Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam

Menulis jurnal kesyukuran, terapi positif dan sangka baik

Menulis jurnal kesyukuran merupakan antara terapi saya berusaha mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, sudah melebihi 3 tahun saya menulis jurnal kesyukuran ini. Rasanya semenjak covid-19 bermula. Sebelum ini, masa belajar di sekolah menengah dan beberapa tahun di universiti, saya ada menulis diari. Cuma bezanya antara diari dan jurnal kesyukuran, diari ,saya banyak meluahkan rasa tidak puas hati, sedih dan stres berbanding rasa syukur atau perkara baik. Saya berhenti menulis diari pada waktu itu kerana diejek oleh rakan sebilik kerana menulis diari. Saya tak ingat apa dia kata, tapi akibat kata-katanya itu, saya berhenti menulis (jika difikirkan balik, hikmahnya, saya tidak meneruskan diri menulis perkara-perkara negatif). 


Mungkin ada susur galur atau DNA dalam gen ibubapa atuk nenek saya sebelum ini yang suka menulis, jadi tabiat menulis ini sukar dihentikan. Daripada menulis jurnal akademik sehinggakan ke buku cerita kanak-kanak, novel pendek, blog hingga ke status di medsos, saya terus menulis. Dan oleh kerana menulis mampu membebaskan jiwa saya untuk berkongsi ilmu yang ada, berkongsi kisah yang menarik juga mendokumenkan travelog kisah diri, Allah perkenalkan saya dengan gratitude journal atau jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu sebagai Jurnal Kesyukuran. 


Satu malam, sedang saya scroll website Big Bad Wolf yang sedang buat promosi akhir tahun (rasanya akhir tahun), saya jumpa satu buku murah bertajuk 'A simple act of gratitude'. Saya baca sinopsisnya. Menarik. Jadi, saya belilah sekali dengan novel inggeris yang lain. Bila dapat buku ni, saya baca skit. Mula-mula macam tak berapa faham sebab penulisnya menceritakan tentang masalah-masalah yang dihadapi sekelilingnya. Selepas masuk bab kedua dan ketiga, baru saya seronok membacanya sehinggalah bab akhir. 

 

Saya mempraktikkan perlahan-lahan apa yang ditulis dalam buku ni. Saya ditakdirkan jumpa sekotak kad direka khas untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita hajati. Dalam box ni ada 20 keping kad berserta sampul. Terus saya beli. Jadinya, kad-kad ini saya tulis ucapan terima kasih dan kata-kata semangat dan berikan kepada beberapa orang ahli keluarga saya bila kami berjumpa semula selepas beberapa bulan tak berjumpa dan kena kuarantin (masa ni tahun covid melanda ya). Tak lama lepas tu, saya berusaha meminta alamat kawan-kawan sekolah. Saya berikan mereka kad ucapan Selamat Hari Raya dan duit raya syiling (mereka happy menerimanya). Masa ni saya belum menulis jurnal kesyukuran lagi. Waktu awal-awal ini, saya juga berusaha untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang ditemui dan membantu saya. Kerana, tanpa mereka, urusan saya pasti tergendala atau tersekat.


Tak lama lepas tu, tengah dengar Spotify dari Oprah Winfrey, saya terdengar kisah beliau bercerita tentang Gratitude Journal dan kelebihan menulisnya. Jadinya, saya cuba cari info tentang gratitude journal ni dan cari buku yang ada berkaitan dengannya. Dan terima kasih sekali lagi kepada Big Bad Wolf kerana telah memperkenalkan saya pada buku 'The gratitude diaries' karya Janice Kaplan. 


Bila baca buku ni dalam 3 bab pertama, saya rasa seperti tak sabar-sabar untuk menulis jurnal kesyukuran. Bukan sahaja tak sabar untuk menulis tetapi juga belajar menghargai orang sekeliling dan mengucapkan kata-kata baik. Saya mulakan dengan menulis jurnal dalam buku nota hardcover hadiah daripada bank. Dari situ, setiap hari saya cuba menulis 3-5 perkara baik yang berlaku kepada diri. Sambil menulis, saya tetaplah membaca info lain tentang kesyukuran dan buku motivasi. Kerana, saya mahu hidup dalam keadaan yang hatinya aman, tidak berdendam atau cemburu juga ingin perbaiki diri mana yang kurang. 


(kita sambung kembali dalam kisah ke-2)

Buku How to Stop Worrying and Start, mengajak prasangka baik

Sambungan dari artikel sebelumnya. Buku How to stop worrying and start living adalah buku ke-3 yang memberikan saya peluang, nafas baru dan berfikir positif dan sangka baik apa yang telah berlaku dan akan datang. Buku ini saya beli terjemahannya dalam Bahasa Melayu oleh PTS. Tajuknya serta rekomen orang di internet membuatkan saya membeli buku ini. Dan memang sangat berbaloi isi buku ini. Jadinya, isi kandungan buku ini saya adapt sedikit untuk penulisan jurnal kesyukuran saya. Saya berusaha menanam fikiran-fikiran baik dalam diri.


Ada banyak kisah benar dalam buku ini yang membuatkan saya seolah-olah diberi peluang kedua untuk kembali hidup tenang, gembira dan jauh dari ketakutan (sebelum ini, saya sering mengalami rasa takut dan ketidakpastian yang tinggi). Kisah pertama yang membuka minda saya ialah kisah seorang lelaki yang kematian 2 orang anak perempuan dalam masa setahun. Dia menjadi terlalu tertekan, emosi terganggu dan mula hilang keyakinan diri. Dia jumpa 2 doktor yang mana doktor pertama menyaran dia mengambil ubat tidur dan doktor kedua menyarankan dia untuk bercuti. Dia lakukan kedua-duanya tetapi tidak ada satu pun yang membantu dalam jangka masa panjang. Ditakdirkan satu hari, anak lelakinya yang seorang meminta dia membina sebuat bot mainan. Pada awalnya dia tidak mahu tapi oleh kerana anaknya itu merayu-rayu, jadi diturutkan. Dia membina bot mainan itu selama 3 jam. 


Sebaik selesai, baru dia tersedar dalam masa 3 jam dia membina bot itu, fikirannya seolah tidak terfikir langsung akan masalah emosi yang dihadapinya sebelum ini. Menurutnya, itu pertama kali dalam beberapa bulan mindanya berasa tenang dan tenteram. Penemuan itu membuatkan dia berfikir sejenak. Kesibukan diri membina bot telah menghilangkan perasaan bimbang dan sedih yang berlegar dalam fikirannya. Sejak dari itu, dia memastikan diri supaya sentiasa sibuk agar tidak diganggu dengan bisikan-bisikan negatif.  

 

Dan bab lain yang saya rasa perlu dikongsikan juga dari buku ini yang membuka mata hati saya ialah 'Usah Berdendam'. Perasaan benci atau sakit hati menyebabkan kita tidak dapat menikmati hidup dengan sempurna sehingga makanan enak sekalipun tidak terasa sedap. Kita mungkin tidak mampu mengasihi orang yang tidak suka kita tetapi demi kesihatan dan kebahagiaan diri, sayangilah diri kita sebanyak mungkin agar orang tersebut tidak dapat meragut kebahagiaan, kesihatan dan penampilan kita. Satu cara yang pasti dapat memaafkan dan melupakan kesalahan musuh-musuh kita adalah dengan memikirkan hal yang lebih penting. Pada masa itu, segala penghinaan, pandangan sinis, persepsi negatif tidak lagi penting kerana kita sudah tidak peduli tentang hal-hal lain melainkan kita sahaja. Jangan sekali-kali cuba membalas dendam kepada musuh-musuh kita. Sekiranya kita berbuat demikian, penderitaan yang kita hadapi pasti lebih dahsyat. Jangan bazirkan masa walau seminit untuk memikirkan tentang orang yang kita tidak suka. 


Terlalu banyak kisah-kisah benar yang bagus dalam buku ini. Ia memberi kita ilham, sumber inspirasi dan contoh untuk diikuti bagi menangani masalah dalam kita yang ada sifat bimbang, takut, benci, risau, sukar untuk memaafkan dan belajar untuk menerima takdir. Apapun yang berlaku, jangan terlalu lama mengambil masa untuk bangkit. Ingat! Syaitan dan nafsu jahat kita akan sentiasa mengganggu ketenteraman diri. Jadi, perbanyakkanlah doa, zikir dan melakukan perkara yang berfaedah yang memberi manfaat buat diri, masyarkat, bangsa dan agama. Dan yang penting, mampu melekakan kita berbuat baik.

Mengapa saya memilih menulis jurnal kesyukuran banding diari

Mengapa saya memilih untuk menulis jurnal kesyukuran berbanding diari harian yang jika dilihat lebih kurang sama fungsinya. Syukur merupakan tanda terima kasih dan menghargai segala nikmat kebaikan yang diperolehi. Dengan bersyukur, kita seolah menjemput diri untuk memikirkan banyak perkara baik yang diterima, merasa cukup dengan apa yang ada, kurang berasa cemburu mahupun iri (dalam Islam, manusia boleh cemburu dalam beberapa perkara) dan berprasangka baik kepada pencipta. Kenapa saya memilih untuk menulis jurnal syukur adalah kerana saya ingin mengurangkan sebanyak mungkin rasa cemburu yang ada dalam diri, mahu belajar menerima takdir dengan bersangka baik bahawa semuanya ada hikmah tersendiri dan mahu membina hidup yang ceria tanpa terlalu memikirkan perkara tidak baik yang telah lama berlalu. Saya mahu hidup pada masa kini. Sekarang.


Jika dahulu sewaktu belajar, saya ada menulis diari peribadi. Diari ini selalunya saya luahkan rasa hati tak kira positif, negatif, suka, stres atau apa sahaja kejadian yang berlaku pada hari itu. Dan selalunya bila saya baca balik bab-bab yang negatif, saya seperti terbawa-bawa ke masa lalu yang membuatkan saya marah, sedih, tertekan dan benci. Aura pembacaan seperti ini tidak bagus untuk diri yang cuba move-on. Tapi saya masih tetap menulis diari sehingga tamat belajar dan habis diploma (ialah tak tahu wujudnya diari boleh tulis baik-baik aje). Konsep penulisan yang saya pegang pada masa itu sama seperti awalnya. 

 

Pernah saya ceritakan kenapa saya berhenti menulis diari sebelum ini, makanya saya mula menulis kembali selepas 20 tahun meninggalkannya. Ini semua bermula waktu covid-19. Dalam situasi dunia yang terbelanggu dengan masalah kesihatan, saya mencari-cari alternatif untuk mengawal emosi diri dari berfikir macam-macam. Alhamdulillah Allah lorongkan saya mengenali dan 'menjebakkan' diri dalam penulisan diari kembali tapi lebih bersifat matang. Matang kerana pada situasi sekarang, saya menulis jurnal kesyukuran iaitu saya berusaha menyenaraikan banyak perkara baik yang berlaku setiap hari berbanding mencari kesalahan orang atau melihat kekurangan diri. Saya juga meraikan kejayaan-kejayaan kecil yang berlaku sekitar diri. 


Tak dinafikan ada hari yang kita kena hadap perlian, kecil hati, makan hati atau masalah lain. Tapi jika difikirkan kembali, masalah kita tak sehebat mereka yang teraniaya di luar sana sampai dinafikan hak untuk terus hidup (sekarang waktu saya sedang tulis ni terbongkarnya kisah benar kekejaman dalam Penjara Sedhyana di Syria). Berusahalah untuk bertenang, sabar dan tersenyum. Ingat! Apa yang berlaku segalanya dengan izin Allah. Allah telah menetapkan 50000 tahun takdir kita sebelum kita lahir ke dunia lagi.  

 

Menulis jurnal kesyukuran hampir 4 tahun ini, beberapa kelebihan dapat saya senaraikan. Kelebihan ini bergantung kepada individu bersama dengan permasalahan yang sedang dihadapi (lain orang lain kelebihan yang diperolehi walaupun banyak persamaan). Antara kelebihan yang saya perolehi:

  1. Saya berusaha menulis nikmat-nikmat hidup yang Allah berikan sejak awal pagi sehinggalah ingin tidur malam kembali. Contohnya saya menulis begini; Saya bersyukur pada nyawa yang Allah kurniakan, dapat bernafas dengan mudah tanpa perlu membawa tangki oksigen, kaki yang sakit akibat plantar faciitis dapat bergerak kembali dengan mudah, dapat melihat, ada rezeki untuk makan waktu pagi, tengahari dan malam dan sebagainya. Betul seperti apa yang difirmankan Allah dalam al-Quran surah an-Nahl, "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya."
  2. Saya meraikan kejayaan-kejayaan kecil yang berjaya saya harungi. Contohnya; Alhamdulillah dapat morning walk di kawasan perumahan, Syukur dapat mencuba resipi baru dan ianya sedap, Syukur dapat jualan yang lebih sikit bulan ni dan sebagainya. Dengan meraikan pencapaian yang kita usahakan, sebenarnya kita telah berjaya harungi 'ujian hidup' pada hari tersebut yang kita tak sangka mampu lakukan. 
  3. Berusaha memperbaiki nilai diri dengan mengurangkan perbandingan dengan orang lain. Bab cemburu ni kita perlu kawal. Kerana takut jika cemburu melampau, ia mampu membuatkan diri kita melakukan perkara-perkara di luar batasan agama. Contohnya kita dapat lihat kisah-kisah peniaga kecil yang disihir atau santau.
  4. Memastikan emosi pada tahap gembira dan membina perhubungan yang lebih sihat dengan orang sekeliling. Bila kita happy, kita akan ucap kata-kata yang baik. Sebagai contoh ucap salam dan selamat pagi pada orang yang kita jumpa, beri hadiah, belanja orang makan kuih dan lain-lain.
  5. Lebih optimistik dan bersangka baik dalam kehidupan. Setiap orang ada ujian tersendiri, cuma dengan menulis jurnal kesyukuran ini membuatkan saya tahu ada sebab-sebab tertentu yang Allah tidak izinkan apa kita harapkan berlaku. Sebagai contoh diri saya sendiri, kami suami isteri sudah 18 tahun berumahtangga tapi masih tidak dikurniakan zuriat oleh Allah lagi. Bila dilihat pada tempoh waktu itu, kami tahu yang Allah tidak beri adalah kerana sebab sebab ini... (biarlah rahsia buat masa ini).
  6. Menulis jurnal kesyukuran ini berbanding diari harian sudah pastinya menyuruh kita menulis perkara-perkara yang ke arah positif dan memotivasikan diri. Semua kisah-kisah negatif kita tolak tepi sikit. Letakkan ia dalam 'kotak pelajaran yang diperolehi' pada hari ini. Itupun kita cerita permukaan aje. Jangan cerita lebih sangat.
  7. Antara perkara baik yang saya perasan juga ialah saya dapat merancang dan menyusun aktiviti harian agar lebih memberi manfaat pada diri. Cuba elakkan dari membazir masa. Saya mahu masa yang ada diisi dengan berbuat baik dan perkara bermanfaat (tapi kalau penyakit vertigo dah datang atau mood swing betul, memang saya akan take-a-break dalam sehari dua).
  8. Menulis perkara yang kita syukuri ini sebenarnya membantu kita meningkatkan kesedaran dan apresiasi kepada diri sendiri. Ia membantu mengubah perspektif kita terhadap hidup. Belajar menghargai diri sendiri. Bersyukur mengubah sisi pandang kita pada segala perkara yang berlaku sebenarnya adalah perancangan terbaik Allah untuk hamba-Nya.
  9. Menulis jurnal kesyukuran ini sudah semestinya menjadi senarai semak mengukur keupayaan diri untuk sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi. 

Rancangan kita VS Rancangan Allah, bagaimana sangka baik?

Perancangan kita vs perancangan Allah selalunya berbeza tapi ada waktu ia seperti apa yang dirancangkan. Hidup perlu ada rancangan, impian dan cita-cita. Kerana ini semua mendorong kita untuk melakukan apa sahaja yang menjurus tercapainya hasrat tersebut. Dari kecil contohnya, kita didedahkan untuk berusaha mengenal huruf, angka, belajar ilmu baru, praktikkan ilmu, hadapi peperiksaan, belajar berkenalan dan sebagainya. Ini semua dirancang dan dipersiapkan untuk kita agar membantu menjadikan diri seorang manusia yang berguna, bermanfaat, baik dan berilmu apabila dewasa kelak. 


Konsep merancang ini  perlu ada dalam membina kekuatan dan keyakinan diri. Sebagai contoh, kita merancang untuk berjaya dalam bidang yang diminati, ingin memiliki rumah atau kenderaan yang hebat, bercuti ke luar negara ataupun menjadi pemain sukan yang ternama. Kesemua ini menuntut kita untuk merancang dengan teliti bagaimana untuk menguruskan diri, masa, latihan, pekerjaan, hubungan dengan pencipta dan sebagainya. Namun, meskipun kita telah merancang sebaik mungkin, tiba-tiba perancangan Allah yang tidak terduga muncul. Muncul dengan cara bagaimana? Selalunya ia muncul dalam bentuk musibah, kecelakaan, kesakitan, tekanan, kekurangan, kekayaan, populariti yang amat sangat ataupun peperangan. Dari sinilah kita diuji pula dengan bersangka baik. Ya, saya diuji dengan dua dari perancangan Allah ini. Saya akui, hampir mengalah untuk teruskan hidup tapi ada satu yang menguatkan saya iaitu 'Aku ada Allah. Aku ada Tuhan'.


Bagaimana saya hendak bersangka baik pada musibah dan dalam pada masa ia mengganggu proses saya menjadikan impian satu realiti? Banyak cita-cita saya seolah terbengkalai dan tercicir ke belakang. Jika diingatkan kembali, rasa down masa itu dalam 80%. Untuk bangkit, ia tidak mudah. Bertahun saya bertahan dan membina kembali kekuatan diri. Hanya Allah tahu betapa banyak air mata yang gugur mengadu pada dia, meminta ampun dan berharap Dia bantu saya bersemangat kembali dalam hidup ini.  Syukur teramat syukur, meskipun proses untuk bangkit itu makan masa bertahun, tetap juga Allah bantu. Perlahan tapi pasti. 


Perancangan Allah ini pada awalnya memang sukar untuk saya bersangka baik. Bagaimana hendak bersangka baik jika selepas satu, satu dan satu ujian datang menimpa. Antara yang saya boleh kongsikan ialah ia tentang ujian belajar, ujian kerjaya dan ujian zuriat. Perkara ini berlangsung saya rasa hampir 10 tahun. Dalam pada masa tersebut, perlahan-lahan Allah sebenarnya didik hati saya, tukar persepsi saya dan belajar untuk percaya pula pada perancangan Dia. Allah bantu saya dekatkan diri pada Dia, banyakkan belajar ilmu baru dan berusaha menghargai apa sahaja dalam hidup ini. Perancangan Allah ini memang very unexpected and can't imaginable. Tapi itulah, bila Allah beri kita ilmu baru, maksudnya dia sedang rawat hati kita untuk perkara yang lepas dan berusaha bangkit untuk masa hadapan. 


Sebagai contoh saya (haruslah saya kan takkan orang lain, hehehe...), dulu saya tak berapa tahu langsung tentang hadis Nabi s.a.w Saya tahu kita berpegang pada al-Quran dan sunnah tapi apa sunnah yang ditulis dalam hadis, saya tak tahu sangat. Sehinggalah ditakdirkan saya sakit, saya berhenti kerja dan kemudiannya berniaga buku, barulah saya kenal apa itu hadis. Dari buku-buku hadis dan sirah yang suami beli (dia beli buku agama selalunya dan saya beli novel & buku umum), saya baca. Dari situ, saya banyak belajar dan praktikkan sedikit dari apa yang dibaca. Rupanya, bila kita baca buku hadis, baca terjemahan al-Quran, baca buku sirah dan motivasi diri, sebenarnya ia menjadi antidot utama untuk kesihatan diri, mental, emosi dan fizikal. Buku-buku hadis Nabi s.a.w yang saya baca seperti ubat penyembuh bagi diri yang sakit dalaman (mostly), firman Allah yang dibaca terjemahannya juga seperti peringatan emosi kenapa dan kenapa perkara seperti ini berlaku dan apa yang perlu dilakukan. 


Perancangan kita VS perancangan Allah membuatkan kita banyak muhasabah diri. Mengajar kita untuk banyak berfikir positif dan sangka baik pada perkara yang berlaku yang kita tidak suka. Sangka baik bukan sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya kita perlu didik hati yang degil dan pada masa yang sama menjaga mulut agar mengucapkan perkara-perkara baik buat memujuk diri sendiri. Ingatkan diri bahawa, ucapan yang baik itu adalah doa. Allah berpesan dalam al-Quran: 

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
(al-Baqarah 2: 216)

Belajar melepaskan dan fokus pada perkara yang menenangkan

Belajar melepaskan dan fokus pada perkara lain bukan semudah diucapkan. Melepaskan perkara yang dah sebati dengan jiwa dan tabiat kita adakala betul-betul mengambil masa. Kita bertarung dengan emosi dalaman sendiri yang orang lain tak nampak. 


Lebih 10 tahun saya berjuang dalam diam untuk bangkit semula dari kemurungan, tekanan dan ketakutan. Hanya seorang dua sahaja yang tahu betapa saya 'struggle' untuk teruskan hidup. Depan orang lain, mereka lihat saya takde masalah, happy aje, tak banyak kerja, banyak rehat dan sebagainya. Dalaman, tak ada seorang pun tahu. Hatta adik-beradik dan ibubapa saya pun tak tahu (tapi rasanya bila mereka baca ni, baru mereka tahu. Pandaikan saya simpan rahsia 😉). Pada saya masa itu, masalah saya biar saya cuba selesaikan sendiri. Elak untuk tidak menyusahkan dan membebankan orang lain. Ialah, orang lain pun ada masalah tersendiri, takkan kita nak bebankan mereka berlebihan pula. 


Allah tahu saya ada masalah dalaman ini. Semestinya Dia tahu sebab Dia yang beri. Jadinya, Dia juga yang 'menyuluh' saya bagaimana untuk menghadapinya. Step by step, phase by phase saya mula bangkit. Meskipun nampak slow sangat perubahan tu tapi still ada perubahan. Allah 'minta' saya kembali pada Dia mula-mula sekali melalui membaca al-Quran. Ya, dah lama waktu itu saya tak mengaji. Saya tak mengaji sangat sebab ada seorang ustazah ni masa sekolah rendah dulu boleh kata pada anak murid, "Jika awak tak pandai baca quran, jangan mengaji. Berdosa. Nak baca quran kena betul-betul pandai." So, benda tu macam dah tertanam dalam kepala otak saya (budakkan, otaknya macam span. Serap aje apa orang kata dan ajar). Dan bila dah besar ni, baru saya tahu ustazah tu yang tak pandai. Dia tak belajar tentang hadis Nabi s.a.w yang menyatakan orang yang tak pandai baca quran tapi berusaha untuk membaca, akan dapat 2 pahala. Ini hadisnya. Anda boleh amalkan. 


Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha, Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang membaca al-Quran dalam keadaan dia mahir membacanya, (kelak dia akan) bersama para malaikat pembawa risalah, mulia, lagi taat (kepada perintah Allah). Manakala orang yang membaca al-Quran dalam keadaan dia mengulang-ulang bacaannya (kerana tidak mahir membaca al-Quran) serta berasa sukar membacanya, maka baginya dua pahala."

 

Alhamdulillah, saya dapat membaca kembali al-Quran. Saya juga dipertemukan dengan al-Quran terjemahan yang bagus oleh arwah makcik saya. Dari situ, baru saya tahu bahawa ada banyak kisah menarik, ilmu baru, sains, sejarah, geografi, hukum pembahagian harta, adab perceraian, kejadian alam semesta ada dalam al-Quran. Ia meliputi banyak perkara sebenarnya bukan semata-mata agama sahaja. Ia cara hidup. 


Selepas Allah buka mata saya dengan al-Quran, perlahan-lahan saya kembali belajar tentang hadis, sirah, membaca buku motivasi dan kisah travelog orang lain. Allah juga kurniakan saya kerja dalam industri buku selepas saya berhenti kerja. Benda-benda seperti ini banyak membantu saya untuk belajar melepaskan dan fokus pada perkara atau buku yang membahagiakan hati. Saya juga ditakdirkan berkenalan dengan seorang penulis buku kanak-kanak sewaktu kami kursus penulisan bersama. Dari dia juga saya belajar divert ilmu saya ke arah penulisan blog. I share everything that I want and like. Dari kisah biasa-biasa, resipi, ilmu dan juga percutian. Ini semua membantu saya tidak memikirkan sangat masalah atau kekecewaan yang berlaku dalam diri. 


Cemburu melihat orang lain berjaya, itu tidak dinafikan kerana sewaktu belajar dulu saya boleh dikatakan bagus dalam pelajaran. Tapi takdir Allah, tak siapa tahu dan jangka. Bila rancangan kita 'ranap', impian kita berkubur, apa yang kita boleh harapkan adalah Allah tak tinggalkan kita dan bantu kita meneruskan kelangsungan hidup. Dan pada waktu itu, jika saya berjaya melepasi satu-satu halangan, happynya hanya Dia tahu. Dan syukur sangat bila Allah 'pertemukan' saya dengan jurnal kesyukuran sewaktu covid. At least saya tahu dan belajar bersangka baik bahawa apa yang Allah beri, takdirkan pada kita itu adalah cara Dia mendidik, mengajar dan mematangkan kita. Kita hanya akan tahu hikmahnya selepas beberapa ketika. Saya fokus banyak pada perkara-perkara lain yang membantu menenangkan hati, menggembirakan jiwa dan menambah ilmu baru kepada diri sejak dari itu. Kalau ada 'ling-long' skit emosi pada hari-hari tertentu, most of the time, saya akan cari novel atau buku yang saya suka untuk lupakan masalah yang ada. Saya cuba elakkan untuk larut dalam mainan emosi negatif.


Hidup ini tak lama, jadi belajar melepaskan dan fokus pada perkara yang bukan sahaja membantu beri ketenangan kepada diri tetapi juga membuatkan hati kita gembira kerana dapat menyumbang kepada kebahagiaan orang lain. What past is past. Just enjoy the moment and create something wonderful in the future. 

Meraikan nikmat yang kecil namun berimpak besa

Meraikan nikmat yang kelihatan kecil sebenarnya tidak mudah. Ini kerana kita selalunya ambil mudah perkara-perkara ini akibat beranggapan ianya tidak menyumbang kepada impak yang besar dalam hidup.


Cuba anda bayangkan. Bayangkan kaki yang anda selalunya mudah melangkah ke mana sahaja hatta ke bilik air, tiba-tiba bila hendak melangkah setapak aje terasa sakit. Hendak turun naik tangga pun terasa mencucuk ke buku lali. Itu belum lagi hendak bersolat. Kita tidak dapat menggerakkan tubuh seperti biasa. Itu yang saya hadapi bila terkena penyakit Plantar Fasciitis dua setengah tahun lalu. Keradangan pada bahagian otot dan anggota kaki ini menyebabkan saya bangun dari katil untuk ke bilik air menjadi sangat payah. Itu belum lagi bila hendak berwuduk, bangkit dari antara dua sujud, turun tangga dan sebagainya yang melibatkan pergerakan kaki. Terasa azab. Sehinggakan terpaksa jumpa pakar fisio untuk redakan kesakitan dan belajar kembali berjalan. 


Cuba anda bayangkan pula udara dan oksigen yang anda sedang sedut sekarang ini. Bayangkan anda tidak boleh bernafas seperti biasa. Anda terpaksa membawa tong oksigen  (oxygen concentrator) ke mana sahaja sebaik bergerak. Itu belum lagi anda terpaksa membayar harga tong oksigen tersebut yang bernilai lebih kurang RM4800 untuk setahun ataupun anggaran RM20 sehari. Bila habis aje oksigen dalam tong ini, kita terkapai-kapai seperti ikan yang keluar daripada air. Itulah yang dirasai oleh mereka yang berhadapan dengan penyakit kritikal seperti buah pinggang, paru-paru, lelah dan lain-lain. Hidup tidak sama seperti dahulu. Duit harus diketepikan dengan agak banyak demi meneruskan kelangsungan degupan jantung.


Bila kita lihat banyak perkara-perkara kecil tapi memberi kesan besar dalam hidup membuatkan kita belajar menghargai dan mensyukuri. Hargai kerana dengan adanya nikmat kecil ini segala urusan harian kita berjalan lancar. Syukuri kerana Allah masih mahu meminjamkan lagi kepada kita 'pemberian' milik-Nya agar kita dapat terus bernafas dan menyumbang. Meraikan nikmat yang kelihatan kecil ini sudah semestinya perlu diterap kepada diri kita sejak kecil lagi. Namun, tak semua ibubapa atau penjaga tahu tentang isu ini. Cuma apa yang boleh dilakukan sebaik kita 'diberi ilmu oleh Allah' adalah dengan mewar-war tentangnya, berkongsi tentangnya dengan orang lain dan mempraktikkannya. 


Setiap nikmat, walaupun tampak kecil dan biasa, adalah anugerah yang patut dihargai. Apabila kita kehilangan sesuatu yang sering dianggap remeh, kecil, tak ada apa-apa, barulah kita sedar betapa besarnya impak nikmat tersebut dalam kehidupan kita. Oleh itu, marilah kita belajar untuk sentiasa bersyukur, menghargai, berterima kasih dan meraikan setiap detik, perkara, dan peluang yang hadir dalam hidup. Dengan meraikan nikmat yang kelihatan kecil ini dengan penuh kesyukuran, kita akan lebih menghargai kehidupan dan mengisinya dengan makna serta perkara yang bermanfaat. 

Bersyukur dan ia penting untuk kesihatan sehari-hari

Dalam al-Quran, Allah menyarankan hamba-Nya sentiasa bersyukur. Bersyukur dan ianya penting untuk kesihatan kita sehari-hari selagimana masih hidup. Syukur merupakan tanda terima kasih dan menghargai segala nikmat kebaikan yang diterima tidak kira dari siapa mahupun Allah. Dengan rasa bersyukur, kita seolah-olah percaya dan yakin bahawa apa yang Allah kurniakan mencukupi dan secara tidak langsung membuatkan kita kurang berasa cemburu, iri mahupun dengki.


Saya mengamalkam konsep bersyukur ini sudah melebihi empat tahun sekarang (masuk tahun ke-5). Alhamdulillah, ada peningkatan dalam diri yang dirasakan. Ia bukan sekali derap. Ia mengambil masa kerana untuk mengikis mahupun mengurangkan tabiat buruk kita bukan perkara mudah. Kita berlawan dengan emosi negatif, nafsu dan juga prasangka yang tak baik.


Allah berfirman:

"... Ini adalah daripada kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku adalah aku bersyukur atau kufur dengan nikmat pemberian-Nya. Sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah bagi dirinya..." (Surah an -Naml: 40)

Mengapa bersyukur penting untuk kesihatan sehari-hari?

Menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Robert A Emmons dan rakan-rakannya, bersyukur mampu memberi kesan positif bukan sahaja kepada kesihatan fizikal dan psikologi tetapi juga orang sekeliling. Hasil kajian melibatkan 1000 orang menunjukkan bahawa mereka yang konsisten mengucapkan syukur, bersyukur, menulis jurnal dan menghargai perkara-perkara kecil dan sederhana dalam hidup, memiliki kesihatan sehari-hari yang begini:


Fizikal

  • Sistem imunisasi diri lebih kuat
  • Kurang mengalami masalah kesakitan
  • Tiada masalah tekanan darah tinggi
  • Tidur nyenyak dan dapat bangun pagi dalam keadaan segar

PSIKOLOGI

  • Mempunyai tahap emosi yang positif
  • Lebih bersemangat dan ingin memaknakan hidup
  • Lebih ceria dan belajar menerima apa yang terjadi dengan lebih terkawal
  • Lebih optimis
  • Mula merancang hidup untuk lakukan kebaikan

SOSIAL

  • Suka membantu orang yang dalam kesusahanan dan bersikap penyayang
  • Belajar melepaskan dan memaafkan orang
  • Suka dan hargai bila dapat keluar berjumpa dengan orang dan alam sekeliling
  • Sibukkan diri melakukan perkara yang disukai. Kurang menyendiri


Melihat kepada senarai kelebihan yang dialami dan didapati oleh responden kajian, saya akui, ada yang saya rasainya juga secara berperingkat. Dengan menumpukan perhatian kepada perkara-perkara positif dan kebaikan yang diterima dalam hidup, kita dapat mengurangkan kesan emosi negatif seperti kebimbangan dan kemurungan. Malah, amalan bersyukur ini juga menggalakkan minda  saya untuk lebih fokus dan hati yang lebih tenang, sekaligus meningkatkan kualiti hidup secara keseluruhan (still phase by phase). Apapun, senantiasalah kita berusaha untuk bersyukur demi kepentingan kesihatan diri sehari-hari dan bukannya orang lain. 

Beranikan diri menerbit jurnal kesyukuran

Jurnal kesyukuran, berani atau tidak mencetaknya?

Transformasi hidup tenang dan positif, itu yang saya ingin sebarkan.

Transformasi hidup tenang dan positif, itu yang saya ingin sebarkan.

Ini antara sample awal isi dalam jurnal pertama. Colourful tapi saya tahu ada 'something missing'.

Saya tak pernah jangka akhirnya Disember 2024, jurnal pertama oleh syarikat saya sudak siap bercetak dan diiterbitkan. Jika selama hampir 4 tahun saya menulis jurnal kesyukuran sendiri tapi oleh kerana ingin menyebarluaskan tentang pentingnya bersyukur dan jangan malu menulis jurnal, maka terlahirlah Pelengkap Kegembiraan. 


Untuk menerbitkan jurnal kesyukuran ini, ia mengambil masa 2 tahun. Pada awal 2022 saya ada pergi berjumpa dengan pencetak. Pada waktu itu, saya dah ada manuskirp, dan lengkap semua bahan. Tapi bila bos pencetak lihat konsep jurnal kesyukuran saya pada waktu itu, dia rasa macam ada kurang. Dia berikan beberapa contoh jurnal dan diari harian yang dicetaknya untuk rujukan saya. Bila tengok sample tu, rasa macam 'Alahai, sesuai ke buku aku ni dengan pasaran Malaysia? Siapa target pasaran aku sebenarnya? Rasa macam chilldish skit isi kandungan aku banding orang lain punya'. Masa tu saya dah rasa ragu-ragu. 


Lepas tu, bila nampak duit pendahuluan yang nak kena keluar bila cetak, lagilah saya berkira-kira dan takut. Bukan sikit duit. Udahnya saya hold kejap. Nak dijadikan cerita, masa tu mama pun ada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian. Jadinya saya beranggapan, Allah beri masa saya untuk fokus mana yang penting dan dalam masa yang sama, buat research konsep bagaimana yang sesuai untuk saya yang berumur dah masuk 40 tahun. Bermula dari sini, perlahan-lahan Allah buka hati dan minda saya untuk tambah ilmu. Ilmu saya yang lama sudah tak berapa relevan untuk bersaing dengan suasana sekarang. Saya masuk kelas untuk belajar kembali tentang bisnes.


Transformasi hidup tenang dan positif, itu yang saya ingin sebarkan.

Transformasi hidup tenang dan positif, itu yang saya ingin sebarkan.

Transformasi hidup tenang dan positif, itu yang saya ingin sebarkan.

Dengan ilmu baru, sedikit keberanian, keyakinan dan tawakal, akhirnya buku pertama syarikat dicetak.

Bila saya dah masuk kelas belajar balik, dapat mentor yang membuka mata, perlahan-lahan saya bangkit kembali. Saya cuba dulu ilmu yang diberikan pada perniagaan buku saya dulu (masa lepas covid ni sales saya pun dah start merundum dan macam yoyo). Setahun saya belajar. Saya recall balik ilmu lama yang terperuk kat otak. Saya cuba apply fasa demi fasa. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Mungkin masa ni, rasa ketidakpastian tu masa ada lagi.


Habis setahun saya belajar dengan mentor ni, saya lihat makin ada tak kena dengan bisnes saya. Kalau tak dengan pesaing, dengan staf penerbit, kekadang dengan kurier. Saya dah macam fed-up. Dan ditakdirkan Allah, satu hari, ketika selesai tampal gigi, saya wasap sorang staf penerbit ni untuk membuat bayaran buku yang minta diposkan, tapi balasan yang sedikit menyentakkan hati itu buat saya terfikir. 'Adakah ini masanya Allah mahu aku fokus benda lain?'


Sejak dapat wasap dari staf penerbit tu, saya putuskan untuk tidak lagi menjual buku terbitannya secara terus (jika ada customer lama cari, baru saya dapatkan). Pada masa yang sama, saya anggap ia langkah baru yang Allah mahu saya gantikan langkah yang lama. Dan entah macam mana, suami mengingatkan juga saya untuk membina website sendiri, sekali lagi. Saya diam dan mula memikirkan produk yang bagaimana hendak dijual, website bagaimana nak bina dan berapa pula kosnya untuk membina dan maintain web tersebut. Dan, tiba-tiba tengah saya saje-saje scroll TikTok, saya terjumpa Live mentor pertama saya 15 tahun lalu, Irfan Khairi. 


Ya Allah, mesti ada sebab kau bagi aku tertengok dan tertonton Live IK ni. Aku hampir lupa dia...

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran akhirnya dicetak

Saya belajar kembali dengan IK dan kali ini saya cuba untuk lebih fokus

Dalam beberapa hari saya mendengar Live IK di TikTok, saya try wasap nombor yang diberi. Saya tanya serba ringkas. Saya tengok bajet yang saya anda untuk belajar kembali. Bila dikira-kira, macam cukup. Jadi, saya pun buat bayaran dan belajarlah asas marketing internet, website, pasaran dan lain-lain.


Ada banyak ilmu baru yang saya belajar. Ada juga ilmu lama yang dah saya praktikkan cuma tak tahu fungsinya. Bila IK terang dalam kelas zoom berkumpulan dan dengar soalan student lain, barulah saya lebih faham tujuannya. Syukur sangat, tak sia-sia rupanya saya tulis blog sejak 15 tahun yang lalu. Berfungsi lagilah kiranya blog lama saya tulis tu. Cuma kena adapt cara lebih efisyen cara orang bisnes online buat. Kena bina laman web sendiri yang e-commerce pula. 


Jika dengan mentor sebelum ini, saya belajar tentang perlunya jaga hubungan baik dengan Allah selain berbisnes, sentiasa bersyukur dan tulis kebaikan diterima setiap minggu dan orang berusia dan buta huruf juga boleh berjaya, saya gabungkan semangat mereka bertiga dalam projek pertama saya ini. Plus, mama juga secara tak langsung ada mendoakan tentang penerbitan buku sendiri 2 tahun lepas. Masa tu saya ingat, 'Ni perli ke apa?' But, at the end, saya belajar sangka baik (bila dah tulis jurnal syukur, nak tak nak, kena belajar prasangka baik juga kan).


Dan dalam pada berusaha untuk merealisasikan matlamat, saya terjumpa juga artikel pendek yang dikongsikan Intotaqwa Malaysia. Apa sahaja berlaku selepas itu, saya beranggapan yang Allah mahu ganti dengan yang lebih baik sebagai ganti (tapi kena sabarlah dengan kesakitan/kecewa/sedih yang datang).

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran pertama di Malaysia akhirnya diterbitkan

Pelengkap Kegembiraan Jurnal kesyukuran pertama di Malaysia boleh anda dapati di web EkspresiSyukur.

Saya kolaborasi dengan adik saya dan designer lama yang baik dengan saya lagi. Saya minta tolong beberapa rakan lagi untuk cuba menulis jurnal kesyukuran dalam masa beberapa minggu. Bila dah dapat feedback dan buat kajian sikit, akhirnya pertengahan Oktober 2024, mockup pertama saya akhir keluar kilang. 


Reaksi pertama saya bila keluarkan dari bungkusan parcel adalah KECEWA. 'Eh? Kenapa macam ni rupanya? Kenapa comotnya muka hadapan hardcover ni? Kenapa kertas isi dalam nipis sangat? Kenapa takde riben? Kenapa 70% lari dari jangkaan?' Wahh!!! Sedih...


Saya dapat parcel tu Sabtu malam, saya bersabar hinggalah hari Ahad pagi. Saya wasap terus bos pencetak. Saya mengadu dan bercadang nak jumpa dia. Hari Isnin terus dia set waktu sebelum pergi ke KK. Dan bila esoknya dia tengok mockup yang saya terima, dia pun tak puas hati. Rasa macam tak patut. Jadinya, kami bincang balik apa yang perlu dan dia kata dia beri percuma mockup kali kedua ni. Dia suruh bincang dengan staf wanita yang lama bekerja dengan dia. 


Bila lihat hasil kedua dengan beberapa pertukaran material, akhirnya saya berpuas hati dengan hasilnya. Setelah beberapa ketika dan ambil turn untuk buku masuk kilang, akhirnya saya dapat wasap staf pencetak mengatakan buku dah siap. Puan boleh pilih sama ada nak ambil sendiri atau kami hantarkan. Dah tentulah saya nak ambil sendiri. Nak rasa 'feel' yang tak pernah rasa sebelum ni.


Bila dah pegang sendiri, tengok hasilnya dan tengok pula isinya, saya bersyukur. Syukur sangat Allah beri saya peluang untuk cetak buku sendiri, peluang cuba perkara baru dan peluang tambah ilmu baru. Sekarang, baru saya tahu peri pentingnya tambahan ilmu yang dipraktikkan bila ilmu sudah dimiliki. 


Untuk mendapatkan jurnal kesyukuran Islamik pertama di Malaysia, boleh layari laman sesawang Ekspresi Syukur. Dan jika ada yang ingin mendapatkan info dan tambahan ilmu tentang syukur, redha, bahagia atau apa sahaja yang berkaitan, bolehlah ke Blog Ekspresi Syukur. Moga apa yang saya cuba lakukan ini dapat membantu anda memperbaiki rasa syukur sepertimana Allah bantu saya untuk bersabar juga bersyukur serta berprasangka baik. 

Tertekan bagaimanapun wanita, jangan menyerah kalah.

 

Meski emosi tak berapa stabil, tertekan bagaimanapun wanita, jangan cepat menyerah kalah. Kenapa jangan menyerah kalah? Sebab selagimana kita tahu kita di pihak benar dan kita ada Allah, kita teruskan juga. Biarlah orang nak kata apa, orang nak perlekeh atau pandang rendah, selagi kita tahu kita boleh lakukan, lakukanlah. Ingat! Jika susah hati, risau, galau, angkat tangan dan doa. Jika tak mampu angkat tangan, doa sahaja dalam hati. Allah Maha Mengetahui.


Itu yang saya rasai dan lalui bila sudah 18 tahun berkahwin. Ada ketika saya rasa helpless. Ada ketika rasa macam tak menyumbang apapun untuk kejayaan hidup di dunia dan lebih lagi akhirat. Ada ketika saya sedih, kenapa saya tidak seperti rakan lain yang punya kerjaya dan keluarga yang boleh dibanggakan dan mungkin membahagiakan. Terselit rasa cemburu melihat rakan lain lebih dari perkara yang saya mahukan itu diakui ada. Tak dapat nak beri keluarga wang bulanan yang banyak pun dah rasa tak selesa. Sukar nak fokus dalam solat dan bersangka baik dalam perkara tertentu itupun ada waktu jadi masalah. Bagaimana saya overcome atau tangani masalah ini dalam masa 18 tahun hidup berumahtangga?


Ia bukan sekelip mata. Ia tak semudah petik jari dan semua masalah hilang. Saya lalui fasa demi fasa kehidupan yang ada waktu mengundang air mata dan cemburu. 10 tahun pertama alam perkahwinan, ujian waktu ini memang hebat. Ujian keluarga, ujian zuriat, ujian kerja, ujian agama, ujian prasangka, ujian tak pandai masak, semuanya ada. Masa ni jangan cerita, emosi memang banyak waktu macam yoyo. But still, saya syukur banyak-banyak sebab banyak waktu Allah ada dengan saya. Dia ada dengar rintihan saya, Dia ada bila saya mengadu orang perlekehkan saya bila tak dapat zuriat lagi, Dia ada bila orang salah faham tentang apa yang nak saya sampaikan, Dia ada bila saya takut melalui 'fasa itu' setiap bulan, Dia sentiasa ada saat saya perlukan Dia. Saya bersyukur hingga hari ini, sesukar mana pun hidup saya, sesedih mana pun hati saya, tertekan bagaimana pun rasa di jiwa, saya hanya perlu sujud dan mengadu pada Dia. Mengadu agar hati ini kuat, agar diberikan panduan, agar dibukakan hati orang yang prasangka pada saya dan agar saya tidak mudah putus asa dengan ujian dari Dia. 


Wanita, ingatlah, hidup ini memang ada pasang surutnya. Kita sebagai hamba-Nya perlu banyak-banyak sabar, sangka baik dan tambah ilmu didada + amalkan. Buatlah kebaikan yang menggembirakan hati kita dan juga disukai oleh Allah dan Rasul. Buatlah perkara yang menenangkan hati kita di saat rasa sedih bersarang di hati. Pergilah lakukan perkara yang meralitkan kita untuk kita lupakan sebentar masalah yang ada. Ingat! Setiap perkara kecil yang menggembirakan hati kita waktu kecil itulah sebenarnya penawar duka buat kita yang sedih bila dewasa ini. Allah lebih tahu apa yang diperlukan kita untuk menenangkan hati dan menguatkan semangat balik. 


Jika kita rasa melukis itu menenangkan hati, buat aje. Jika kita rasa membaca mampu buat kita lupa emosi sedih atau bengang, ambil dan baca buku yang buat kita lupakannya. Jika kita rasa menulis mampu membuatkan hati kita lega kerana meluahkan, tulis sahaja. Jika membuat kraf, mendaki bukit, melihat pantai, bermain dengan binatang peliharaan buat hati lapang, lakukan aje. Lakukan sehingga kita rasa separuh dari rasa menyakitkan itu telah pergi. Ingat wanita! Jangan menyerah kalah dengan mudah. Kita ada pegangan hidup. Jika kita lelah, berhenti sebentar dan cari tenaga kembali dan kemudian, mulakan kembali. Istilah istirehat sebenar hanya ada bila kita sudah dijemput Allah. 


Doa mohon perlindungan Allah
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا

Maksudnya: Daripada Zaid bin Arqam r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Ya Allah! Aku mohon berlindung dengan Engkau daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak kenyang (berpuas hati) dan doa yang tidak mustajab." (HR Muslim)

Kelebihan menulis jurnal sama ada waktu pagi atau malam

Kelebihan menulis jurnal, tak kisah apapun jenis sebenarnya banyak. Bergantung kepada individu yang menulis. Tetapi, pernah ada rakan dan pelanggan saya berkata dan ada yang bercerita, “saya tak pandai menulis.” Menulis jurnal ni untuk orang yang pandai main bahasa dan menulis je.” “Diari ni kalau tulis, orang kata macam tak matang aje.” Dan pernah juga saya dengar komen, “Dah besar-besar pun nak tulis diari ke? Kelakarlah…”


Kak, sis, adik, tahukah anda bahawa menulis jurnal ni salah satu aktiviti yang terpenting untuk kita mengetahui sejarah. Kita mencatat apa yang berlaku pada hari tersebut. Kita mengingati momen-momen tertentu di mana bila satu waktu nanti ia dibaca, ia menjadi ilmu buat orang lain atau kenangan buat diri. Kita belajar menghargai detik yang tidak akan berulang itu lagi. Kita adore momen yang berlaku. Jika anda ingat, kita pernah belajar sejarah masa sekolah dulukan? Ingat tak catatan-catatan sejarah pengembaraan yang dibuat oleh Ibnu Batutta, Alfonso D’Alburqueque, Laksamana Cheng Ho dan sejarawan lain pada zaman mereka? Ingat! Catatan-catatan tersebut meski nampak simple tapi tetap beri ilmu baru pada sejarawan dan pengkaji sekarang.


 Jika sekarang anda menulis jurnal kesyukuran, pastinya ada kisah-kisah baik yang anda tulis dalam jurnal tersebut yang mengingatkan kembali apa yang berlaku. Jika anda menulis diari harian, pastinya ada kisah-kisah  menarik, positif, negatif yang ingin dicatatkan di dalamnya. Jika anda menulis atau membuat junk jurnal, pastinya anda akan melekat pelbagai gambar, tulisan, kertas di dalamnya. Jika anda menulis jurnal percutian, pastinya ada gambar-gambar tempat menarik, tiket kapal terbang, bungkusan makan yang akan kita letak dalam jurnal tersebut. Kita akan kongsikan ‘something’ yang menarik dalamnya untuk pandang mata kita (dan mungkin anak cucu kita).  Jika kita menulis jurnal matlamat atau jurnal kewangan, sudah pastinya kita ada matlamat tertentu dalam hidup yang ingin dicapai. Langkah demi langkah akan kita catatkan untuk memastikan impian tercapai. Ada orang yang dilahirkan berseni, dia pasti ada jurnal melukis, jurnal kreatif, sketch journal dan bullet journal. Ia menjado lambang kenangan buat diri bahawa ada sesuatu yang berlaku pada hari itu yang membuatkan mereka mencatatnya. 

 

Di sini, saya kongsikan beberapa alasan, sebab dan kelebihan menulis jurnal. Mungkin satu hari nanti anda akan mempunyai jurnal sendiri yang memberi anda ketenangan, kekuatan dan keseronokan dalam hidup.

  1. Merakam kenangan yang berlaku dalam hidup: Jurnal apa pun yang ditulis sebenarnya merakam kenangan dan memori yang berlaku pada hari tersebut. Ia mungkin tidak sebaik rakaman gambar ataupun video tapi bila menulis dan menampal sesuatu di dalam jurnal ia menjadi pencetus untuk kita mengingatnya kembali.
  2. Dapat menghargai dan mensyukuri nikmat pemberian Tuhan: Jika anda menulis jurnal kesyukuran atau diari harian, jangan lupa selitkan perkara-perkara yang disyukuri, dihargai dan menggembirakan pada hari tersebut. Ia mengingatkan diri bahawa kegembiraan yang dinikmati pada saat itu membuatkan kita rasa gembira.
  3. Mengurangkan stres dan kebimbangan: Menulis jurnal mampu melarikan fokus kita kepada perkara negatif dan menyakitkan hati pada waktu itu atau minggu itu. Kita cuba merawat hati dan minda dengan menulis, merakam, bermain dengan kertas/kraf untuk jurnal yang dimiliki. Kita cuba alihkan sebentar rasa yang tidak baik itu agar tidak berpanjangan.
  4. Meningkatkan keyakinan diri: Dengan menulis pencapaian dan kejayaan kecil yang berlaku setiap hari, kita dapat melihat potensi diri dan menilai pencapaian yang telah dicapai. Ia membantu membina kembali keyakinan diri sedikit demi sedikit.
  5. Membantu mengurus emosi: Tekanan kerja dan harian memang tidak dapat dielakkan. Untuk meluah kepada orang yang salah, memang harus dielakkan. Jadinya, cara terbaik adalah dengan meluahkan dala jurnal/diari harian. Sebaik selesai menulis apa yang terpendam, kita akan rasa seolah satu beban berat telah dikurangkan. Dan pada masa akan datang, bila kita membacanya kembali, mungkin ia menjadi kenangan indah atau panduan hidup agar lebih bersangka baik.
  6. Meningkatkan kreativiti diri: Menggabungkan pelbagai elemen seperti tulisan, kolaj, lukisan, warna dan hiasan yang merangsang daya kreativiti. Jurnal kita, jadi, suka hati kita mahu mendekorasikannya bagaimana cara sekalipun. As long, kita rasa happy.
  7. Menggalakkan pemeliharaan alam dan kitar semula: Untuk dekorasi jurnal, kita banyak menggunakan bahan terpakai seperti kertas suratkhabar, majalah, flyers, kertas balut hadiah, plastik makanan, riben yang tak pakai dan macam-macam lagi. Benda-benda yang kelihatan remeh ini sebenarnya memberi nilai estetika tersendiri pada jurnal kita. Lagi membuatkan kita terus teringat apa yang terjadi pada waktu jurnal itu ditulis atau dideko.
  8. Meningkatkan fokus dan kesabaran: Bila kita menulis, minda kita akan fokus mengingati kembali perkara-perkara baik yang berlaku dalam hidup (jika tulis jurnal kesyukuran). Kita dilatih untuk bersabar ketika menulis, bersabar dalam prasangka baik yang berlaku dalam hidup yang menjadi asbab kita menulis dalam jurnal dan bersabar dengan ujian Allah. Ingat! Apa yang berlaku ada sebabnya. Cuma kita tahu mungkin sedikit lambat.
  9. Meningkatkan kemahiran tangan: Jika anda suka dekorasi dan seni, junk journal memang sesuai, Junk journal membantu anda dalam kreativiti memotong, menjahit, menampal, melekat dan melipat pelbagai jenis kertas. Ia boleh meningkatkan kemahiran seni tangan dan menjadi hobi yang menyeronokkan.
  10. Membantu proses refleksi diri: Menulis dalam jurnal atau diari boleh membantu diri memahami emosi, matlamat, pelajaran dan perasaan dengan lebih baik. Kita boleh mencatat kenangan manis, pelajaran yang bermakna, pengalaman mahupun kata-kata motivasi yang disukai.  

Testimoni rakan yang menulis jurnal kesyukuran buat saya tahu ia memang berbaloi

Perasaan bila tulis jurnal ni:

  1. Lebih positif
  2. Hidup teratur
  3. Always know what to do
  4. Seronok
  5. Boleh control setiap situasi
  6. Sentiasa ada hala tuju, takderlah sampai rasa nak pengsan tahan emosi tertekan

Norziah (Gyee)

Jika anda nak cuba tulis jurnal kesyukuran, boleh cuba dapatkannya di web Ekspresi Syukur. Tersedia.

Di web ini, anda boleh terus dapatkan jurnal kesyukuran dan hanya isi apa yang disyukuri setiap hari. Ada kata-kata motivasi, aktiviti setiap 10 hari, ada hadis, ada senarai buku-buku yang bagus untuk bacaan motivasi diri dan ada set pilihan yang anda boleh dapatkan papda harga yang sangat berbaloi. 

Ekspresi Syukur

7 hikmah mengapa jatuh dan bangun dalam hidup itu perlu

Baru-baru ini, saya ada mendengar podcast di Zayan. Mereka menemubual artis Ebby Yus dan ada satu kata-kata beliau tentang pentingnya jatuh dan bangun itu dalam hidup manusia. Kata beliau, “kita sebagai hamba Allah perlu bersedia menghadapi jatuh dan bangun kerana itu kesempurnaan Allah dalam menjadikan kita. Kita perlu menerima jatuh bangun itu dengan seadanya, dengan seredhanya.”


Masa saya dengar kisahnya, pengalamannya, secara tak langsung, baru saya faham konsep hidup yang Allah berikan. Setiap kali jatuh atau bangun, ada yang Allah mahu kita pelajari, fahami, kenali, renungi, amalkan, sedarkan, usahakan dan jangan lupa untuk belajar percaya kepada apa yang diberikanNya. Kata Ebby Yus, “Allah letakkan kita di muka bumi ini bukan untuk menzalimi kita. Dia mahu kita menjadi seorang yang bertanggungjawab.

 

Dalam hidup ini, tiada siapa yang akan sentiasa berada di atas atau statik. Kita semua akan melalui  pelbagai fasa hidup, saat-saat manis dan pahit, saat berjaya dan gagal, saat kuat dan lemah juga saat gembira dan berduka. Namun, suka atau tidak, kita kena bersedia untuk menghadapi semua itu. Jatuh dan bangun dalam hidup ini sebenarnya mengundang banyak hikmah yang baik cuma kita yang selalu pandang ianya menyedihkan dan menyakitkan.


7 hikmah mengapa jatuh dan bangun perlu ada dalam hidup manusia:

  1. Kita akan belajar meminta kepada Allah untuk diberikan kekuatan – Bila kita dalam fasa jatuh, selalunya bukan mudah untuk terus bangkit dan berjaya kembali. Pada waktu ini, emosi, mental, kewangan, fakus semuanya entah ke mana dan ada ketika jatuh merundum teruk. Dan pada masa inilah, kita perlu banyak-banyak ingatkan Allah dan meminta kepadaNya. Untuk bangkit semula, pada waktu ini, kita perlu belajar redha dan sabar. Ia tidak semudah ucapan tapi suka atau tidak, kita perlu Allah meminjamkan kita kekuatan, kesabaran dan rasa redha. Bila sikap redha ini muncul, perlahan-lahan proses untuk bangkit semula akan muncul. Di sini, kita berharap agar pandu kita, buka minda kita dan belajar melepaskan.
  2. Jatuh dan bangun itu anugerah – Kita kena bawa diri kita untuk menyakinkan diri bahawa setiap kejatuhan dan kejayaan itu ada pengajaran dan hikmah tersendiri yang Allah hadiahkan. Kita kena lalui fasa kehidupan itu dengan yakin dan percaya bahawa semua yang berlaku telah ditentukan olehNya dan semuanya ada hikmah tersendiri untuk kita menerimanya. Proses ini dipanggil yakin pada apa sahaja ciptaanNya. Jaga juga hati kita akan tidak dirosakan dengan perkara yang negatif.
  3. Hendak merasa nikmat sihat, kita kena rasai rasa sakit dahulu, hendak rasa terang, kita akan melalui suasana gelap dahulu – Fasa hidup jatuh dan bangun ini sebenarnya banyak mengajar kita erti bersyukur. Bersyukur akibat kita jatuh dan bersyukur juga saat Allah berikan kekuatan dan akal kembali, bukan mudah. Tetapi percayalah bahawa setiap kekesalan, kejatuhan, kesedihan itu mengenalkan kita kepada buruk dan baik apa yang sedang dan telah berlaku.
  4. Berani menerima takdir– Setiap orang sudah ditentukan takdirnya sejak 6000 tahun sebelum kelahiran di dunia. Maka, setiap apa yang berlaku, suka atau tidak, kita pasti akan menghadapinya. Cuma bila ujian ‘jatuh’ itu datang, cepat-cepatlah kita berusaha untuk tidak terus jatuh dan kembali bangkit kerana kita tahu “Jika Allah izinkan aku jatuh, Dia juga akan bantu aku bangkit.” Dan di sini, hati yang bersyukur itu perlu kuat kerana rasa yakin bahawa hidup ini bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang kesungguhan untuk meneruskan hidup dan mendapat redha Allah.
  5. Kita dapat belajar dan mengenali perkara baru yang berbeza – Bila kita dalam fasa jatuh dan mahu bangkit kembali, di sini, kita akan dikurniakan Allah dengan mengenali orang baru, ilmu baru, cara baru dan pengalaman baru. Di setiap ‘tempat baru’ ini ada pembelajarannya yang tersendiri. Kita mungkin akan dapat ilmu dari orang miskin, orang kaya, orang buta, orang pencen, orang baik, orang jahat dan sesiapa sahaja. Allah mahu kita tambah ilmu ‘sesuatu’ dari mereka untuk kegunaan kita di masa hadapan.
  6. Bahasa Allah ini unik – Menurut Ebby Yus, beliau memberikan contoh tentang rumahnya yang 10% lagi hendak siap tapi ‘dibahasakan oleh Allah’ dalam banjir besar yang berlaku di Hulu Langat tahun 2022 dahulu. Segalanya musnah. Dia sendiri beranggapan bahawa, Allah memusnahkan rumahnya kerana tiada keikhlasan dan lain-lain perkara yang menyumbang kepada perkara yang tidak baik dan pada masa yang sama, ingin melihat hati kita, bagaimana kita menerima ujian ini sama ada redha, sabar atau tetap menyalahkan takdir. Perlahan-lahan, kita perlu memahami ‘bahasa Allah’ mengajar hambaNya.
  7. Redha dengan rezeki – Ada hadis daripada Abdullah bin Mas’ud r.a dari Baginda s.a.w berkaitan rezeki ini. “… Kemudian diutuskannya malaikat untuk ditiupkan kepadanya rohnya dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara; menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia…” (HR Muslim). Kerisauan tentang rezeki ini ada pada setiap manusia terutama sekali bila kita mula membuat perbandingan. Apa yang kita kena tanam dalam fikiran ialah setiap kita ada rezeki yang sentiasa mengikut selagi hidup. Bagaimana, dari mana, sumber mana itu rahsia Allah, kita, cuma perlu berusaha, berdoa dan bertawakal agar Allah bantu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah rezeki yang kita sedang hadapi waktu itu (contoh tak cukup duit nak bayar duit rumah, beli ubat doktor, anak sakit, kereta rosak dan sebagainya). Kita kena bergerak untuk berusaha bukan biarkan aje meskipun tahu rezeki itu dari Allah.


Hidup ini bukan perlumbaan untuk menentukan kita menang sepanjang masa. Ia adalah perjalanan yang penuh ujian, cabaran, keseronokan, keterujaan, di mana kita belajar sesuatu daripadanya. Dari sini, kita akan berpeluang mendalami, mempelajari, mempraktikkan ilmu baru dan sedia ada untuk mensyukuri nikmat jatuh dan bangun dalam hidup yang Allah berikan. Apabila kita bersedia untuk jatuh dan bangun semula, kita sedang menbuktikan pada diri bahawa kita sedang cuba untuk tidak berputus asa dengan rahmat Allah. Maka, setiap langkah yang kita ambil, walaupun kecil dan perlahan ia adalah bukti bahawa kita mahu hidup dalam redha Allah. 

Hilangkan kecewa dengan penulisan: Terapi emosi buat wanita

Dapat dililhat, perjalanan hidup wanita yang sudah melebihi peringkat umur 35 tahun dan lebih sangatlah berliku dan penuh cabaran — dari tuntutan pelajaran, keluarga, kerjaya, sehinggalah perubahan emosi dan hormon yang datang seiring usia. Tidak hairanlah jika ada masanya perasaan sedih hadir tanpa diundang. Namun begitu, ada satu cara mudah dan berkesan untuk menguruskan emosi ini: menulis jurnal atau diari. Itu yang saya lakukan dalam masa lebih empat tahun ini.


Tak dinafikan ada waktu kita sedih, kecil hati, terasa hati, rasa dipinggirkan, rasa tidak berguna, rasa malu, hendak marah tapi tak tahu hendak luahkan pada siapa, rasa bengang dan pelbagai lagi emosi yang berupaya mengganggu-gugat perasaan tenang dan akal waras kita. Rasa dari kelompok negatif ini perlu disalurkan segera ke tempat yang betul agar tidak mengganggu keharmonian diri, keluarga dan orang sekeliling. Lebih teruk lagi, kita merosakkan diri sendiri (saya pernah alami situasi ini dipertengahan umur 20-an). Rasa ini tak best langsung. Bertahun saya ambil masa untuk pulih dan ada ketika orang salah faham dengan karektor saya.


Mengapa Menulis Jurnal?

Menulis bukan sekadar mencatat peristiwa harian, tetapi ia adalah terapi emosi dan jiwa. Kajian menunjukkan bahawa dengan menulis, kita dapat mengekspresif apa yang terbuku di dalam dada. Bukan itu sahaja, dengan menulis atau mencatat, ia dapat membantu individu mengurangkan tekanan, mengenal pasti corak emosi, mengalihkan rasa marah atau sedih kepada perkara lain dan melepaskan bebanan dalaman.


Mungkin menulis tidaklah dilihat sehebat mereka yang melakukan aktiviti fizikal atau mencipta sesuatu tetapi sebenarnya ia mampu memberi rasa kelegaan pada diri orang yang menulis sekaligus meneroka sifat diri sendiri. Mungkin dari penulisan yang kita lakukan dalam jurnal atau diari sendiri, akan timbul idea-idea baru dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi atau orang lain. Bukan itu sahaja, apa yang saya perasan, bila kita menulis, kita seolah meletak harapan kepada Allah untuk diberikan panduan hidup atau hala tuju bagi mencapai sesuatu (itu sebab bila menulis dalam Jurnal Pelengkap Kegembiraan, saya letakkan harapan yang diingini. Ia seperti ‘target‘ untuk saya berharap agar Allah kabulkan impian saya + beri motivasi diri untuk berusaha). 


5 Cara penulisan jurnal menjadi terapi emosi menghilangkan perasaan kecewa dan bimbang


1. Meluah Tanpa Menghakimi

Dalam jurnal, tiada siapa yang menghakimi. Anda boleh menulis dengan jujur dan terbuka — marah, sedih, penat, rindu, syukur, kecil hati atau kecewa dengan diri sendiri. Apabila perasaan ditulis, ia mula terkeluar dari minda dan hati, memberi ruang untuk kelegaan. Kita rasa ‘lega’ kerana dapat meluahkan. Ia mungkin tidak sebaik rakan baik yang mendengar tetapi kita akan rasa lebih selamat dengan menulis kerana kita tidak mengaibkan orang lain dan berjaya mengelak dari mengumpat. Jika anda menulis jurnal peribadi, sudah tentunya jurnal anda itu akan penuh dengan corat-coret dan warna-warni mukasurat mengikut emosi pada waktu itu. 


2. Kenal Punca Kesedihan

Kadang-kadang, kita rasa sedih tetapi tak pasti kenapa. Dengan menulis secara konsisten, kita mula nampak corak: Adakah sedih datang selepas berbual dengan seseorang? Atau selepas melihat gambar lama? Atau selepas menulis dalam whatsapp grup tapi tiada seorang pun ambil kisah? Dari sini, kita boleh mula faham dan merawatnya dari akar. Jika kita sedar ada kelemahan diri yang perlu diperbaiki, maka perbaikilah. Mungkin dari situ, ada sesuatu yang Allah mahu kita perbaiki atau tambah baik (sekarang ini, itu yang saya cuba lakukan bial sesuatu berlaku tidak seperti diharapkan). 


3. Fokus pada Syukur

Salah satu teknik journaling paling berkuasa ialah menulis tentang perkara yang kita syukuri setiap hari. Ia boleh menjadi sekecil “secawan kopi panas pagi tadi buat hati rasa gembira” atau sebesar “pelukan anak sebelum tidur”. Rasa syukur perlahan-lahan menggantikan kesedihan dengan ketenangan. Rasa syukur membuatkan kita menghargai sekecil-kecil perkara dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan Allah pada diri (jika ingin lebih, tetaplah kita perlu berusaha dan berdoa pada Allah. Dia tempat kita meminta). 


4. Mengatur Semula Fokus

Kadang-kadang, kita terlalu fokus pada apa yang tak kena. Kita mula membesarkan perkara yang kecil. Dengan menulis jurnal, secara tidak langsung membantu mengalihkan tumpuan kepada apa yang boleh dikawal dan dibina. Ia memberi perspektif baru: bahawa kehidupan ini bukan hanya tentang kesedihan, tetapi juga tentang pertumbuhan. Dan kita perlu ingat, setiap apa yang berlaku, pasti ada sesuatu yang Allah mahu kita pelajari. Sangka baik sahaja pada apa yang berlaku. 


5. Menjadi Sahabat Kepada Diri Sendiri

Melalui penulisan, kita akan mula belajar mendengar suara hati dan memberi sokongan kepada diri sendiri. Jika anda tidak percaya, anda boleh cuba menulis surat kepada diri anda — memuji kekuatan/kelebihan anda atau memberi semangat untuk hari esok. Anda juga boleh cuba membuat balang kesyukuran atau dikenali sebagai gratitude jar. Anda tulis perkara baik yang disyukuri hari tersebut pada sehelai kertas kecil dan masukkan dalam balang. Buat setiap hari. Dan bila mood ‘ke laut’, buka balang tersebut dan ambil beberapa keping kertas dan baca kembali nikmat-nikmat yang Allah berikan pada hari tersebut. Perlahan-lahan, kita akan mula berfikir, betapa banyaknya nikmat Allah berikan sebelum ini yang kita terlupa (itu yang kadang-kadang saya buka juga balang ‘Penawar Buat Sanubari’ bila sedih, hati tak tenang, takut, menyesal atau terasa hidup ini sukar).

Tip memulakan jurnal untuk emosi

  • Gunakan buku khas yang anda suka sentuh dan lihat.
  • Luangkan 5-10 minit sehari — waktu pagi atau sebelum tidur.
  • Tulis dengan bebas, jangan risau tentang ejaan, tatabahasa atau bentuk tulisan.
  • Gunakan soalan panduan seperti:
    • Apa yang membuatkan saya rasa sedih hari ini?
    • Apakah 3 perkara yang saya syukuri hari ini?
    • Apa yang saya boleh lakukan untuk memanfaatkan diri?


  • Untuk memudahkan proses anda menulis dan menghilangkan rasa sedih, anda boleh cuba dapatkan jurnal kesyukuran di EkspresiSyukur.

Ketahui tentang Pelengkap Kegembiraan

Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept