Saya sangat rekomen buku ini buat semua. Kiranya wajib bacalah. Bila baca, kita rasa macam tak sabar-sabar nak bersedekah. hari-hari rasa nak sedekah or kongsi rezeki. Rezeki yang Allah beri sebenarnya ada 'portion' makhluk lain dalamnya.
Ini antara isi kandungan buku best Keajaiban Sedekah. Ada banyak kisah benar yang dikongsikan penulis, Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri. Kisah benar sejak zaman dahulu hingga ke zaman kita ini. Disarankan membacanya untuk tambahan ilmu dunia dan akhirat.
Dalam buku best ini juga disertakan kelebihan bersedekah yang Allah berikan kepada semua hamba-Nya. Allah firman dalam al-Quran dan Rasulullah s.a.w juga menyatakannya menerusi hadis yang dikumpulka oleh sahabat Baginda juga perawi hadis.
Saya baru tahu kewujudan hadis malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Ada banyak lagi hadis lain yang membuka mata saya akan kelebihan bersedekah dan buat baik. Kisah benar dari wanita yang sakit, anak yang sakit, peniaga yang berjaya, semuanya belajar bersedekah untuk mendapat redha-Nya. Untuk anda yang ingin perbaiki kelemahan diri '
Saya baru tahu kewujudan hadis malaikat mendoakan orang yang bersedekah. Ada banyak lagi hadis lain yang membuka mata saya akan kelebihan bersedekah dan buat baik. Kisah benar dari wanita yang sakit, anak yang sakit, peniaga yang berjaya, semuanya belajar bersedekah untuk mendapat redha-Nya. Untuk anda yang ingin perbaiki kelemahan diri 'satu waktu dulu', disarankan membacanya. Moga buku best ini mendorong anda melakukan kebaikan.
Hilal Asyraf, saya kenal dia melalui karya buku agama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ni, dia bertukar genre skit. Fokus pada buku thriller Islamik. Ada ramai pelanggan saya beli karya dia. Kiranya macam buku wajib baca dan miliki pula oleh mereka. Saya kata dalam hati, 'best ke? Tetiba ramai cari.' Masa tu saya tak baca lagi . Jual aje bukunya.
Last year pesta buku, suami saya beli buku Nirnama 2 naskhah. 1 tajuk ni dan 1 lagi cover merah. Ada juga jual Nirnama tulisan jawi, tapi yang tu suami tak berani nak beli, kang lambat pulak abis baca buku tebal ni. terhegeh-hegeh membaca setiap perenggan.
Watak-watak dalam buku best 623 m/s ni menggunakan nama watak-watak sinonim dengan o
Last year pesta buku, suami saya beli buku Nirnama 2 naskhah. 1 tajuk ni dan 1 lagi cover merah. Ada juga jual Nirnama tulisan jawi, tapi yang tu suami tak berani nak beli, kang lambat pulak abis baca buku tebal ni. terhegeh-hegeh membaca setiap perenggan.
Watak-watak dalam buku best 623 m/s ni menggunakan nama watak-watak sinonim dengan orang Malaysia. Jebat, Santubong, Tuah, Sultan Mansur, Raja Bersiong, Mat Jenin dan lain-lain.
Setiap bab pula dipecahkan kisah-kisah setiap watak yang berbeza. Disertakan juga dengan ayat-ayat seperti gurindam di depannya. At least, budak-budak sekarang belajar cara bergurindam, pantun, puisi dari buku ni.
Setiap bab juga dimasukkan ilustrasi kisah-kisah yang disampaikan. So, sambil kita baca, kita dah boleh membayangkan rupa karektor yang tengah diceritakan. Lagi syoklah membacanya.
Dan bila dah baca, dari kata, 'abis bab ni nak sambung kerja.' Tipu je. sebab ceritanya buat kita nak tahu dan tahu lagi. lewat malam tau akak tidur. Tapi berbaloi :)
Novel Nirnama ni memang buat diri rasa macam, nak lagi nak lagi baca bab seterusnya. Sama seperti buku biru tu. Kisah yang diceritakan oleh setiap watak memang kena dengan apa yang berlaku pada kita secara amnya sekarang ni. Cuma ia dibina pada dasar kisah zaman silam. Tapi sikap tamak, dengki, menipu, tikam belakang, tak sabar, terlalu yakin dengan diri hingga merosakkan hidup, khianat, semua ada. So, bila baca buku best ni, terbayang-bayang juga dengan situasi yang berlaku zaman sekarang.
Manusia memang diuji Allah dengan harta, kuasa, wanita dan nafsu. Bagaimana kita mengawal dan memandunya, itu kita kena belajar dan banyak bersabar. Peminat novel thriller macam novel RAM, disarankan membacanya. Tak rugi langsung.
Nadim, dalam buku ini kita terus dapat tangkap karektornya dibina sama seperti Hang Nadim yang kita tahu akan kebijaksanaannya. Jadinya, penulis menjadikan dia orang kanan watak utama, Nirnama.
Nirnama pula,karektor hero yang perlu belajar bertenang, bersabar, percaya kepada ketentuan Allah dan berpegang teguh pada ajaran Islam, membuatkan saya bila membacanya ingin turut sama mendekatkan diri pada Allah. belajar bersangka baik dan berusaha melawan nafsu serta emosi yang ada waktu di luar kawalan.
Jagat Suci, kerektor jahat yang membuatkan pembaca tertanya-tanya, 'bilanya dia ni nak mampus? Liat betul nyawa dia.'But then, itu yang penulis nak sampaikan. Orang jahat ni, dia punya jahat unpredictable. Macam sekarang. Tengoklah perangai askar Issnotre@l dan kepala dia. Rasa macam, kau tak patut ada dalam bumi ni. Tapi itulah, semuanya dengan izin Allah.
Dalam buku ni juga, ada ilustrasi setiap bab. Menggambarkan kisah dalam bab tu. Ilustrasi dia memang lawa. Thumbs up untuk pelukisnya.
Oh ya, heroin dalam novel ni versi Islamik juga ya. Pakai tudung but still berani dan degilnya boleh tahan.
Buat anda yang suka baca novel thriller dan alam Melayu, this book I really suggesting. Yang nak tukar ke genre lain, buku ni anda patutu cuba baca. Kita tengok, berapa hari boleh settle baca.
Sebelum pesta buku, saya nampak buku ni promo kat socmed penerbit. 'Macam best'. Jadinya, buku ni masuk list saya untuk beli. Bila dah baca, berbaloi. Memang korang pun wajib baca.
Buku ni simple je. Penuh dengan mutiara kata dari RUMI yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Ia seolah-olah mengajak kita untuk sentiasa beringat, berbuat baik dan sentiasa bersyukur. Untuk yang suka buku ringkas, disarankan membacanya dan boleh juga hadiahkan pada rakan baik.
RUMI ingatkan kita untuk jaga lidah. Itu juga yang diminta oleh Allah dan Rasul.
Baik ngaku, betul tak apa RUMI kata ni??
Ngeee....
Saya pernah baca sinopsis buku ni kat jualan gudang Iman dulu. Tapi dek kerana ada bajet, jadinya buku ni saya masuk dalam bucket list dulu. Dan syukur, akhirnya buku best ini dimiliki juga masa pesta buku.
Serius, bila baca buku ni, saya sendiri, personally rasa bersemangat lain macam. Sementelah saya menjual buku, sudah tentu saya juga mahu mereka yang kurang berkeupayaan memilikinya. Saya pernah ada dalam satu situasi masa sekolah di mana saya habiskan duit poket melancong dengan beli 3 novel. Lepas tu, otw balik rumah, saya kelaparan dan terpaksa menahan kerana duit dah takde. Dan pernah juga dalam satu situasi, mama tak ada banyak duit tapi kerana saya nak beli sangat satu novel ni, saya terpaksa juga minta dengan mama. Alhamdulillah dapat miliki novel tu tapi bila fikirkan balik sekarang, kesian mama. Terpaksa ikat perut demi hobi membaca saya.
Seperti John Wood ini juga, saya mahu kanak-kanak or peminat buku mudah mendapatkan buku yang diimpikan. Itu yang kadang-kadang saya adakan promosi agar mereka dapat grab buku tersebut dengan harga lebih jimat.
Buku ini mengajar untuk kita membina harapan, impian, berusaha untuk berubah dan bersikap optimis. Setiap orang boleh menjadikan harapan dan impian realiti. Ia mungkin tidak sepantas atau secantik yang kita mahu tapi at least, kita berusaha step by step ke arah itu. Tindakan itu perlu dan bukan cakap-cakap sahaja.
Di dalam buku ini juga memperlihatkan semangat menderma, bersedekah, berkongsi rezeki dari mereka yang berkemampuan kepada yang memerlukan. Bukan kaleng-kaleng semangat yang diberikan mereka. Penderma ada waktu seorang yang sangat kaya dan pada dia, menderma adalah cara untuk dia melepaskan tekanan, berkongsi rezeki dengan melihat kegembiraan terpancar di wajah orang lain. Seolah sudah wujud tabiat tersebut dalam diri mereka.
Buku ini terlalu banyak kisah motivasinya dan seolah menjadi pemangkin untuk kita kejar cita-cita kita membantu orang lain, memberi manfaat, mencari pahala akhirat juga mendapat redha Allah. Meski penulis bukan beragama Islam tapi ciri-ciri yang ditampilkan seolah hampir sama dengan apa yang diajari Baginda. Anda yang ingin memotivasikan diri, wajib baca buku ini.
Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibn Hibban
Ringankanlah mulut mengucapkan terima kasih, saya menghargai dan apa sahaja kepada orang lain sebagai tanda kita menghargai mereka. Menghargai apa yang telah dilakukan yang memudahkan urusan kita.
Ini kisah benar John Kralik. Dia alami satu tahap hidup yang teruk. Mengalami masalah hutang, penceraian, tidak cukup duit untuk bayar gaji pekerja, hubungan tidak baik dengan keluarga dan lain-lain lagi. Sampai satu tahap, dia rasa stress giler. Dia pergi hiking kat satu bukit di US. Dan di situlah Allah beri dia ilham.
Perlahan-lahan dia belajar ucapkan terima kasih kepada anak lelakinya yang agak diabaikan kerana sibuk dengan mengejar dunia. Tak lama lepas tu, anak dia balas thank you card yang diberikannya sebelum ini. Dia rasa teruja sekaligus rasa diri dihargai kembali.
Perlahan-lahan, dia jadikan tabiat mengucapkan terima kasih, ucapan yang baik kepada sesiapa yang dijumpainya. Dia berikan thank you card yang simple kepada guru anak perempuan dia, staf di jabatan peguam, staf restoran, rakan baik juga pekerjanya. Perlahan-lahan, hidup dia berubah menjadi lebih baik. Mental dan emosi yang bermasalah sebelum ini dapat dikawal. Pekerja juga semakin yakin padanya. Client yang dulu berhutang padanya, perlahan-lahan bayar duit guaman mereka yang tertangguh.
Anda yang nak cari buku best ni, boleh dapatkannya di Big Bad Wolf atau kedai online. Kedai biasa memang takde. Buku ini wajib baca jika anda ingin menghargai orang dan mahu juga orang menghargai kita.
Buku ni masa mula-mula jual dulu, pelik, apesal ada jenis hard cover dan soft cover. Rupanya isi buku ni ada keistimewaannya tersendiri. Bila try beli yang soft cover masa ada promosi, terus jauh cinta dengan isinya.
Isinya tidak meleret tapi beri kita rasa tenang, damai, happy, rasa cukup dan mengejar diri agar tidak iri hati atas kejayaan dan apa dimiliki orang lain. Allah beri sesuai dengan kita. Allah beri sebab itu yang buat kita bahagia. Allah ajar kita untuk tidak sentiasa rasa cukup dengan ilmu tapi gali lagi agar jadi manfaat buat diri dan orang sekeliling yang memerlukan.
Nabi s.a.w berpesan,
"Tidak boleh ada rasa dengaki kecuali kepada dua orang iaitu orang yang diberikan harta lalu dia membelanjakannya dalam kebenaran dan oorang yang diberikan hikmah (ilmu) oleh Allah lalu dia menerapkannya dan mengajarkannya.
(Hadis riwayat Bukhari)
Dan dari hadis ini, saya belajar untuk kongsi ilmu, saya belajar untuk apply, saya belajar untuk lawan ketakutan, saya belajar untuk bersedekah. Anda yang ingin berubah, disarankan membacanya.
Ada satu kisah dalam buku ini tentang bertangguh. Dia bertangguh ingin beli mesin basuh untuk ibunya tapi dia bertangguh hari esok kerana penat meskipun duit telah dikeluarkan dari bank. At the end, on the way dia balik tu, dompet dia kena copet oleh pencopet. Terus diri rasa menyesal.
Dan kisah ini mengajar kita untuk terus lakukan kebaikan dan jangan bertangguh. Bila bertangguh, kita takut masa itu sudah tidak dapat diputar kembali.
Rasanya semua kita ada sikap ini. Jika boleh, kita sama-sama kurangkan dan lakukan terus tanpa bertangguh. Kita tidak tahu bila nyawa kita atau nyawa orang yang kita sayang akan diambil Allah. Gembirakanlah sebelum terlambat.
Buku ringkas dari Neelofa dan suaminya. Isi buku yang menarik. Sambil saya membaca, saya cari juga info tempat-tempat yang dikongsikan dalam buku. Ialah, nak tengok in real life rupanya bagaimana. Menarik.
Setiap bab disertakan doa. Ada doa untuk suami isteri, doa dimurahkan rezeki, doa tutup aib, doa mudah berkata-kata, doa apabila sedang menikmati kegembiraan dan lain-lain lagi. Secara tak langsung, membaca buku ini membuatkan kita berdoa pada Allah. Anda wajib baca jika nak tahu doa-doa lain yang ada dalam buku ni.
Ada kisah-kisah santai di zaman nabi dan para sahabat diceritakan dalam buku ini. Meskipun hanya dalam 102 mukasurat aje , at least lepas dah membaca, kita boleh cari extra info tentang kisah tersebut dalam kitab/buku lain.
Beberapa kesan sejarah dahulu dan sekarang diabadikan dalam beberapa bab. Contohnya istana lama di Iran, kisah anak Malaysia yang membina ladang gandum di Sudan, pokok darah naga, Masjid Salman Al-Farisi dan kisah-kisah ringkas untuk pengetahuan am pembaca.
Saya pada usia dah masuk 4 series ni jarang baca novel. I'm very selected. Tapi 2 novel ni mampu buat saya rasa tak senang duduk selagi tak selesai baca.
Black ghost saya baca last year. Novel berkisar tentang how and why man wants or like to involve in military. Semuanya mostly kerana minat dan mahu berbakti kepada keluarga, bangsa, agama dan negara. They want to prove something and achieve something in their life. Cara penulisan RH yang tak meleret dan straight to the point buat kita selesa membaca. Tak berulang. We want to know more and more tentang Umar, kerjayanya dan kisahnya. Meskipun heroinnya, Mika tak diceritakan banyak sangat dan kisah cinta mereka tak meleret, tapi bagus, tak dibayangi sangat lovey dovey moment (saya ada sorang penulis inggeris yang tulis begini. cuma sekarang saya boikot penulisannya sebab dia sokong kejahatan isnotrealnzion).
Kumbang di hatiku, sambungan kisah Umar Alhaidar dari sudut penceritaan Mikanadira pula (terus terbayang anak sedara nama sama yang manja dengan ayahnya seorang askar). Separuh dari novel ni mengulang kembali dari novel Black ghost tapi lebih terperinci dari sudut pandang Mika. Lepas sampai part mereka selamat dari ambush di KLCC, cerita baru bermula. Dari sini kita tahu, hidup ini sebenarnya ada banyak ujian tak terjangka. Sebelum bercinta, ingin bernikah, awal pernikahan, kerjaya dan keluarga, semuanya akan kita hadapi dan belajar selesaikannya. Seperti Black Ghost, tiada sangat lovey dovey dalam novel ni but still ada banyak part mampu buat kita ketawa, senyum dan sengih. Paling saya suka, part bila kawan-kawan Umar sepakat 'sembunyikan' Mika dalam hospital dan dari serangan Dr Dareena. Plus, bab gosok pakaian askar pun aku senyum (terlalu setuju tentang ini sebab mama sendiri tak sanggup gosok baju abah masa dia jadi askar dulu (he was so cerewet with his appearance masa tu).
I won't rated any stars for this novel. It's bias sebab saya mungkin suka cara penulisannya tapi tidak pada orang lain. Apa yang boleh saya katakan 2 novel ini sangat bagus untuk extra input, release tension untuk bacaan ringan dan belajar memahami kerjaya lelaki yang sangat minat pada tentera. Saya tak nafikan tahap kerahsiaan mereka bab kerja sangat tinggi dan saya juga pernah lihat pakcik dan sepupu saya yang jarang dapat jumpa anak-anak mereka sebab tuntutan kerja sangat memanjakan anak-anak mereka bila berjumpa. How they treats their children and wife is something yang susah nak diungkap tapi sedap mata memandang.
Riwayat Muslim
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.