Roti ka'ak al-quds Jerusalem ni saya tahu dan kenal bila tertonton TikTok seorang warga Palestine di Canada. Sewaktu perang ni, tetiba terlintas di fikiran tentang makanan Palestin dan budaya mereka. Jadinya saya search di TikTok dan jumpa roti ka'ak al-Quds Jarusalem ni. Bila tengok resipinya, takdelah sesusah mana. Mudah sangat menu makanan arab ni. Rasanya kita semua boleh buatnya. Cuma nak rasa premium, kena guna minyak zaitun dari Palestine (itu yang dikatakan beberapa orang).
Setiap kali makan, setiap kali tu teringat mereka yang dibom di Gaza, ditangkap di Tebing Barat. Kami di luar sini sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana dan hanya pada Allah kami wakilkan untuk pembalasan ke atas kekejaman yang berlaku. Hasbunallah huwanikma wakeel.
Bahan untuk roti:
1 1/2 cawan air suam
3 sudu besar gula kastor
1 sudu besar yis
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak zaitun
Bahan untuk air gula:
1 sudu besar gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan bijan (hitam atau putih)
5. Sapukan campuran air gula dan bijan tadi ke atas roti. Jika dapat rata, ia lebih bagus. Rehatkan sebentar dalam 15 minit sebelum dimasukkan ke dala oven. Panaskan oven pada suhu 210 celcius.
6. Masak lebih kurang 15 minit atau roti jadi warna coklat keemasan. Setelah masak, keluarkan dari oven dan rehatkan sebentar dan boleh dimakan. Roti resipi timur tengah ini enak dimakan dengan jem, yogurt, cicah air ataupun begitu sahaja. Makanan Palestin ni mudah aje membuatnya.
Za'atar Palestin, rempah za'atar digunakan dalam banyak resipi timur tengah specially Palestin dan sekitarnya. Rempah ini asalnya saya kenal sewaktu terlihat video Bisan di Tiktok sewaktu awal perang 7 Oktober. Saya lihat dia letak sejenis serbuk dalam roti pitanya. Dan bila tonton di Youtube, benda yang sama pengulas share tentang za'atar ni. Jadinya saya cuba cari di kedai Berkat Madinah di Ampang (kedai menjual pelbagai bahan untuk makanan arab).
Alhamdulillah jumpa. Dan bila jumpa za'atar Palestin area bawah rak besar, lagi happy rasa hati. So, ini menu yang saya gunakan za'atar sebagai bahan.
Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket yis
1 cawan air suam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Minyak zaitun
Penyediaan:
1. Masukkan yis ke dalam air suam. Kacau dan rehatkan dalam 10 minit.
2. Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk besar. Gaul dan masukkan yis yang sudah kembang tadi. Kacau dan uli sehingga menjadi doh. Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun dan uli lagi. Masukkan doh dalam bekas dan rehatkan doh selama sejam.
3. Sambil menunggu doh kembang, sediakan bancuhan za'atar. Dalam satu mangkuk kecil, masukkan 2 sudu besar za'atar. Tuang minyak zaitun ke dalamnya dan kacau sehingga ia kelihatan mencair. Maksud saya bancuhan tidak pekat. Za'atar ini rasanya sedikit masin dan kuat rasa rempahnya jadi disarankan minyak zaitun diletakkan lebih sedikit. Dah siap, ketepikan.
4. Panaskan oven pada suhu 200 Celcius. Selepas sejam, uli kembali doh yang sudah naik dua kali ganda tu. Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian untuk 4 roti. Uli doh yang pertama guna pencanai. Dapatkan ketebalan roti yang anda mahukan. Selepas itu, tekan-tekan permukaan doh dengan jari agar berlekuk sedikit.
5. Ratakan bancuhan za'atar minyak zaitun tadi ke atas doh (jangan terlalu tebal) dan tinggalkan sedikit bahagian tanpa saduran keliling roti. Letak doh atas loyang dan bakar selamat 6-8 minit (bergantung pada saiz roti dan ketebalannya). Setelah masak, keluarkan dan biarkan sejuk sebentar. Potong macam pizza dan boleh dah dimakan. Makanan Palestin selalunya dinikmati dengan cara paling mudah. Tidak ada banyak lauk seperti kita orang Melayu.
Demi Palestin, saya belajar makanan Palestin dan cara mereka. Saya berusaha juga belajar serba sedikit tentang resipi timur tengah. Moga satu waktu nanti kami dapat ke sana, bersolat di masjid ke-3 terpenting di dalam Islam.
Falafel ini ada banyak cara boleh makannya. Anda boleh makan begitu sahaja, letak dalam kebab, makan dengan yogurt atau makan dengan hummus. Mereka yang vegetarian sesuai untuk menu ni.
Bahan:
2 cawan kacang kuda (yang kering tu rendam 8-10 jam)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan daun parsli yang dibuat batangnya
1/3 cawan daun ketumbar
1/2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk biji ketumbar
3 batang cili hijau besar
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
1. Tapis kacang kuda yang telah kembang tadi. Masukkan dalam food blender kering kacang kuda, daun parsli, daun ketumbar, bawang besar, bawang putih, cili hijau, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, baking powder dan garam. Kisar bahan ini sehingga 95% lumat. Dah siap kisar, simpan adunan ni dalam peti sejuk selamat 1 jam sebelum menggoreng.
2. Lebih kurang begini bentuk adunannya selepas dikisar.
3. Bila nak masak, panaskan periuk kecil sebab nak goreng terendam falafel ni. Jika anda jumpa alat membentuk falafel, bagus. Jika takde, guna aje skop aiskrim tu. Ini bagi mendapatkan saiz yang sama bagi setiap falafel.
Bila falafel ni banyak, boleh aje brought forward makan esoknya. Sebab encik suami seronok aje makan falafel dengan nasi. Katanya lebih kurang macam makan bergedil atau vadey. Kiranya makanan arab ni tak lari jauh dengan citarasa orang kita.
Riwayat Bukhari
Resipi timur tengah ini diambil dari buku 'Di Sebalik Niqab' oleh Puan Roza Roslan. Bahan-bahan membuatnya, anda boleh dapatkan di kedai-kedai bahan masakan makanan arab. Untuk inti kunafa ni, saya campurkan susu, cream cheese dan mozzarella. Idea dari chef Berkat Madinah di Ampang jika tak jumpa double cream.
Bahan:
4 cawan doh kataifi
200gm mentega cair
600 gm atau 6 tin kecil krim (double cream atau qistoh)
1/2 sudu besar gula kastor
1/2 cawan keju mozarela
1/4 cawan badan atau pistachio (tumbuh kasar)
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Bahan sirap (air gula):
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 sudu besar orange blossom atau air ros
1/2 biji jus perahan lemon (jika suka)
Penyediaan:
1. Masak air dan gula dalam periuk bersama perahan jus lemon. Biarkan mendidih dan tunggu sehingga 15 ke 20 minit sehingga air gula memekat. Angkat dan tambah orange blossom atau air ros. Ketepi dan sejukkan.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
3. Leraikan doh kataifi ke dalam mangkuk besar. Kemudian gaul rata bersama mentega cair.
4. Gris dulang pembakar dengan sedikit mentega cair dan masukkan separuh doh kataifi ke dalamnya. Tekan padat-padat sehingga rata permukaan dulang pembakar.
5. Taburkan keju mozarela dan sapurkan krim ke atas permukaan kataifi rata-rata. Taburkan kacang badam, serbuk badam dan pistachio serta gula ke seluruhan permukaan kataifi.
6. Akhir sekali, taburkan lebihan kataifi ke atas permukaan krim dan keju, Tekan padat-padat.
7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga permukaan kataifi keperangan.
8. Keluarkan dari ketuhar dan curahkan sirap (air gula) rata-rata ke atas kunafa yang masih panas.
9. Sebelum dihidang, taburkan kekacang badan atau pistachio ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas. Manisan ini juga turut popular menjadi manisan makanan Palestin.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.