Air susu pandan laici ini memang refreshing. Minuman sejuk yang menepati citarasa. Minuman dari Ho Chi Minh ini pada asalnya tiada buah laici tapi bila dah sampai rumah dan saya lihat digobok ada 1 tin buah laici, maka saya cuba add on. Rasanya memang tidak mengecewakan.
Minuman 1 gelas.
Bahan:
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar paste pandan (beli kat kedai bakery)
4-5 laici
2 sudu besar air manisan laici dalam tin
1 cawan air panas
Ais
Penyediaan:
1. Masukkan susu pekat, susu cair & paste pandan. Kacau sehingga sebati. Masukkan pula air panas. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan laici & air manisannya. Kacau. Masukkan pula ketulan ais ikut berapa banyak anda suka. Siap.
p/s: kalau tak jumpa kordial pandan di tempat anda, blend aje daun pandan yang ada. Tapi pastikan ianya pekat & jangan cair sangat.
Affagato, italian coffee-based dessert in da house. Ia campuran kopi & aiskrim vanila. Untuk yang ori, disarankan guna kopi espresso panas.
Dalam bahasa Itali, affogato bermaksud lemas. Ia mungkin menunjukkan pada masa itu aiskrim vanila lemas dalam cairan espresso. Agaknya...
Menu ini hanya memerlukan 2 bahan. Espresso dan juga aiskrim vanila. Jika anda nak letak parutan coklat di atasnya, terpulang. Tapi originalnya, tiada ya.
Bahan:
1/4 cawan kopi panas / espresso
3-4 skop aiskrim vanila / coklat
Penyediaan:
1. Skop aiskrim & letak dalam cawan. Kemudian masukkan air kopi perlahan-lahan. Jika suka, boleh letak topping hirisan coklat atau kekacang. Siap manisan affogato kita.
Kalau minuman pepelik ni, memang suami yang buat. Tetiba pagi ni terasa nak minum kopi Vietnam, jadinya request dengan suami. Dan penyudahnya, dia tiru gaya barista Thailand yang letak aiskrim dalam susu & kemudian perlahan-lahan tuang kopi yang panas atasnya (tq kak @bisousatoi utk video yg share).
If nak minuman sejuk, just add on 2-3 ais kiub.
Bahan:
2 sudu besar serbuk kopi Vietnam (jenis bertapis ya)
1/2 cawan air panas (utk kopi)
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil ekstrak vanila / serbuk vanila
2 skop aiskrim vanila
Secubit milo / serbuk koko
Ais kiub (jika suka)
Penyediaan:
1. Bancuh kopi Vietnam guna penapis kopi Vietnam yang original. Jika tiada, guna mesin kopi pun boleh.
2. Masukkan susu dalam gelas. Letakkan ekstrak vanila & kacau sedikit. Masukkan aiskrim & kemudian tuang kopi panas perlahan-lahan di atas aiskrim. Kemudian, taburkan sedikit milo / serbuk koko. Siap.
Susu kocak nanas memang berhantu bila dah sekali minum. Akan teringin dan teringin lagi bila musim nanas muncul.
Haritu, masa morning walk di kawasan rumah, ternampak ada orang jual nanas dari Johor. Selonggok dapat 4 biji. Apalagi, belilah. Separuh berikan pada anak sedara, separuh lagi saya buat air dan juga jelatah.
Bahan:
1/2 biji nanas dibuang kulit & durinya.
1 1/2 cawan susu sejuk
4 kiub ais
3 sudu besar madu
1 sudu besar yogurt (optional)
Penyediaan:
1. Potong nanas 5 bahagian dan kemudian potong dua. Potong empulur tengah yang keras. Masukkan potongan nanas ke dalam blender.
2. Masukkan susu, madu, yogurt dan ais. Kisar hingga semuanya menjadi halus. Tuang ke dalam gelas. Siap untuk diminum.
Jus lemon, halia & madu, bagus untuk 'boost' sistem dalam badan kita.
Jika ada yang mood swing, selesema, takde selera nak makan, cuba jus ni.
Antara manfaat halia:
Manfaat lemon pula:
Bahan:
2 inci halia dihiris ataupun sagat
1 cawan air panas
1/2 biji lemon ambil jusnya
1 keping lemon dihiris nipis
2 sudu besar madu
Penyediaan:
1. Letakkan halia dalam gelas besar. Masukkan air panas ke dalamnya & biarkan ia direndam dalam 5 minit.
2. Masukkan jus lemon dan madu ke dalam gelas tadi dan kacau hingga madu larut. Siap. Jika suka minuman sejuk, letak aje ais kiub 3-4 ketul.
Riwayat al-Tirmizi, Al-Nasa'i , al-Hakim dan Ibnu Hibban
Jus kedondong asam boi, penyegar tekak bila-bila masa. Bila adik ipar kata pokok kedondong kat kampung berbuah lebat, apalagi, dia bawah balik sikit haritu masa gathering birthday abah.
Buah ini berbentuk bujur, hijau kekuningan dan sedikit warna hitam. Banyak ditemui di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Jamaica dan Barbados. Senang cerita di negara kawasan garisan khatulistiwa. Hasil kajian menunjukkan, buah kedondong ini baik untuk:
Bahan:
12 biji buah kedondong
5 biji asam boi
4 biji limau kasturi, perah jusnya
2 liter air
1/2 cawan gula pasir
Kiub ais secukupnya
Penyediaan:
1. Cuci buah kedondong hingga bersih atau boleh juga kikis dengan pisau. Potong kecil isi buah dan buang bijinya. Masukkan dalam pengisar. Masukkan gula pasir
2. Rendam asam boi dengan air panas dalam 5 minit. Kikis isinya yang telah direndam tadi & buang bijinya. Masukkan dalam pengisar (buat 2 kali jika pengisar/blender jus kecil).
3. Masukkam air asam boi dalam pengisar & kisar hingga buah kedondong hancur. Tapis air sebelum masuk ke dalam jag.
4. Perahkan jus limau kasturi serta masukkan kiub ais & kacau. Sedia untuk dinikmati.
Bukan setakat sedap, sejuk tapi isinya banyak boleh kita makan. Segar. Mak ayah pun senang hati aje minum segelas penuh.
Jika nak rasa extra fresh, boleh letakkan 2-3 sudu air aiskrim soda.
Bahan:
1 biji nanas sederhana dikupas dibuang matanya & dipotong 4. Buang empulur tengahnya. Potong kiub
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan air
Air batu secukupnya
2-3 cawan air untuk masak/suam
Setitik dua pewarna kuning
Penyediaan:
1. Masukkan nanas dalam periuk, satukan gula, 1 cawan air, daun pandan & pewarna kuning. Masak guna api sederhana selama 15 - 20 minit. Tutup api. Biarkan sejuk.
2. Bila nak minum/hidang masukkan air nanas tadi dalam jug & masukkan air suam. Kacau & masukkan ais. Jika nak macam air gas yang segar skit, boleh letak 1/3 cawan air aiskrim soda. Tak perlu banyak.
Air laici berlemon dengan pudina a.k.a lychee lemon with mint leaves drink, layan minumnya bila musim panas. Jika kita lihat kepada khasiat laici, lemon dan pudina, kita setuju yang minuman ini membantu meningkatkan sistem imunisasi, baik untuk kesihatan perut, melegakan sakit tekak dan batuk serta meredakan stres.
Bahan:
1. 1/2 biji lemon diperah
2. 4-5 biji buah laici dalam tin
1/4 cawan air gula laici
1/2 cawan air gula (ambil 2 sudu besar gula & letak air panas. Kacau hingga larut)
1 1/2 cawan air sejuk
3 helai daun pudina
Hirisan lemon & setangkai kecil daun pudina utk hiasan
Kiub ais
Penyediaan:
1. Masukkan perahan air lemon, air gula laici, air gula biasa, daun pudina serta air sejuk. Kacau hingga mesra.
2. Kemudian masukkan buah laici. Kacau. Letak lemon & setangkai pudina untuk hiasan. Siap air laici berlemon dengan pudina. Dah rasa macam kat restoran aje bila minum di rumah.
Milkshake durian. Mesti ada yang tak pernah dengar kan. Ini lain dari yang lain. Resipi dari suami saya. Buat penggemar durian, mungkin suka, tapi yang tak suka durian, rasanya memang takkan suka.
Untuk resipi minuman ni, saya sarankan guna durian jenis D24 atau durian tembaga. Bukan apa, kalau guna durian musang king or udang merah, rasa macam mahal pulak harga air milkshake korang. Jika nak guna durian kampung, boleh, tapi selalu isinya nipis. Dah berbiji-biji nak kena guna.
Bahan:
3-5 ulas isi durian
2 cawan susu sejuk
2 skop aiskrim vanilla
Whipped cream
Sedikit isi durian untuk hiasan
Penyediaan:
1. Masukkan isi durian, susu & aiskrim dalam blender. Kisar semua bahan hingga mesra.
2. Tuang minuman dalam gelas. Letakkan whipped cream & isi durian atasnya. Siap milkshake durian versi Rudy untuk anda cuba.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.