Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam

Senarai resipi Alfi ini di bawah kategori manisan & pengat

Agar-agar kopi

Agar-agar kopi radix. Dek kerana semua dalam rumah ni minum kopi, makanya kita cuba agar-agar kopi. Dan rasanya, serius sedap. Anda boleh ganti kopi lain jika mahu cuba manisan mudah ini.


Bahan:
4 paket kopi radix
1 paket agar-agar tali
1200ml air
10 sudu besar gula
1 tin susu cair
1 sudu besar susu pekat


Penyediaan:

1. Masukkan agar-agar, air, gula ke dalam periuk. Setelah adunan mendidih, bahagikan 2 adunan. Satu putih dan satu adunan kopi. Masukkan susu cair dalam adunan putih. Dan masukkan kopi radix dan susu pekat dalam adunan satu lagi. Masak guna api perlahan.

2. Masukkan separuh adunan putih ke dalam loyang agar-agar. Biarkan sejuk sebentar dan cakar sedikit permukaannya. Kemudian masukkan adunan kopi perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit. Ini agar adunan bawah yang putih tidak tiba-tiba bercampur semua (macam gambar saya, ada sedikit bahagian masih panas dan meresap ke bawah). 

3. Setelah adunan agar-agar kopi keras sedikit, cakar ia dan masukkan baki adunan agar-agar putih perlahan-lahan (boleh tambah air semasa agar-agar mula berkurangan dalam periuk yang dipanaskan). Sejukkan agar-agar selama 3 jam. boleh dipotong selepas itu. 

Agar-agar kopi.

Puding markisa

Puding markisa.

Buah markisa ni saya perolehi bila ke Desaru, ladang buah yang agak besar di sana. Masa ni dok fikir, menu apa yang sesuai untuk buah markisa/passion fruits. Puaslah godek web food network. Akhirnya, dapatlah resipi manisan mudah ini.


Bahan:

3 biji buah Markisa diambil isinya
1 peket agar-agar
800 ml air
600 ml susu dutch lady
250 gm gula pasir
3-4 titis pewarna kuning 

Penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga semuanya larut.
2. Ambil sedikit agar yang dimasak dalam 2-3 senduk dan campurkan bersama biji buah markisa tadi.
3. Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air (bagi memudahkan proses mengeluar agar-agar dari bekas). Biarkan ia seketika
4. Baki agar-agar tadi dicampurkan dengan susu dan masak hingga sedikit mendidih. Tutup api dapur.
5. Titis pewarna kuning dan kacau rata. Setelah agar-agar sedikit kurang panasnya, perlahan-lahan tuang atau sendukkan atas puding markisa tadi. Biarkan sejuk sebentar & simpan dalam peti ais lebih kurang 3 jam. Enak di makan sejuk-sejuk.  

Pengat pisang

Sesekali makan pengat pisang, memang happening. Rasa enak aje lalu kat tekak. Itupun kalau ada rezeki dapat pisang yang boleh dibuat pengat.  


Bahan:

2 biji pisang tanduk
2 helai daun panda, disimpul
500 ml air
500 ml santan
Secubit garam
1 ketul gula melaka, dipotong dua
1/3 cawan gula pasir


Penyediaan: 

1. Pisang tanduk dipotong sederhana tebal. Ketepikan.
2. Dalam periuk, satukan air, gula pasir, gula melaka dan daun pandan. Masak hingga mendidih. Masukkan secubit garam. Biar mendidih.
3. Kemudian, masukkan pisang dan santan. Kacau perlahan dan rasa jika perlu tambah lagi gula atau tidak (kot ada yang nak manis skit lagi). Masak hingga pisang agak lembut. Jika ok, tutup api dan siap untuk dihidang.

Serawa durian & pulut kukus bunga telang

Serawa durian & pulut kukus bunga telang. Menu warisan kita yang sedap sampai bila-bila 💙😋

Rezeki dapat durian kampung yang isi eloknya. Maka, saya cuba resipi yang diambil di web @matgebu

Bahan:
2 biji isi durian
1 liter santan
500 ml air
1 ketul gula melaka dihiris halus (anggaran 1/2 cawan)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan
1 1/2 sudu besar tepung gandum + 1/4 cawan air
Secubit garam
Gula, jika perlu


BAHAN-BAHAN PULUT :-)
800gm beras pulut, cuci & rendam 30 minit kemudian tapis
550 ml santan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecik minyak masak
1 helai daun pandan
20 kuntum bunga telang, cuci & rendam dengan sedikit air panas.


Penyediaan:
UNTUK PULUT :- Panaskan kukus. Sediakan loyang. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam loyang. Masukkan garam dan minyak masak ke dalam santan, kacau rata. Tuang bancuhan santan dan masukkan daun pandan. Masukkan loyang ke dalam kukus. Tutup kukus dan masak selama 20 minit. Sementara itu, bunga telang direndam dengan air panas selama 10 minit. Warna biru bunga akan keluar perlahan-lahan.
Selepas 20 minit, buka tutup pengukus dan sudukan air bunga telang pada beberapa bahagian pulut. Tutup kukus dan biar masak selama 5 minit. Kemudian gemburkan dengan garfu dan sambung kukus untuk 5 minit lagi atau pulut betul2 masak. Matikan api kukus dan biar sejuk sebentar.


UNTUK KUAH SERAWA DURIAN :- Masukkan air gula ke dalam periuk bersama daun pandan, air dan santan. Kacau dan masak hingga mendidih. Tambah durian dan masukkan sedikit garam. Kacau dan masak sekejap. Kemudian, bancuh tepung gandum dengan 1/4 cawan air & kacau. Tuang ke dalam periuk, kacau sebentar dan masak dengan api sederhana hingga kuah memekat. Rasa dan jika kurang manis boleh tambah sesudu lagi gula. Masak sekejap dan matikan api. Siap untuk dihidang. 

Serawa durian dan pulut kukus bunga telang.

Puding jagung, lemak, sedap dan seperti aiskrim

Puding jagung.

Sesekali makan puding jagung, rasa macam makan aiskrim jagung. Enak sangat. Boleh buat peminat jagung dan manisan makan berulang.


Bahan:
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis dalam tin
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair


Penyediaan:
1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat, kental dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
3. Angkat dan tuang puding ke dalam loyang atau bekas tahan panas. Simpan dalam peti ais selama 2 jam. Selepas itu, bolehlah dipotong ikut suka atau sedekahkan pada jiran  

Nabi s.a.w bersabda, "Apapun yang saya larang kamu lakukan, maka jauihilah; dan apapun yang saya perintahkan kamu lakukan, maka kerjakanlah sekadar kemampuanmu. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan dengan nabi-nabi mereka."


Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a

Puding laici

Resipi puding laici ni saya dapat dari mama. Ia antara manisan mudah yang paling semua orang suka bila saya buat.

Bahan:
2 paket agar-agar
1 tin besar laici
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
1/4 cawan gula batu (membantu memekatkan agar-agar)
1400 ml air


Penyediaan:
1. Masukkan air ke dalam periuk bersama dengan agar-agar. Kacau sehingga cair dan mendidih.
2. Masukkan gula pasir, gula batu, susu cair dan separuh air dalam tin laici. Jangan tuang habis air laici ke dalam periuk tau. Kacau hingga mendidih dan gula batu sudah mencair. Tutup api.
3. Kacau perlahan-lahan seketika bagi membuang haba. Kemudian, masukkan puding ke dalam bekas dan biarkan ia sejuk sendiri di atas meja.
4. Bila dah sejuk, taburkan buah laici yang dicarik-carik ke atas puding. Baki air laici yang separuh tin, tuangkan ke atas puding. Masukkan dalam peti sejuk & biarkan selama 2 jam. Siap.

Agar-agar sirap laici

Agar-agar sirap laici

Agar-agar sirap laici.
Manisan yang mudah & sedap di makan time musim panas lit-lit. Budak-budak mesti suka.


Bahan:
30gm agar-agar tali
1.5 liter air
1 1/4 cawan gula
1 cawan sirap
1 tin besar laici + airnya


Penyediaan:
1. Masukkan dalam periuk air, agar-agar dan gula. Masak dengan api sederhana dan sekali sekala kacau. Masak hingga agar-agar mencair.
2. Kemudian, masukkan sirap dan kacau. Selepas itu, masukkan laici dan airnya. Kacau seketika dan tuang ke dalam loyang. Sejukkan sebentar di luar dan kemudian masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan sekitar 2 jam. Siap untuk dipotong. 

Agar-agar gula melaka bersusu dengan cream-o

Bahagian bawah agar-agar ini kita gunakan gula melaka. Jika anda tak suka gula melaka atau habis, boleh aje ganti dengan koko. 


Bahan:
1 pek agar-agar 30g
1 tongkol besar gula melaka (sagat gula melaka)
1500ml air
1 cawan gula putih
170 ml susu cair
1 sudu besar gula batu
1 pek biskut cream-o


Penyediaan:
1. Dalam periuk besar, masak agar-agar, gula batu dan air sehingga agar-agar mencair. Ceduk 8 senduk adunan ke dalam periuk kecil dan masak dengan api paling kecil (kacau sekali sekala).
2. Dalam periuk besar tadi, masukkan gula dan gula melaka. Kacau sehingga hancur. Tutup api dan tuang agar-agar ke dalam acuan. Biarkan sejuk sebentar.
3. Dalam periuk satu lagi tadi, tuang susu cair ke dalamnya dan kacau sehingga mendidih. Tutup api dan kacau sekali sekala untuk redakan kepanasannya.
4. Setelah agar-agar gula melaka tadi sedikit keras, cakar halus dengan garfu di bahagian atasnya. Ia bagi membantu agar-agar putih melekat pada bahagian coklat dan tidak mudah tertanggal. Selepas itu, tuangkan agar-agar susu ke atas agar-agar gula melaka perlahan-lahan.
5. Letakkan kepingan biskut cream-o yang dipatah dua ke atas agar-agar susu. Biarkan agar-agar sejuk dan mengeras sedikit barulah diletakkan di dalam peti sejuk. Simpan agar-agar selama 2 jam sebelum dihidang. 

Agar-agar gula melaka bersusu dengan cream-o

Blueberry cobbler @ Beri biru pembuat kasut

Blueberry cobbler @ Beri biru pembuat kasut.

Bila baca novel, selalu keluar menu cobbler ni. Ada yang buat peach cobbler, blueberry cobbler, strawberry cobbler & macam2 lagi. Dan bila nampak satu kedai buah ni jual blueberry pada harga yang murah berbanding biasa, saya beli. 


Bahan:
2 cawan buah beri biru dibasuh bersih
1 sudu besar jus lemon
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil gara

Bila baca novel, selalu keluar menu cobbler ni. Ada yang buat peach cobbler, blueberry cobbler, strawberry cobbler & macam2 lagi. Dan bila nampak satu kedai buah ni jual blueberry pada harga yang murah berbanding biasa, saya beli. 


Bahan:
2 cawan buah beri biru dibasuh bersih
1 sudu besar jus lemon
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk buah keras
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan susu
3 sudu besar mentega suhu bilik
1/2 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar tepung jagung (untuk topping)
1 cawan gula perang (untuk topping)
3/4 cawan air panas 

1.  Panaskan oven pada suhu 175°. Masukkan buah beri biru ke dalam bekas 22 x 15cm dan ratakan. Taburkan jus lemon di atas buah beri (ala kadar aje). Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, gula perang, susu, mentega, garam, buah keras dan esen vanila. Pukul bahan sehingga menjadi adunan yang gebu. Lapiskan adunan ini di atas buah beri. Ratakan. 

3. Untuk topping, campurkan gula perang dan tepung jagung. Gaul mesra. Taburkan campuran ini di atas adunan tepung. Tuang air panas perlahan-lahan atas adunan. Kemudian, buat beberapa lubang (4-5 lubang) di atas adunan cobbler tadi. Biar air sedikit masuk ke bahagian bawah. 

4. Masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingg

3. Untuk topping, campurkan gula perang dan tepung jagung. Gaul mesra. Taburkan campuran ini di atas adunan tepung. Tuang air panas perlahan-lahan atas adunan. Kemudian, buat beberapa lubang (4-5 lubang) di atas adunan cobbler tadi. Biar air sedikit masuk ke bahagian bawah. 

4. Masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 50-60 minit sehingga bahagian atas berkerak keemasan dan kelihatan belon buah beri menggelembung ke atas. Setelah masak, keluarkan perlahan-lahan & biarkan ia sejuk dalam 30 minit sebelum makan (kang tak pasal-pasal melecur mulut). Enak di makan dengan aiskrim atau begitu sahaja. 

Pavlova, manisan dengan buah-buahan

Pavlova dengan taburan buah.

Resipi pavlova mudah aje tapi yang mencabarnya, untuk bakar pavlova ni, ambil masa 1 1/2 jam dalam oven dengan suhu 130°c aje.

Bahan:
4-5 putih telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan (warn putih)
1/2 camca teh serbuk vanila / esen vanila
Whipping cream (suka hati nak beli jenis botol atau kotak)
Buah2 pilihan yang anda suka 

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c. Sediakan tracing paper ikut saiz loyang dan kemudian lukis beberapa bulatan atas kertas. Kemudian terbalikkan kertas dan bila nak paipkan adunan, ikut aje bulatan yang dibuat tadi. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan saiznya naik 2-3 ka

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180°c. Sediakan tracing paper ikut saiz loyang dan kemudian lukis beberapa bulatan atas kertas. Kemudian terbalikkan kertas dan bila nak paipkan adunan, ikut aje bulatan yang dibuat tadi. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk bersih dan kering, masukkan putih telur, putar hingga berbuih dan saiznya naik 2-3 kali ganda. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga habis. Putar hingga adunan kental.
3. Masukkan cuka makan dan putar. Masukkan tepung jagung, serbuk vanila dan gaul dengan spatula hingga rata. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Nak cantik, letak novel di muncung piping beg. Paipkan bentuk bulatan tadi hingga semua siap. 

4. Masukkan dalam oven & turunkan suhu pada 130C, bakar selama 1 jam 25 minit atau hingga meringue warna coklat. Kemudian matikan suis oven. Renggangkan sedikit pintu oven dan biarkan povlova sejuk secara semulajadi.
5. Bila sejuk, paipkan dengan krim dan tabur buah-buahan, sos coklat atau apa aje sesuai atasnya, boleh hidangkan terus atau simpan dalam peti sejuk sebelum gunakannya. 

Instead of worrying about what you cannot control, shift your energy to what you can create.


Roy T. Bennett

Agar-agar cendol

Agar-agar cendol pemanis mulut.

Agar-agar cendol ini memang mampu buat orang yang menikmatinya happy. Sejuknya, manisnya, santannya dan lembutnya cendol tu di tekak, rasa enak sangat. Cubalah resipi manisan mudah ini.


Bahan:
Bahan Lapisan Gula Melaka/Anau:
130gm atau 1 ketul gula anau / gula melaka yang dipotong kecil
420 ml air
10 gram agar agar-agar

1/3 cawan gula pasir
150 ml santan

Bahan Lapisan Cendol:
420 ml air
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir
150 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol, ditoskan
Secubit garam 


Penyediaan:
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar, gula melaka & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.

Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam.

Agar-agar teh hihau Boh dengan Cream-O

Agar-agar teh hijau Boh dengan Cream-O, khas buat peminat teh hijau dan biskut berinti. Bila makan time cuaca panas campur pula dapat minum teh hijau, lagilah marbeles.

Saya cuba resipi baru ni sebab stok air feveret kami berdua ada. Teh hijau Boh. Alhamdulillah menjadi. Puas hati dengan hasilnya. Anda pun boleh cuba buat agar-agar lapis teh hijau ni.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g gula
1 tin susu cair
3 paket green tea latte Boh
1 pek biskut Cream-O

Penyediaan:
1. Masak agar-agar dan air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Kacau sekali sekala. Masukkan pula susu dan kacau sebentar. Setelah mendidih, tutup apinya.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil yang dibuka api perlahan. Kemudian, masukkan serbuk teh hijau latte Boh. Kacau hingga mencair.
3. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar.
4. Pertama, tuang 4-5 senduk adunan putih (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 3-4 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan teh hijau latte di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Cream-O di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit dan kemudian tuang lebihan lapisan putih tadi.
5. Biarkan ia sejuk sebentar dan masukkan agar-agar ini ke dalam peti sejuk. Biarkan sejuk sekurangnya 2 jam. Setelah mengeras, bolehlah potong ikut saiz kegemaran agar-agar lapis teh hijau Boh dan Cream-O.


Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept