Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam & Korea
    • Makanan Amerika Latin
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam & Korea
      • Makanan Amerika Latin
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam & Korea
    • Makanan Amerika Latin

Brazilian Pastel de Carne, kudapan popular Brazil ala karipa

Brazilian Pastel de carne adalah makanan jalanan (street food) yang sangat popular di Brazil. Ia sejenis kudapan pastri goreng nipis dan rangup, diisi dengan pelbagai bahan seperti daging kisar, keju, ayam, udang, atau pisang dengan coklat. Ia biasanya dijual di gerai pasar, terutama di “feira” (pasar mingguan tradisional Brazil). Saya terjumpa makanan kudapan Brazil ni masa sedang menonton Youtube tentang tempat-tempat menarik di Argentina dan Amerika Latin (kawan saya baru balik dari jalan-jalan di Argentina, Chile dan Brazil). Bila dah 'berjalan' dalam Youtube, secara tak langsung pemilik channel yang sharing info akan tunjukkan juga mereka makan apa dan apa yang menarik lagi di Amerika Latin.  


Pastel ni, bila saya tonton satu Youtube, dia kata makanan ni asalnya bukan dari Brazil. Ia dari Jepun . Ia tercipta bila rakyat Jepun yang migrate ke Brazil pada tahun 1930-an. Untuk mencari rezeki, sebahagian daripada rakyat Jepun membuka gerai makanan kecil, dan mereka mula menjual sejenis makanan yang diinspirasikan daripada “gyoza” Jepun atau “spring roll” Cina. 

 Pastel juga mendapat pelbagai versi mengikut negeri:

  • Pastel de carne (daging kisar)
  • Pastel de queijo (keju)
  • Pastel de frango com catupiry (ayam dengan krim keju)
  • Pastel doce (manis: pisang + coklat, dulce de leite)

Rasa pastel ni kalau ikutkan macam karipap kita aje cuma kulitnya ada letak cuka (sesetengah kedai di Brazil akan letak arak dalam 1-2 sudu gitu) dan saiznya besar (lebih kurang saiz novel kita). Doh pastel lebih lembut dan mudah koyak. Jadi, ada beberapa teknik kena hati-hati bila memasaknya. 
Ini saya kongsikan resipi Brazilian pastel de carne untuk anda cuba. Jika anda nak letak inti lain, terpulang. Anda boleh search di internet inti apa yang anda nak letak. 


Bahan untuk kulit pastel (5 keping pastel besar):

800gm tepung gandum

8 sudu besar mentega

2 biji telur

2 sudu besar cuka

1/2 cawan air (tambah lagi jika perlu agar dapat menjadi doh)

Bahan untuk inti pastel daging:

700gm daging cincang

4 ulas bawang putih dicincang

1 biji bawang besar didadu

1 biji tomato besar didadu

2 batang cili hijau dihiris

1/4 cili benggala dihiris

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar lada hitam

Garam secukup rasa


Penyediaan:

1. Dalam satu mangkuk besar, masukkan semua bahan untuk membuat kulit pastil. Untuk air tu, masukkan dulu sedikit demi sedikit air bancuhan doh tidak terlalu lembik. Uli sebentar dalam mangkuk dan kemudian pindahkan atas table top atau papan penguli. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan. Letak kembali dalam mangkuk dan tutup dengan kain atau plastik dan biarkan ia rehat dalam 1/2 jam.

2. Sementara tunggu doh rehat, kita buat inti pastel. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan daging cincang dahulu. Masak sebentar untuk hilangkan darah sedikit. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Kacau seketika dan biarkan ia masak. 


 3. Masukkan pula potongan tomato dan kacau. Masukkan cili hijau dan cili benggala. Kacau hingga semuanya mesra.  


 4. Selepas itu, masukkan jinta putih, lada hitam, serbuk cili dan garam. Kacau dan kemudian rasa. Jika tawar, boleh tambah sedikit lagi garam. Jika dah ok, kacau sebentar dan tutup api. Angkat dan letakkan dalam pinggan untuk sejukkannya.  

5. Sediakan doh, keju dan inti di atas table top. Sediakan juga scrapper, pencanai dan garfu. Untuk mudahkan kerja membuat pastel. Sediakan juga dulang berlapik plastik untuk meletakkan pastel yang siap dibuat di atasnya. Fungsi plastik ini adalah memudahkan anda mengangkat pastel ketika sesi menggoreng. Doh pastel sangat elastik jadi ada ketika, ia akan terkoyak atau tepi pastel akan terbuka dan isi akan terburai keluar sama ada sebelum goreng atau masa menggoreng (saya dah terkena jadi saya tak nak anda pun terkena macam saya juga). 


 6. Taburkan sedikit tepung atas table top dan doh tadi potong dua. Kita uli separuh dulu. Uli doh pertama atas tepung dan leperkannya guna pencanai. Ketebalan kulit pastel ni lebih kurang 0.3cm atau jangan tebal or nipis sangat. Agak-agak aje. Potong kulit doh kulit pastel ni segi empat tepat untuk 2 potongan. Ia satu untuk bahagian bawah dan satu untuk penutup inti bahagian atas.  

7. Perlahan-lahan pindahkkan potongan pertama atas plastik di dulang. Jika kulit melekat di table top, gunakan scrapper atau pisau leper untuk angkatnya perlahan-lahan. Kemudian, letakkan isi daging di tengah dan letakkan keju atas daging.  


8. Selepas itu, angkat satu keping lagi kulit pastel dan letak atas ini. Pastikan semua sisi boleh ditutup. Kemudian, ambil garfu dan letakkan sedikit tepung padanya. Guna garfu tadi untuk menekan sekeliling pastel agar ianya tertutup rapat semasa menggoreng. Lakukan proses ini sehingga pastel siap. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 5 minit. 


9. Untuk menggoreng,pastel sesuai untuk deep fry atau goreng terendam. Jadi, ambil satu periuk dan masukkan minyak masak dalam 1/3 ketinggian periuk. Panaskan minyak guna api sederhana. Keluarkan pastel dan sedia untuk menggoreng. Masukkan sekeping pastel dahulu jika periuk anda kecil. Masak perlahan-lahan dan terbalikkan jika bahagian bawah sudah masak kekuningan. Goreng seperti biasa dan bila masak, angkat dan letakkan atas relai besi. Goreng baki pastel yang lain. 


 10. Setelah semuanya masak, boleh makan begitu sahaja pastel de carne ini semasa masih panas. Jika anda nak letak pencicah seperti sos atau sambal pun boleh (untuk orang Malaysia lah). 

Brazilian Lemonade Berkrim

Minuman lemonade

Minuman lemonade

Minuman lemonade

Setiap negara ada minuman feveret rakyatnya. Dan minuman lemonade dari negara Brazil ini berbeza dengan lemonade yang kita biasa minum. Penduduk negara Brazil menggunakan limau nipis sebagai lemonade mereka. Bukan itu sahaja, mereka meletakkan susu pekat dalam minuman ini. Rasanya memang lain sedikit tapi masih tetap berikan kesegaran. 


Un

Setiap negara ada minuman feveret rakyatnya. Dan minuman lemonade dari negara Brazil ini berbeza dengan lemonade yang kita biasa minum. Penduduk negara Brazil menggunakan limau nipis sebagai lemonade mereka. Bukan itu sahaja, mereka meletakkan susu pekat dalam minuman ini. Rasanya memang lain sedikit tapi masih tetap berikan kesegaran. 


Untuk minum ini, dua perbezaan ketara dari lemonade biasa. Pertama, guna susu pekat dan gula yang agak banyak. Kedua, setelah kisar, kena tapis dulu airnya untuk dapat pati minuman yang sedap dan segar. 

Bahan-bahan

Minuman lemonade

Minuman lemonade

Untuk minum 2 orang.


3 biji limau nipis (asingkan kulit dan buahnya)

4 sudu besar susu pekat

3-4 sudu besar gula

600ml air 

Sedikit kiub ais

Penyediaan

Minuman lemonade

Penyediaan

1. Potong kulit limau yang berwarna hijau dari isinya. Jika kulit putih yang tebal melekat pada buah, buang (yg putih ini lebih pahit banding hijau). Asingkan mangkuk buah dan mangkuk kulit.

2. Sediakan jug besar atau blender pengisar untuk kisar semua bahan. Masukkan limau, kulit limau yang hijau, gula dan air. Kisar sebentar dan kemudian baru mmasukkan susu pekat. Kisar sehingga lumat. 


Tapis

Minuman lemonade

Penyediaan

3. Setelah kisar, sediakan mangkuk atau jug minuman serta penapis. Perlahan-lahan, tuang bahan kisar tadi ke dalam penapis. Tekan-tekan sedikit untuk mengeluarkan pati ais dari hampasnya. 

4. Setelah siap semuanya ditapis, masukkan ais kiub dalam cawan dan tuang air Brazilian lemonade berkrim ini. 


**Jika anda rasa agak masam, tambahkan aje sedikit air gula ke dalam minuman dan kacau**

Coxinha, kudapan Brazil yang sedap dan bahan mudah dapat

Coxinha, sejenis kuih atau kudapan yang popular di Brazil. Coxinha berbentuk lebih kurang seperti air mata atau ada orang kata macam peha ayam. Di dalam coxinha ni ada inti. Pertama, mesti ada keju (di Brazil mereka wajib guna keju catupiry tapi sebab di Malaysia takde, kita guna mozarella aje). Kedua, intinya boleh pilih nak letak ayam, daging atau sayur. Terpulang. Bahan untuk membuat coxinha ni rasanya semuanya ada di Malaysia kecuali keju catupiry. 


Coxinha boleh dinikmati begitu sahaja atau cicah dengan sos, mayonis, molho rose (sos+mayo) atau sos lada limau.   Ini saya kongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan coxinha.  Bahan ni saya pecahkan kepada inti, doh dan cara menggoreng. Untuk adunan ini, anda boleh dapat dalam 12-15 coxinha. Bergantung pada saiz yang anda nak buat. 

Bahan-bahan:

Bahan untuk inti ayam:
5-6 ketul ayam bahagian isi yang akan direbus, dicarik halus
1/2 biji bawang besar dipotong kasar untuk merebus ayam
3 ulas bawang putih untuk merebus ayam
1 biji bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang kasar
2 biji kentang saiz besar
1 biji lobak merah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil garam (atau ikut rasa)
2 liter air untuk merebus
1 biji tomato dipotong kasar
1 sudu besar daun bawang dicincang halus (jika tiada tak apa)
3 sudu besar keju mozarella atau apa sahaja keju yang berlemak
2 sudu besar minyak untuk menumis inti


Bahan untuk doh:
2 cawan air rebusan ayam (guna air rebus untuk inti ayam)
2 cawan susu / air biasa
4 sudu besar mentega
1 sudu kecil garam
5 cawan tepung gandum


Bahan untuk menggoreng coxinha:
1 cawan bread crumbs
2 biji telur
3-4 cawan minyak masak (untuk deep fry) 

Penyediaan:

1. Dalam periuk, masukkan ayam, kentang, lobak, bawang besar, bawang putih dan air. Rebus semuanya sehingga ayam dan kentang lembut. Lebih kurang dalam 15-20 minit dah siap. Kemudian, asingkan bahan dan air rebusan dalam 2 mangkuk berbeza. Air rebusan tu nak guna untuk masak doh kulit.  


2.  Selepas daging ayam dah masak dan lembut, carik-carikkan halus ia. Kemudian, kentang yang lembut itu 3/4 daripadanya kita lenyekkan ia macam mashed potato. 1/4 tu kita biarkan untuk jadikan isi coxinha berketul.  


3.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bawang putih. Setelah sedikit garing, masukkan isi ayam yang sudah dicarik halus. Gaul sebati. Masukkan pula lada hitam, paprika, tomato dan garam.  


 4. Kacau hingga mesra dan kemudian masukkan SEPARUH dari kentang lenyak tu dalam kuali berserta dengan lobak dan kentang ketul (yang kita tak lenyek). Masukkan daun bawang atau kucai jika ada. Kacau mesra dan rasa. Jika tawar, tambah sedikit garam. Kacau mesra dan tutup api. Pindahkan ke dalam mangkuk besar dan biarkan ia sejuk sebentar.  

5. Untuk membuat doh pula, kita perlukan periuk yang sedikit besar sebab hendak menggaul dan mengadun dalam periuk tu. Panaskan api dan masukkan mentega dan biarkan ia mencair. Kemudian, masukkan air rebusan ayam tadi dan susu. Kacau hingga sedikit mendidih dan masukkan tepung gandum dan kentang lenyek. Kacau sehingga semuanya sebati dan menjadi adunan kental.  


6. Bila dah kental dan pejal, tutup api dan pindahkan atas pinggan besar tahan panas. Biarkan ia sejuk dalam 10 minit begitu dan kemudian uli atas table top. Uli sehingga ia pejal dan tak melekat di tangan.  


7. Setelah siap menguli, masukkan adunan besar tu dalam pinggan/mangkuk besar. Kemudian, kita cubit doh saiz coxinha yang kita nak buat (saya sarankan cubit tu besar skit sebab kita nak letak inti jadi mudah nak katup). Jadikan ia bulat dan kemudian leperkan. Untuk leper ni, jangan nipis sebab kita tidak mahu coxinha terkoyak bila isi dimasukkan dan proses membonjot muncungnya dilakukan.  

8. Selepas leperkan doh, letakkan sedikit keju dahulu kemudian barulah letakkan inti yang digoreng tadi. Perlahan-lahan, anda katup doh seperti membuat dumpling dan jadikan ia muncung di atasnya (seperti bentuk air mata). 


 9. Setelah siap satu, teruskan dengan baki doh dan inti yang ada. Boleh letak dalam pinggan atau bekas tertutup jika tak mahu goreng awal.  


 10. Untuk menggoreng, anda perlu goreng secara deep fry atau minyak terendam. Gunakan periuk kecil dan masukkan minyak menggoreng dalam ketinggian 1/3 periuk. Guna api sederhana. Sediakan breadcrumbs satu pinggan dan dalam mangkuk lain, sediakan telur yang dikocok. Setelah nampak minyak memanas, ambil sebiji coxinha dan salutkan dengan telur dan kemudian sadurkan dengan breadcrumbs. hingga menutupinya.  


11. Goreng coxinha dalam satu periuk dalam 2-3 biji aje. Jangan banyak. Golek-golekkan agar masak sekata. Setelah masak, angkat dan toskan atas relai. Kemudian, goreng baki coxinha yang ingin digoreng. Siap aje goreng, bolehlah nikmati coxinha Brazil begitu sahaja atau dicicahkan dengan sos pilihan.  


Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

Selamat Datang

Raikan hari-hari kita dengan perkara-perkara yang disyukuri

Raikan

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept