan tepung goreng ayam. Gaul mesra dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan segenggam hirisan peria ke dalam tepung dan sadurkan ia. Kemudian, masukkan peria tersebut dalam kuali. Kacau dan masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Masak sehingga habis.
4. Setelah peria goreng tak panas dah, letakkan dalam balang. Tutup rapat. Siap menu sayur kita.
Tak semua orang suka dengan peria. Ia menu sayur yang cuba dielakkan jika ada pilihan. Dah tentu kerana rasa pahitnya. Jadi, ini resipi ringkas peria goreng telur yang anda boleh cuba.
Peria meski ramai tak berapa meminatinya tetapi khasiatnya tidak dinafikan. Antara khasiat peria adalah:
Bahan:
1 biji peria saiz sederhana. Belah dua dan buang empulurnya. Hiris serong dan nipis
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sedikit air
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1 biji cili merah*(*ditumbuk hancur)
Penyediaan:
1. Rendam peria yang dihiris dalam air bergaram. Rendam dalam 5-10 minit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan sos tiram, kacau rata dan tuang sedikit air. Masukkan peria. Kacau rata dan masak hingga peria lembut sedikit.
3. Tambah garam secukup rasa dan kacau rata. Perlahan-lahan tuang telur pada keliling kuali. Bila kelihatan telur mengeras sedikit, gaul rata dengan peria. Masak hingga telur seakan-akan bersalut. Rasa dan jika ok, matikan api. Siap untuk dinikmati.
Tetiba rasa nak try resipi baru menu sayur bendi. Selalu letak dalam asam pedas aje. Kali ni makan dengan nasi panas, kuah kari nasi kandar, Bende goreng ala mamak ini kiranya mudah untuk anda yang ingin masak untuk keluarga meskipun kekangan masa.
Ada hasil kajian menunjukkan bahawa sayur bende ini membantu dalam mengawal paras gula dalam darah. Kiranya membantu mereka yang menghidap diabetes. Ada juga kajian menunjukkan bahawa, bende membantu menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan buah pinggang bagi pesakit diabetes.
Bahan:
8-10 batang bendi dipotong bulat
1 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai daun kari
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
4-5 tangkai cili kering dipotong, rendam dengan air panas dan ditoskan
1/2 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan daun kari, biji sawi dan cili kering. Kacau seketika.
2. Selepas itu, masukkan bendi, serbuk kunyit, serbuk ikan bilis dan garam. Kacau sebentar sehingga bendi masak dan siap dihidangkan. Resipi ringkas untuk yang mahu ada sayur di meja makannnya.
Kerabu pucuk paku sambal tempoyak adalah menu khas untuk peminat sayur dan tempoyak. Menu sihat untuk diet juga. Resipi ringkas ini boleh dinikmati jika musim durian atau ada tempoyak di rumah. Menu ini boleh dimakan dengan nasi ataupun diratah seperti memakan salad.
Bahan:
2 genggam pucuk paku (ambil bahagian lembut), celur dan tapis
1/2 biji kelapa parut putih, disangai
1 batang kecil bunga kantan dihiris
1 biji bawang besar didadu
5 Sudu sambal tempoyak
Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, campurkan pucuk paku, kelapa parut, bunga kantan dan bawang besar. Gaul mesra.
2. Kemudian, masukkan sambal tempoyak. Gaul hingga mesra tapi jangan beria-ia sangat. Mesra-mesra gitu-gitu aje. Masukkan dalam pinggan hidangan. Siap.
Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Maja, Ahmad dan Al-Baihaqi daripada
Dalca sayur, menu sayur yang popular ketika kenduri. Enak makan dengan nasi putih mahupun nasi tomato. Ini resipi mama dari buku tebalnya. Ia bukan resipi ringkas tapi mampu memberi kita ilmu untuk menyediakan makanan sedap buat keluarga.
Dalca selalunya sedap makan dengan nasi briyani mahupun dengan menu roti seperti roti canai, pratha, roti sardin dan juga roti tempayan.
Bahan:
Kaki & leher ayam (jika nak guna ayam atau daging, boleh aje tukar)
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
2 sudu besar cili giling
1 pek kecil rempah kari
3 tangkai daun kari
1 liter air
1/2 kotak santan (kotak kecil)
2 biji kentang potong 8
2 biji terung dipotong 6
1 batang lobak merah potong wedges
10 tangkai kacang panjang potong pendek
1 keping asam keping
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah kari dan daun kari. Masak hingga terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau.
2. Masukkan kaki dan leher ayam. Kacau sebentar dan masukkan 500ml air. Kacau seketika dan biarkan ia masak. Kemudian, masukkan kentang dan lobak merah. Gaul sesekali hingga kentang sedikit lembut.
3. Masukkan baki air 500ml lagi dan masukkan santan. Kacau. Masukkan asam gelugor. Biar mendidih.
4. Masukkan pula kacang panjang dan terung. Kacau dan biar mendidih. Tutup sebentar kuali dengan penutup kuali atau penutup periuk nasi. Tutup dalam 5 minit. Untuk pasti semua sayur masak sekata. Selepas itu, angkat penutup, kacau sebentar dan masukkan garam gula secukup rasa. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sebentar dan sedia untuk dihidang.
Jelatah atau dikenali juga dengan acar mentah adalah menu yang sering kita dapati bila ke kenduri atau makan dengan nasi briyani. Ia seperti salad bagi makanan berat kita. Resipi ringkas yang menjimatkan masa memasak dan tidak memerlukan kos yang banyak.
Oh ya, jika anda suka, anda boleh letakkan cuka makanan sedikit. Bagi saya pula, bergantung kepada siapa yang ingin saya hidangkan. Kerana ada orang sedikit alergik pada cuka.
Bahan:
1 biji timun dipotong nipis
1 biji lobak merah dipotong nipis
1 tangkai cili merah dihiris
1 biji nanas dibuang kulit & di potong kipas (buang bahagian tengah keras tu)
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam
Penyediaan:
1. Masukkan timun, lobak merah, cili, nanas ke dalam satu bekas.
2. Masukkan gula dan garam. Gaul hingga mesra. Siap.
Sayur kangkung goreng belacan, menu sayur yang enak sejak zaman berzaman. Dinikmati dengan bubur ataupun nasi, memang sesuai sangat. Menu lajen ini penting bila kita ketandusan idea nak masak apa pada minggu itu.
Kangkung ini mengikut hasil kajian, sesuai untuk mereka yang:
Bahan:
1 ikat kangkung diambil daun dan batang lembutnya
8-10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput belacan bakar
1/2 cawan air
Sedikit minya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Penyediaan:
1. Kisar cili padi, belacan, bawang merah, bawang putih dan air. Kisar jangan halus sangat.
2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan 1/2 sudu besar gula dan sedikit garam. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan batang kangkung dahulu. Kacau. Biarkan ia layu sedikit dan masukkan kangkung. Kacau hingga mesra dan kangkung layu. Tambahkan sedikit garam. Kacau dan sedia untuk dihidang.
Kurma goreng, resipi ringkas paklong & arwah maklong. Enak bila dimakan bila berbuka, lepas tarawikh dan dijadikan kudapan bila teringin. Ini resipinya. Moga bermanfaat dan menjadi saham akhirat buat arwah.
Di Malaysia terdapat 11 jenis kurma yang mudah didapati. Ia adalah jenis kurma ajwa, mabroom, sayer, safawi, mazafati, rabbi, piarom, kabkab, mariami, medjool dan deglet nor.
Bahan:
15-17 biji kurma jenis mariami
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar beras
3 sudu besar tepung goreng pisang
Secubit garam
1/3 cawan air (bergantung pada kepekatan adunan)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan tepung gandum, tepung beras, tepung goreng pisang, garam dan air. Kacau hingga dapat adunan yang tidak terlalu pekat & tidak terlalu cair.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali guna api sederhana. Selepas minyak panas, celupkan sebiji demi sebiji kurma dalam adunan dan goreng dalam kuali. Sekali goreng, masukkan dalam 5-6 biji kurma aje.
3. Bila sudah warna keemasan, angkat dan toskan. Goreng kurma yang lain sehingga selesai.
Gulai kampung yang sekali makan, pasti jatuh cinta. Saya jatuh cinta dengan rebung bila diajar makannya oleh arwah mak ngah. Dia yang mengajar saya untuk tidak takut mencuba menikmati lauk-lauk kampung yang unik. Dan baru kali ini saya baru tahu yang rebung ini ada tiga jenis (selalunya saya makan aje di kedai tanpa tahu jenis-jenisnya.
Tiga jenis rebung:
Resipi gulai rebung. Kosnya bukan sahaja berpatutan tapi mudah didapati.
Bahan:
800 gram rebung madu
200gm udang
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam keping
500 liter air
300 ml pati santan
Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
4 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Penyediaan:
1. Rebung dicuci dan direbus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam. Rebus hingga rebung lembut, dan kemudian toskan. Udang digunting muncung tajamnya.
2. Masukkan rebung dan serai dalam periuk. Tambah bahan kisar halus dan kacau. Tuang air hingga rebung tenggelam dan masak hingga mendidih. Masukkan asam keping dan daun kunyit. Masukkan udang, kacau dan masak hingga udang berubah warna.
3. Tuangkan santan, kacau hingga rata dengan api sederhana. Masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidang.
Menu sup sayur campur selalunya adalah menu termudah apabila menjamu keluarga dan tetamu. Menu ini boleh dimakan bukan sahaja dengan nasi tetapi juga dengan bihun, mi ataupun pasta.
Untuk pilihan sayurnya, terpulang kepada individu mahu masukkan apa. Jika anda suka ayam atau makanan laut, boleh juga diletakkan sekali di dalamnya. Pada saya, boleh aje letak semua jenis sayur yang ada dalam peti sejuk.
Untuk minyak memasak, anda boleh pilih sama ada ingin guna minyak kelapa sawit, minyak jagung ataupun minyak zaitun. Terpulang kepada diri masing-masing.
Bahan:
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris/dadu
1 batang lobak merah dipotong bulat
2 batang saderi potong serong
5 jambak sawi batang pendek asingkan sayur dan batangnya
1 biji tauhu goreng dipotong dadu
8 biji fish ball
3 urat daun bawang
1 cawan cendawan
1 kiub pati ikan bilis
10 biji tomato kecil
Sedikit cili padi
3 sudu minyak zaitun
1 1/2 liter air
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam periuk. Setelah panas, tumis bawang besar dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan lobak merah. Masukkan 1 liter air. Masak sehingga air mendidih beberapa minit.
2. Setelah mendidih, masukkan batang saderi. Kacau sebentar dan masukkan pula batang sawi dan kiub pati ikan bilis. Biarkan sayur sedikit lembut dan kacau sekali sekala.
3. Masukkan pula tauhu, bebola ikan, cili padi, sawi dan baki 1/2 liter air. Kacau sebentar dan masukkan daun sup, cendawan dan perasakan dengan sedikit garam.
4. Setelah mendidih, masukkan tomato. Kacau dan tutup api. Sedia untuk dihidang sup sayur campur kita.
Menu salad paling mudah. Letak apa sahaja buah-buahan yang anda suka. Letakkan juga sedikit madu. Kudapan paling sihat untuk seisi keluarga.
Bahan:
1 biji buah limau sunskist
1 biji buah epal merah
1 biji buah pear
12 biji buah anggur hijau
2 tangkai daun pudina
2 sudu besar madu lebah
Penyediaan:
1. Potong buah-buahan saiz kiub. Masukkan dalam bekas besar. Masukkan beberapa helai daun pudina. Gaul mesra. 'Drizzle' madu lebah atas buah-buahan. Siap untuk dinikmati.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.