Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam

Senarai resipi Alfi ini di bawah kategori roti dan sandwich

Roti sandwich Pattaya

Resipi Sandwich Pattaya simple tapi mengenyangkan.

Bila stok telur mertua beli banyak, sambal bilis baki semalam ada, roti pun baru beli & baki keju ada, kita pun buat le sarapan pagi guna idea dari web tiffinbiru.


Bahan:
6 keping roti
6 biji telur
3 keping keju
Baki sambal bilis / sardin secawan
Sedikit marjerin atau mayo untuk sapuan
Sedikit minyak untuk masak lapisan telur


Penyediaan:
1. Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk dan kacau. Panaskan kuali leper guna api perlahan dan letak sesudu besar minyak. Setelah panas, masukkan telur dan dadarkan dalam kuali sehingga menipis & lebar. 

 2. Letakkan roti & disapu marjerin di tengah & letakkan kepingan keju. Letakkan pula sambal bilis/sardin di atasnya. Katup dengan sekeping lagi roti. 

 3. Perlahan-lahan, katup roti dengan telur seperti gaya melipat surat. Tutup api dapur & biarkan haba kuali memanaskan isi roti. Ini perlu agar telur tak terlalu garing atau hangit. Setelah beberapa ketika, ambil piring atau pinggan lebar untuk tangkupkan roti pataya di atasnya dan terbalikkan. Hidangkan sekali dengan sosej, kentang goreng mahupun jejari ketam.

Sandwich pattaya.

Sarapan mudah bila ada roti, sambal dan telur

Roti puri resipi KhairulaAming

Roti puri, 1st time saya cuba. Ni semua gara-gara Khairulaming share kat socmed. Alhamdulillah jadi. Terima kasih ya Allah. 


Bahan:

2 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar minyak sayuran / zaitun

1/2 sudu kecil garam

3/4 cawan air

1 sudu kecil yis

Sedikit tepung gandum untuk uli jika adunan melekit

Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:

1. Masukkan tepung, minyak sayuran, garam, yis, air ke dalam satu mangkuk besar. Gaul dan uli sehingga menjadi doh. Tambah sedikit tepung jika doh melekit bila menguli. Selepas itu, rehatkan doh lebih kurang setengah jam. 

2. Sementara tunggu doh mengembang, masak sambal sardin dahulu. At least, kuah siap dah bila roti puri masak.

3. Selepas setengah jam, ambil sedikit doh tadi, bulatkan dan kemudian lenyekkan guna pencanai. Canai roti jangan tebal or nipis sangat. Sedang-sedang gitu. Lepas tu, angkat roti tadi dan buang lebihan tepung yang ada di atas bawah roti. Letak kepingan roti atas piring leper. Siapkan beberapa keping doh lagi

4. Panaskan minyak dalam kuali besar. At least, dalam 3-4 cawan gitu. Bila minyak panas, masukkan sekeping doh dan mandikan doh tersebut dengan minyak tersebut. Ceduk minyak guna sudip dengan pantas dan mandikan doh sehingga kembang membulat. Setelah puas hati, angkat dan tapis atas penapis agar minyak tersejat. Habiskan semua doh. Enak makan dengan sardin.  

Babka kayu manis dan coklat

Babka coklat dan kayu manis.

Saya try buat dua jenis roti babka. Coklat dan kayu manis. Bila ditanya ahli keluarga, ramai ahli keluarga yang berusia suka dengan inti kayu manis berbanding coklat. 


Bahan-bahan:

550g tepung gandum
2 ½ sudu kecil yis
2 biji telur
160g susu biasa, suhu bilik
55g gula kastor
1 sudu kecil vanila ekstrak
2 sudu kecil garam
140g mentega unsalted + untuk salutan loyang
Untuk inti, boleh pilih nak guna gula + kayu manis atau coklat.

Kena buat tocang

Penyediaan:

1. Campurkan tepung dan yis dalam satu mangkuk. Kacau.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, susu, gula, vanila ekstrak dan garam. Kacau hingga mesra dan masukkan dalam mangkuk tepung tadi. Gaul hingga membentuk doh. Uli dalam 6-8 minit.

3. Keluarkan doh dan uli atas meja bersih. Uli seketika dan bentukkan ia menjadi segiempat tepat. Kemudian balut dengan plastik wrap dan masukkan doh dalam peti sejuk sekurangnya 1 jam. Sambil menunggu tu, boleh buat inti babka yang diinginkan.

4. Setelah doh dikeluarkan, ia dalam keadaan mengeras sikit. Takpe. Potong dua & doh pertama, leperkan guna penggelek ikut saiz loyang roti yang nak digunakan. Nipis doh lebih kurang 1/8 inci. 

Babka dibiarkan kembang sebentar dohnya.

5. Sadur inti atas doh leper dan tinggalkan seinci tepi agar bila digulung, inti tak meleleh keluar. Gulung doh menjadi bulat dan masukkan dalam peti bahagian sejuk beku selama 15 minit. 

6. Guna pisau dan potong setengah bulatan doh tu. Kemudian pintal seperti tocang. Masukkan dalam loyang yang disadur mentega dan biarkan ia kembang dalam sejam.

7. Panaskan oven 175°c, api atas bawah dan bakar babka selama 40 minit. Setelah masak, keluarkan babka dan sadurkan dengan air gula atas. Setelah roti agak suam, sudah boleh dipotong untuk dinikmati. 

Cinnamon rolls gebu

Cinnamon rolls.

Kali ni saya cuba resipi roti dari Ree Drummond. Cantik, sedap & gebu cinnamon rolls kali ni. Ada yang saya letak inti kacang & ada yang saya letak inti asas aje. Bila letak kacang walnut kat dalam doh tu, bila makan, jadi lembut aje kacang tu. Tak keras. Sedap. 

Ini resipinya. 


Bahan:

1 1/2 cawan susu (saya guna anchor)

1/2 cawan minyak sayuran

1/2 cawan gula

1 paket kecil yis

4 1/2 cawan tepung gandum + sedikit untuk menguli doh nanti

1 sudu kecil serbuk cinnamon (kayu manis)

1/4 sudu kecil parutan buah keras

1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1/2 kecil garam

Sedikit mentega cair untuk disadur pada bekas membakar


Bahan inti:

1/2 mentega yang dicairkan

1/2 cawan gula perang

1/2 cawan gula

1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

1/2 sudu kecil buah keras

1/2 cawan kacang walnut dicincang kasar

Cinnamon rolls dengan inti kayu manis dan kacang walnut.

Penyediaan Doh:

1. Masukkan susu, minyak dan gula ke dalam periuk masakan sederhana besar. Kacau mesra & panaskan atas api. Bila kelihatan mula mendidih, tutup api dan kacau hingga tidak terlalu panas (bila celup jari, kita boleh tahan panas dia). Ketepikan dari atas dapur dan rehatkan sebentar kemudian masukkan yis. Kacau sedikit dan biarkan selama 5 minit. 

2. Dalam mangkuk lain, masukkan 4 cawan tepung, serbuk kayu manis dan buah keras. Gaul mesra dan masukkan dalam adunan susu tadi. Kacau hingga mesra dan tutup periuk dengan kain lembab. Biarkan doh naik dalam masa satu jam.

3. Untuk bahan inti, dalam satu mangkuk, masukkan gula perang, gula, serbuk kayu manis dan buah keras. Gaul mesra dengan sudu. Ketepikan.

4. Setelah sejam, doh akan naik dua kali ganda. Masukkan 1/2 cawan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam. Kacau hingga semuanya mesra dan pindahkan ke atas meja yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung (untuk elakkan doh melekat di meja). Uli doh dan gunakan pencanai untuk mendapatkan doh berbentuk segi empat tepat. 

5. Tuang mentega cair atas doh dan sapukan rata dengan menggunakan tangan aje. Kemudian, taburkan bahan inti atas keseluruhan doh. Taburkan pula kacang walnut. Kemudian, gulung doh perlahan-lahan menggunakan teknik menaip (typewriter technique) sehingga habis digulung. Hujung gulungan, picitkan sedikit agar ia tidak terbuka dan kemudian terbalikkan bahagian dipicit tadi ke bawah agar ketika memotong, ia tidak terbuka.

6. Potong doh setiap dua inci dan masukkan potongan ke dalam bekas pembakar yang telah disadurkan dengan mentega. Setelah penuh dulang pembakar diisi, tutup sebentar dengan kain lembab selama 20 minit bagi menaikkan doh. 

7. Panaskan oven pada suhu 190 celcius api atas bawah. Setelah doh kembang, bakar ia di dalam oven selama 15-20 minit atau sehingga ia kuning keemasan. Keluarkan dan biarkan roti sejuk sebentar sebelum disadurkan dengan cream cheese ataupun cairan gula icing berserta susu. Siap untuk dimakan.  

Home-made sos mayo

Resipi ni saya dapat dari sorang chef di Turki. Bila dicuba & letak pada burger, memang sedap.


Bahan:
2 sudu besar mayo
1 sudu kecil mustard
3 ulas bawang putih disagat / ditumbuk
1 sudu kecil paprika / chilli flakes
1/4 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
3 sudu besar jus jeruk (pickle juice). Jika tiada jus jeruk, letak sedikit cuka makanan.


Penyediaan:
Masukkan kesemuanya dalam satu mangkuk. Kacau hingga mesra. Jika ada rasa kurang mengancam skit, letak sedikit jus jeruk lagi.

p/s: jangan guna jus jeruk yang manis. Guna yang biasa aje. 

Home-made sos mayo untuk burger dan sosej.

Roti dan burger, menu pilihan bila ingin makanan yang lebih ringan


Narrated by Bukhari

Sloppy joes hotdog

Sloppy joes hotdog.

Semua suka sloppy joes hotdogs. Menu barat yang sesuai ketika minum petang atau makan malam.
Siapa yang pernah tonton filem 'It Takes Two', anda akan perasan menu sloppy joes ni menjadi feveret kat summer camp filem ni. Cuma versi saya buat, saya guna roti hotdog, hotdog dan kuahnya tak melimpah.


Bahan:
10 roti hotdog dibelah dua tapi tak putus. Sapukan mayo dalamnya & bakar atas kuali leper.
10 hotdog disapu mayo & dibakar atas kuali leper.
1 keping daging kisar
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
1 1/2 cawan sos tomato atau tomato puri
2 sudu besar sos Worcestershire
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos cili
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil pepper flakes
1 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Masak daging kisar dalam kuali tanpa minyak. Guna api sederhana. Masak hingga air daging sedikit mengering dan daging tidak berketul.
2. Kemudian, masukkan cili merah dan bawang besar serta putih. Masak seketika. Selepas itu, masukkan air dan sos tomato/tomato puri. Masak hingga mendidih.
3. Setelah itu, masukkan gula perang, serbuk cili, pepper flakes, sos cili, sos Worcestershire, garam dan lada hitam. Kacau hingga mesra. Masak guna api perlahan selama 15-20 minit. Kacau sekali sekala. Setelah mendidih, tutup api dan masukkan isi sloppy joes ke dalam roti hotdog & letakkan hotdogs atasnya. Nak lebih sedap, paipkan mayonis & mustard.
p/s: jika nak kuah sloppy joes banjir, letakkan air secawan & tambah sos.

Roti celup telur

Bila bulan Ramadhan, selalunya memang cari idea nak masak apa untuk berbuka + moreh sekali.
Jadinya, ini adalah menu mudah yang sangat sesuai. Menu roti celup telur dan roti telur bersosej. 


Bahan: 

Telur

Roti (roti biasa atau roti sosej) 

Sosej 

Mentega dan Mayonis untuk sapuan 

Sedikit garam


Untuk sosej tu, disarankan anda rebus dulu dalam 5 minit. At least tahan lama isi dalamnya. Kemudian, boleh belah dua atau guna aje sebatang. Bergantung pada individu

Kacang pool

Pertama kali makan menu ni masa di kedai Semangkuk. Sedap sangat rasa. Dan sejak kedai ni dah takde, makanya kenalah belajar masak sendiri. Alhamdulillah menjadilah. Oh ya, siapa yang alergi kacang panggang ni, sila ganti dengan kacang lain yang sesuai.


Bahan:
200 gram daging cincang
1 tin kacang pool
1 tin kecik baked bean
1 1/2 camca besar kari daging
1 camca besar serbuk ketumbar
1 camca teh lada hitam ditumbuk
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
1 1/2 cawan air


Bahan hidangan:
Roti naa, roti perancis atau apa aje jenis roti yang kemudiannya dipanggang
Bawang besar, didadu kecil
Cili benggala kuning didadu
Cili hija dihiris
Limau kasturi dibelah dua
4 biji telur mata


Penyediaan:
1. Kacang pool, diramas hingga hancur, tak perlu sampai halus sangat. Ketepikan.
2. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kari daging & ketumbar, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan minyak & biarkan ia panas. Kemudian, tumis pes rempah, kacau rata & masak hingga naik minyak.
3. Masukkan daging kisar & masak dengan api sederhana hingga daging berubah warna & kering airnya. Tambah sos tomato, kacau rata & tuang air. Kacau rata & biarkan mendidih.
4. Masukkan kacang pool &baked beans. Kacau perlahan. Tambah lada hitam, kacau & masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya & jika sedap boleh matikan api.
5. Cedok kacang pool secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Hias dengan bawang besar, cili hijau, cili benggala & telur mata. Perah jus limau nipis ke atasnya. Sedia untuk dimakan. 

Roti dan kacang pool.

Sandwich ayam nasi kandar

Sandwich ayam goreng nasi kandar.

Ini antara menu mudah yang kita semua boleh buat. Menu kenyang di waktu pagi atau lewat malam.

Roti sandwich ayam goreng nasi kandar. Resipi mudah untuk penggemar ayam goreng mamak.
Yang suka sayur, bolehlah letak salad, tomato, timun, buah jeruk, telur rebus dan lain-lain. 

Bahan-bahan untuk sandwich.

Ayam nasi kandar tu, kita beli extra kat kedai mamak atau kita buat sendiri. Lepas tu, letaklah apa yang suka. Jika anda jenis suka roti tu garing, boleh aje bakar sekejap atas kuali leper. 

Kentang goreng, sos bolognese berdaging & keju

Kentang goreng dengan sos daging serta keju mozarella.

Kentang goreng dengan sos bolognese dan keju @ Fries with bolognese sauce and cheese. Menu ni sedap makan time minum petang, lepak-lepak dengan famili dan boleh juga jadikan kudapan lewat malam. Nak buat side-dish makan dengan burger pun sesuai.

Bahan:
500gm jejaji goreng (boleh guna wedges jika suka)
1 biji bawang besar didadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 cawan daging cincang
1/2 batang parutan lobak
3 sudu besar puri tomato
2-3 sudu besar sos cili
1/2 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu kecil daun oregano
Keju mozzarella (boleh aje nak guna keju lain)  


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng kentang sehingga kekuningan. Angkat dadan toskan. Ketepikan.
2. Kurangkan 3/4 minyak tadi. Tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan daging cincang dan goreng hingga tidak berketul.
3. Masukkan puri tomato. Kacau seketika dan masukkan air serta sos cili. Kacau sehingga mendidih.
4. Masukkan pula parutan lobak merah. Kacau dan biarkan dalam 2-3 minit.
5. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Letakkan kentang goreng ke atas pinggan yang boleh masuk microwave/oven. Sendukkan 1-2 senduk sos bolognese ke atas kentang dan parut keju di atasnya. Masukkan pinggan ke dalam microwave dan panaskan dalam seminit. Jika guna oven, guna suhu 150° dan bakar hingga keju mencair. Setelah cair, keluarkan dari microwave dan taburkan sedikit oregano atasnya. 

Agama itu nasihat. Kami bertanya, " Untuk siapa?" Baginda menjawab, "Untuk Allah, kitab-Nya, para pemimpin kaum Muslimin dan bagi manusia umumnya."


Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Ruqayyah Tam

Roti telur sardin

Roti telur sardin.

Menu mudah untuk sarapan, minum petang ataupun kudapan malam bila lapar. Resipi ni saya dapat dari youtube Sheila Rusly.

Anda boleh cuba.

Bahan:
5-6 keping roti putih dibelah dua
1 tin kecil sardin
3 biji telur
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1/2 biji jus limau nipis
1/2 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk memasak 

 Penyediaan:
1. Dalam satu mangkuk, masukkan sardin, telur, bawang putih, bawang besar, jus limau nipis dan garam. Pecahkan ikan sardin dan kocok campuran ini semua. Ketepikan. 

 2. Sediakan kuali leper. Panaskan sedikit minyak di atasnya. Kemudian, masukkan roti dalam adunan sardin dan salutnya depan belakang. Letak perlahan-lahan atas kuali. Buat sekali lagi untuk 3 keping roti atau muat-muat saiz kuali. Setelah bawah roti garing, terbalikkan. Masak sebelah lagi. Setelah garing, angkat dan letakkan atas piring. Susun roti dalam pinggan bila sedikit sejuk. 

Hot revenge burger

Hot revenge burger dengan patty daging.

Burger ni saya buat sebab ada cili habanero & serrano beli di Cameron. Serius pedas cili ni. Pijar tangan kejap. Tapi berbaloi sebab sedap sangat bila disalai atas dapur dan dibuat inti burger. Untuk yang suka burger, suka pedas dan nak try buat, ini resipinya.  


Bahan:
10 biji roti burger dibakar dengan mentega
10 keping daging burger
Minyak zaitun
Mentega (sapuan roti)
Sos worcestershire
1 sudu besar lada putih
1 batang timun dihiris
1/2 biji daun salad
2 biji tomato dihiris
1 batang cili serrano
1 biji cili benggala
2 batang cili merah
3 biji cili habanero
10 keping keju
1 cawan sos keju (guna cheese powder)
Mayonis

Bahan tomato salsa:
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1 sudu besar perahan lemon 

Salai cili-cili untuk burger ini.

 Penyediaan:
1. Penyediaan cili pedas: belah dua semua cili benggala, serrano, habanero dan cili merah. Panaskan kuali leper & 2 sudu minyak zaitun. Salai semua cili depan dan belakang. Biarkan hingga kulit luarnya hitam hangus. Setelah masak, angkat dan buang kulit luarnya. Hiris melintang dan masukkan semuanya dalam mangkuk dan gaul. Ketepikan. 

2. Penyediaan tomato salsa: Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaul. Ketepikan. 

Letakkan apa sahaja yang diingini di dalam hot revenge burger.

3. Penyediaan burger: Panaskan kuali leper dan panggang roti burger yang dibelah dua dan disapu mentega. Letakkan salad, tomato dan timun dibahagian roti burger bawah. Kemudian, panggang daging burger sambil letakkan sedikit sos worcestershire dan lada putih. Panggang kedua-dua belah daging tapi jangan garing sangat dan letakkan sekeping keju. Tutup daging dan keju tadi dengan penutup periuk agar wap panas mencairkan keju sambil dimasak dagingnya. Setelah beberapa minit, angkat penutup dan pindahkan terus daging ke atas roti bawah burger. Letakkan campuran cili pedas, tomato salsa dan sos keju. Sapukan sedikit mayo di atas bahagian roti atas burger. Tangkupkan dan siap untuk dinikmati.

*jika suka, boleh letak telur dadar sekali untuk inti* 

Potato Chicken Pot Pie, citarasa Malaysia

Chicken pot pie versi kecil.

Asalnya nak masak guna resipi Jamie Oliver tapi udahnya ikut citarasa Malaysia yang suka letak macam-macam dan pedas.

Nak lagi 'kick', boleh makan dengan sambal atau sos.


Bahan:

1 keping kulit puff pastry (Saya guna jenama Kawan)

3 sudu besar mentega

6-7 biji kentang dipotong dadu

3 keping dada ayam dipotong dadu

1 batang lobak merah didadu

1 biji bawang besar didadu

1/4 cili benggala kuning didadu

1/4 cili benggala merah didadu

1 tangkai cili merah dihiris 

4-5 biji cendawan butang dihiris

1 cawan kacang peas 

1 cawan air

1 1/2 cawan susu masakan 

1 sudu kecil lada hitam

1 sudu kecil thyme

1-2 sudu kecil garam (ikut rasa)

1 biji telur (untuk sapuan)

Loyang atau bekas pembakar 


Isi chicken pot pie dimasak sederhana.

Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 200°

2. Panaskan kuali dengan api sederhana. Masukkan mentega. Setelah panas, masukkan bawang. Kacau seketika dan masukkan ayam. Kacau dan biarkan masak sebentar. Masukkan lobak merah, kentang dan 1 cawan air. Kacau dan biarkan ia masak dalam 10 minit. 

3. Masukkan pula cili benggala dan cili merah. Kacau sebentar dan masukkan cendawan. Selepas itu, tuang susu masakan. Masak hingga mendidih sambil mengacaunya. Akhir sekali masukkan lada hitam, daun thyme dan garam secukup rasa. Kacau dan tutup api. Tuang inti pie dalam loyang. Ketepikan.

4. Taburkan sedikit tepung gandum atas meja/work surface dan kemudian ambil sekeping doh pastri dan gelek dengan pencanai (rolling pin) sehingga doh separuh nipis dari asal. Kemudian potong sedikit besar dari saiz loyang. Letakkan doh atas loyang inti & tekan kelilingnya. Sapukan telur atas kepingan pastri dan masukkan dalam oven. Masak dalam 17-20 minit hingga warna kulit puf kekuningan dan sedikit garing. Setelah masak, keluarkan dari oven dan rehatkan sebentar dalam 5 minit. Sedia untuk dinikmati. 

Home-made burger daging puas hati buat sendiri

Burger daging buatan sendiri

Burger daging buatan sendiri membuatkan kita boleh tentukan saiz patti yang diinginkan, ketebalan bagaimana dimahukan dan cara masak bagaimana diingini. Resipi ni saya dapat dari rancangan Food Network. Ada dua rancangan dalam Food Network tayangkan tentang restoran dan chef yang selalu masak burger dan makanan bakar serta salai. Jadinya,

Burger daging buatan sendiri membuatkan kita boleh tentukan saiz patti yang diinginkan, ketebalan bagaimana dimahukan dan cara masak bagaimana diingini. Resipi ni saya dapat dari rancangan Food Network. Ada dua rancangan dalam Food Network tayangkan tentang restoran dan chef yang selalu masak burger dan makanan bakar serta salai. Jadinya, kita ambillah ilmu yang dikongsikan. Dan kali ni,  saya kongsikan dengan anda pula. Harap-harap, anda boleh cuba di rumah nanti.


Sebenarnya ada banyak cara dan trick untuk dapatkan patti daging yang sedap, lembab dan tak terlalu garing. Di sini, saya kongsikan satu trick paling ramai chef restoran burger di Amerika buat. Memang berbaloi trick ni anda cuba. Memang lain dari yang lain rasanya. 

Patti daging & bahan

Patti daging 6 orang makan:

800gm daging cincang

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil serbuk cili


Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk besar. Gaul mesra dan ramas. 

2. Bahagikan adunan daging ini kepada 6 patti. Kepal dan leperkan sedikit dan letakkan atas plastik (seperti dalam gambar). Rehatkan dalam 

Patti daging 6 orang makan:

800gm daging cincang

1/2 sudu kecil garam

1/2 sudu kecil lada hitam

1/2 sudu kecil serbuk cili


Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk besar. Gaul mesra dan ramas. 

2. Bahagikan adunan daging ini kepada 6 patti. Kepal dan leperkan sedikit dan letakkan atas plastik (seperti dalam gambar). Rehatkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam paling kurang. Jika anda buat pagi dan nak masak petang pun boleh aje. As long, anda simpan di dalam peti ais untuk tahan lama dan patti tak rosak. 

Penyediaan homemade burger

Penyediaan homemade burger

Bahan penyediaan burger:

6 roti burger dibelah dua, disapu sedikit mayonis dan dibakar sebentar atas kuali untuk dapatkan rasa garing.

6 keping keju

1 biji tomato dihiris

1 mangkuk kecil caramelized bawang dan cendawan (rujuk cara membuatnya di bahagian salsa)

12 keping daun selasih

Sedikit minyak zaitun untuk memasak

Sos pilihan


Penyediaan burge

Bahan penyediaan burger:

6 roti burger dibelah dua, disapu sedikit mayonis dan dibakar sebentar atas kuali untuk dapatkan rasa garing.

6 keping keju

1 biji tomato dihiris

1 mangkuk kecil caramelized bawang dan cendawan (rujuk cara membuatnya di bahagian salsa)

12 keping daun selasih

Sedikit minyak zaitun untuk memasak

Sos pilihan


Penyediaan burger:

1. Sediakan kuali leper. Letakkan sesudu besar minyak zaitun dan ratakan atasnya. Setelah panas, letakkan 3 keping patti atas kuali (jika kuali besar). Masak ikut kadar kegaringan dan kelembapan yang diinginkan. 


2. Setelah kedua-dua bahagian masak, untuk dapatkan rasa 'moist' pada daging dan keju yang mencair, tricknya, anda spray sedikit air atas kuali panas keliling daging burger, letakkan kepingan keju atasnya dan tutup dengan mangkuk besi. Biarkan wap dan minyak masak daging tersebut dari dalam.


3. Setelah masak keju separuh mencair, letakkan atas roti burger yang disapu mayo. Letakkan di atas patti, hirisan tomato, caramelized bawang dan cendawan, sos dan daun selasih. Siapkan kesemua burger dan kemudian sedia untuk dinikmati home-made burger daging dengan keluarga atau rakan.


Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept