Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam

Senarai resipi Alfi ini di bawah kategori sambal

Sambal ijo tempe, kentang dan bilis

Selalu kita buat menu sambal pedas ni guna sambal belacan atau sambal cili giling. Kali ni, saya try guna cili hijau & cili padi hijau. Tak berapa pedas sangat & sangat sesuai untuk orang tua untuk menikmati sambal ijo tempe ini. 


Jika anda ingin tambah potongan tauhu yang sudah digoreng, silakan.  Ini resipinya sambal ijo tempe.


Bahan:
6 batang cili hijau besar
17-20 batang cili padi hijau
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 cawan air
4 biji kentang dihiris
1 keping tempe dihiris
1/2 cawan ikan bilis direndam & ditoskan
1/2 cawan air asam
Gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang, kemudian tempe dan bilis sehingga garing. Ketepikan.
2. Kisar cili hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih dan air. Panaskan kuali dan masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan air asam dan kacau sekali sekala.
3. Setelah sedikit garing, masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Kacau seketikadan kemudian masukkan kentang, tempe dan bilis goreng. Gaul hingga mesra dan kemudian dah boleh diangkat. Siap untuk dihidang sambal ijo tempe.

Salsa tomato, letak dalam burger, sandwich, nachos

Menu salsa tomato ini menambahkan keenakan bila letak dalam burger, banjo mahupun tortilla.

Minggu lepas cuba letak dalam burger. Sedap. Untuk yang suka pedas, boleh le letak cili padi, cili benggala, cili habanero, serrano atau apa aje yang anda suka.


Tomato salsa yang segar selalunya akan letak daun ketumbar, daun pudina dan beberapa rempah. Jom cuba resipi salsa ini.


Bahan tomato salsa:
1 biji tomato dipotong dadu
1 batang cili merah dihiris
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih didadu
1 sudu besar perahan lemon


Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk dan gaul. Siap salsa tomato untuk dinikmati.

Sambal cabe ijo

Resipi sambal pedas cabe ijo dari Indonesia ini memang mudah membuatnya dan mampu buat orang dalam rumah bersin beberapa kali bila waktu menggoreng. Jika anda suka pedas kaw-kaw, boleh tambahkan cili padi dan kurangkan cili besar hijau.


Bahan:
15-17 tangkai cili padi hijau
6 tangkai cili besar hijau
1 biji tomato hijau (dia guna merah sebab itu aje dalam stok)
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit air untuk kisar (lebih afdal jika tumbuk)
3-4 sudu besar minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Kisar cili padi, cili besar, tomato, bawang besar, bawang putih dan sedikit air. Kisar dalam 80% lumat.
2. Panaskan minyak dalam kuali, guna api sederhana. Bila dah panas, masukkan bahan kisar. Goreng seketika. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pecah minyak. Setelah pecah minyak dan masak, masukkan sambal cabe ijo ini ke dalam piring kecil. Sedia untuk dinikmati. 

Sambal belacan goreng

Sambal belacan goreng, khas buat peminat yang suka lauk sambal pedas di atas meja makan. Sambal sebenarnya seperti pembuka selera jika ingin naikkan selera makan. Sambal ini jika diambil dalam kuantiti yang tidak melebihi sepatutnya, ia baik untuk kesihatan badan.


Antara penemuan kajian, sambal mampu:

  1.  Membekalkan vitamin A dan vitamin C
  2. Menaikkan selera makan
  3. Menurunkan berat badan
  4. Mengatasi hidung tersumbat
  5. Mencegah anemia
  6. Menjaga kesihatan usus
  7. Meningkatkan sistem kekebalan tubuh


Bahan:
4 tangkai cili merah
17 - 20 tangkai cili padi
6 biji tomato kecil
1 biji bawang besar
1/2 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis (direndam seketika)
2 sudu besar gula melaka/gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 senduk minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Kemudian goreng bawang, ikan bilis dan gula melaka. Goreng hingga bawang sudah layu.
2. Masukkan pula cili merah, cili padi, belacan dan tomato. Goreng hingga tomato layu.
3. Kemudian kecilkan api. Masukkan bahan goreng tadi dalam blander. Kisar 90% lumat. Jika sukar nak kisar, tambah sesenduk baki sup ayam tadi. Asalkan bahan mudah dikisar.
4. Kemudian masukkan sesenduk minyak lagi. Setelah minyak panas, masukkan semua bahan kisar tadi. Gaul seketika. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Jika anda ada limau kasturi, masukkan jusnya dalam 1-2 biji sahaja. Goreng cili sehingga naik minyak. Siap sambal belacan goreng untuk peminat kaki pedas.

Sambal cili ayam penyet

Sambal cili ayam penyet yang sedap memang itu yang akan kita akan cari bila makan kat kedai ayam penyet selain lembutnya ayam mereka. Alhamdulillah resipi yang saya nak kongsikan kali ni sedap di tekak saya. Pertama kali cuba dan saya suka sangat dengan rasanya.

Ini saya kongsikan resipi sambal cili ayam penyetnya. Boleh buat stok untuk makan dalam 4-5 hari.


Bahan2:
4 tangkai cili merah
17 - 20 tangkai cili padi
1 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar (saiz sederhana)
1/2 sudu besar belacan bakar
2 sudu besar ikan bilis (direndam seketika)
2 sudu besar gula melaka/gula merah
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 senduk minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan 1 senduk minyak masak. Kemudian goreng bawang, ikan bilis & gula melaka. Goreng hingga bawang sudah layu.
2. Masukkan pula cili merah, cili padi, belacan & tomato. Goreng hingga tomato layu.
3. Kemudian kecilkan api. Masukkan bahan2 goreng tadi ke dalam blander. Blend/kisar 90% lumat. Jika mesin sukar nak kisar, tambah sesenduk baki sup ayam tadi. Asalkan bahan mudah dikisar.
4. Kemudian masukkan sesenduk minyak lagi. Setelah minyak panas, masukkan semua bahan kisar tadi. Gaul seketika. Selepas itu, masukkan gula & garam secukup rasa. Jika anda ada limau kasturi, masukkan jusnya dalam 1-2 biji sahaja. Goreng cili sehingga naik minyak. Siap sambal cili ayam penyet hasil tangan kita.

Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhilah kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.


Imam Al-Ghazali

Karamel bawang dan cendawan

Burger kita di Malaysia tak berapa nak letak bawang dan cendawan yang dikaramelkan. Selalunya saya akan jumpa menu ni dalam burger di restoran hipster atau jenis yang dine-in. Rasa burger kita atau sandwich akan naik kepada satu level yang lain. Bertambah sedap. 


Tapi, tak semua orang suka pada bawang atau cendawan. Ada sesetengah orang pula tak sesuai makan cendawan terutamanya yang ada hernia. Kesannya, mereka akan terus dapat dalam masa tak sampai 2 jam.


Bahan:
Minyak zaitun
2 biji bawang besar dihiris
2 sudu cuku balsamic
5-6 kuntum cendawan butang putih (blh aje guna cendawan lain)
Garam & lada hitam secukup rasa

Penyediaan:
Karamel bawang dan karamel cendawan:
1. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2-3 sudu besar. Setelah panas, masukkan bawang besar. Masak hingga 8-10 minit & ia bertukar warna. Masukkan 1/4 sudu kecil garam dan lada hitam. Masak seketika dan kemudian masukkan cuka balsamic. Masak dalam 1 minit dan angkat.
2. Panaskan pan kecil. Masukkan minyak zaitun dalam 2 sudu besar. Setelah panas, masukkan cendawan. Masak hingga cendawan bertukar warna coklat/sedikit gelap. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa. Masak sebentar dan angkat. Siap karamel bawang dan cendawan dan boleh diletak terus dalam burger atau sandwich kita.  


Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept