Kali ni saya kongsikan resipi lejen kuih melayu bila tengok pisang atas meja makin gelap. Ini resipi kuih tradisional kita. InsyaAllah mudah.
Ini bahan-bahannya:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah sedikit je tepung. Jangan banyak, takut keras jadinya kuih tu)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarb hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemputkan adunan tadi ke dalam minyak.
3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Jika suka ada rasa rangup dan garing sedikit, lamakan sedikit menggoreng (tapi api jangan besar sebab takut dalam tak masak). Dan garing seluruh bahagian, angkat dan toskan. Goreng hingga adunan habis. Siap untuk dinikmati.
Alhamdulillah dapat buat kuih talam yang sedap ini. Saya jarang minat kuih tradisional ni dulu tapi itulah, barangkali perubahan umur dan hormon, tiba-tiba kuih ni jadi idaman nak cuba. Dan syukur, ianya menjadi dengan jayanya. Ia memang kuih tradisional yang mudah untuk semua membuatnya.
Bahan-bahan lapisan santan putih:
300gm keladi dikupas dan dipotong dadu
300ml santan
65gram tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam
Bahan-bahan ungu:
100 ml santan
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur gred A
1/4 camca teh perisa keladi ( boleh ganti dengan esen vanila)
Secubit garam
5-6 titik pewarna makanan ungu (violet)
Penyediaan:
1. Rebus keladi hingga empuk, kemudian lenyek keladi dengan garfu, tak perlu hancur. Ketepikan dan biarkan sejuk sedikit. Panaskan periuk kukus, balut penutup kukus dengan tuala dapur bersih. Sementara kukus panas, alas loyang bulat saiz 8 inci dengan plastik bersih (pakai loyang empat segi pun boleh). Sapu permukaan plastik dengan minyak masak. Ketepikan.
2. Satukan semua bahan untuk lapisan bawah kecuali keladi yang telah direbus tadi. Kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil. Tapis dan masukkan keladi dan kacau hingga mesra. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disediakan. Kukus dengan api sederhana selama 20 minit atau permukaannya kental.
3. Sementara bahagian bawah masak, siapkan untuk bahagian atas. Satukan semua bahan bahagian atas, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Kemudian tapis. Perlahan-lahan tuang adunan dalam loyang tadi. Sambung mengukus dengan api sederhana selama 25 minit. Bila masak, keluarkan kuih dari pengukus dan sejukkan kuih talam sepenuhnya lebih kurang 1 jam. Potong dengan pisau yang disapu sedikit dengan minyak masak. Siap untuk dihidangkan kuih melayu kita ini.
Kuih tradisional tak pernah mengecewakan. Dan untuk kuih bom bijan ini, insyaAllah orang tua-tua kita suka memakannya. Sebab apa saya kata begitu, ayah mertua saya lepas goreng aje kuih ni (dah sejuk skit), dia makan seketul demi seketul. Yang lucunya, kali kedua dia ambil, dia boleh tersenyum pada saya. Nak cakap sedap, segan kot.
Ini resipi kuih melayu yang best tu.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air panas
1/2 sudu kecil garam halus
1/3 cawan gula
2 sudu kecil minyak masak
Inti kelapa manis
Bijan
1 sudu besar tepung pulut dan sedikit air untuk digunakan ketika proses menggolek dengan bijan
Cara membuat doh
1. Masukkan garam halus dan tepung pulut dalam mangkuk. Kacau sebati.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan air panas dan gula dan kacau hingga gula larut.
3. Tuang air gula ke dalam tepung pulut dan gaul sebati. Buat sehingga menjadi doh.
4. Uli doh sampai elastik dan tak melekat pada tangan dan kemudian tuang minyak masak dan sambung menguli.
5. Rehatkan adunan lebih kurang 30 minit.
Cara membentuk doh dan menggoreng:
6. Uli doh sekejap dan bahagiakan doh kepada 14 biji.
7. Bulat dan leperkan doh. Letak inti kelapa manis dan tutup rapat doh tersebut. Bulatkan doh dan inti tertutup sekata.
8. Celup kuih dalam adunan air tepung pulut dan toskan air. Salutkan dengan bijan dan bila angkat tekan sikit dengan tangan agar bijan melekat pada doh. Buat sehingga selesai.
9. Goreng kuih dalam minyak yang banyak (tenggelam). Guna api sederhana. Kerapkan mengacau dan alih kuih supaya ia masak sekata. Bila kuih mula terapung, boleh tekan-tekan sedikit kuih ke bawah supaya jadi bulat terbentuk. Angkat dan toskan minyak. Goreng hingga habis. Sedia untuk dihidang bila kuih sudah sejuk sedikit.
Kuih tradisional, kuih bom ni saya buat masa 2 minggu perang di Gaza berlaku. Everyday, we heard bombing, killing, arresting, genocide of Palestinian people. Jadinya, akibat bengang dengan al-mangkuk al-ayun isnotreal, I imagine that I have bomb and i can throw it to askar-askar dia yang bacul. Face to face lah tentera dengan tentera. Baru tahu siapa kuat (nampak tak akak rasa ter'emo').
Ramai yang syahid. Saya sangat sedih. Setiap malam saya doa agar diberhentikan ini semua. Disegerakan bantuan dari Allah dan manusia buat mereka.
Ini kuih melayu, yang mugkin boleh dipanggil kuih granite jika diterjemahkan.
Bahan-bahan:
700gm apa sahaja pisang pilihan anda
1 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula kastor
1 1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan pisang, gula, garam, soda bikarbonat, baking powder dan tepung gandum dalam satu mangkuk dan lenyek hingga hancur. Perap 30 minit.
2. Panaskan minyak api sederhana. Guna sudu besar atau tangan untuk menceduk adunan tadi dan masukkan dalam minyak panas. Masukkan dalam 5-7 adunan sekali goreng.
3. Goreng hingga warna kelihatan garing kehitaman pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Dah boleh makan atau dibomkan selepas tu.
Kuih tradisional, kuih keria ini mudah sahaja membuatnya. Hanya perlu 6 bahan. Kos barangan kuih ni pun bawah RM15 - RM17 dan dapat lebih 22 ketul. Ia antara kuih melayu yang tak perlu kos yang tinggi untuk membuatnya.
Bahan:
700gm keledek/ubi manis yang siap direbus
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
Bahan gula:
3 sudu besar gula putih / gula melaka
1/4 cawan air
Penyediaan:
1. Lenyek keledek hingga lumat. Masukkan 1 cawan tepung gandum dan baking powder, gaul dan adun hingga menjadi doh.
2. Kemudian, sapu tapak tangan dengan sedikit tepung. Ambil doh dalam sebesar bola tenis dan bulatkan serta leperkan sedikit. Buat bulatan kecil di bahagian tengah. Kemaskan sedikit dan letak atas loyang/pinggan besar. dan alih ke dalam loyang.
3. Setelah siap semua adunan keria, panaskan minyak untuk menggoreng terendam. Guna api sederhana . Setelah miny panas, goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
4. Setelah selesai, tuang minyak ke dalam bekas lain dan masukkan gula pasir & 1/4 cawan air, masak hingga gula memekat. Selepas itu, masukkan kuih keria dan gaul rata hingga menyaluti kesemua kuih tadi.
5. Kemudian, angkat dan biarkan ia sejuk. Apabila sejuk, kuih keria tadi akan berkerak dengan gula.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Cucur sayur kembung antara kuih melayu yang senang untuk dibuat. Rahsianya, letak yis dalam 1/2 paket. Lepas bancuh, simpan sekejap dalam sejam, InsyaAllah elok kejadiannya.
Bahan:
1/2 pek kecil yis
1 tangki cili besar dihiris
1/2 labu bawang merah dihiris
1 batang lobak merah diparut
1 genggam taugeh
1/2 genggam daun parsli
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam 1 cawan air suam, masukkan yis. Kacau sebentar dan rehat 10 minit. Kemudian, masukkan taugeh, daun parsli, cili, bawang, lobak dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, telur dan air. Gaul hingga mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 1 jam paling ok. Selepas itu, gaul adunan tadi dan panaskan kuali dan minyak. Goreng sejemput demi sejemput sehingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan. Siap.
Lepat pisang, kuih tradisional yang sentiasa enak dimakan bila-bila masa. Ia kuih tradisional yang mudah. Sesekali buat, memang puas hati 😊Tq encik @matgebu untuk resipinya.
Bahan:
140gm pisang emas dibuang kulit
140 g gula perang
2 cawan kelapa parut putih
1 1/2 camca kecil baking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Daun pisang secukupnya, cuci & layur hingga lembut, potong ikut saiz
Penyediaan:
1. Pisang dilecek bersama gula, garam & baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut & tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis.
2. Sudukan 2 sudu besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Ratakan & bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap.
3. Kukus atas air mendidih guna api sederhana selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk makan.
Kuih bingka ubi, kuih melayu yang sekali hadap, mampu tinggal setengah dulang.
Resipi kuih tradisional ini saya dapatkan resipinya dari web @aziekitchen . Alhamdulillah, mak ayah mertua, suami, anak-anak saudara dan saya pun suka. Sedap...
Bahan:
3 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°c gunakan api atas & bawah.
2. Parut ubi kayu dan sukat. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur.
3. Tuang dalam loyang adunannya dalam 7x7. Ratakan permukaan adunan. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bingka keperangan.
4. Untuk mendapat permukaan kuih yang keperangan, tukar api oven pada fungsi grill (api atas saja dan tanpa kipas) bila kuih telah masak. Bakar untuk 5 - 8 minit lagi atau mengikut tahap garing yang dikehendaki. Tutup api & keluarkan loyang. Biarkan kuih menyejuk dalam 1-2 jam sebelum dimakan. Siap.
Kuih tradisional yang sentiasa sedap dimakan bila minum petang atau sarapan. Kuih yang lembut, aroma yang klasik & rasa yang enak, memang membangkit selera.
Bahan:
Bahan A:
1 cawan gula Melaka (dipecah kecilkan agar mudah larut)
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 simpul daun pandan
Bahan B:
11gm yis
1/2 cawan air suam
Bahan C:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Bahan D:
1 cawan kelapa putih parut
1/4 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan bahan A dalam kuali kecil dan masak sehingga gula melarut. Tutup api dan sejukkan seketika. Buang daun pandan.
2. Masukkan yis dalam cawan berisi air dan kacau. Biarkan yis mengembara dalam cawan selama 10 minit.
3. Campurkan bahan C ke dalam mangkuk besar. Kacau seketika dan masukkan adunan B. Kacau sebentar dan masukkan adunan A sedikit demi sedikit. Kacau/Whisk adunan sehingga hilang bintil-bintil tepung. Jika sukar, anda boleh tapis adunan ke dalam mangkuk lain sambil menekan menggunakan sudu adunan yang terhalang oleh bintil tepung. So, adunan lebih smooth.
4. Tutup adunan menggunakan kain lembab. Biarkan selama 1 jam agar adunan kembang.
5. Setelah adunan kembang, sapukan minyak sekeliling loyang pengukus. Masukkan adunan ke dalam loyang dan biarkan 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam periuk pengukus. Setelah itu, masukkan kuih dalam pengukus dan kukus selama 40 minit.
6. Setelah apam masak, keluarkan dari periuk pengukus - biarkan seketika dalam 10 minit sebelum memotong. Taburkan bahan D yang dicampur ke atas apam yang dipotong atau golekkan apam pada bahan D. Siap untuk dihidang.
Kuih Melayu lama yang sentiasa kena dengan tekak tak kira masa. Sedap makan dengan apa jenis sambal pun mahupun serunding.
Bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan kelapa parut
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air kelapa atau air biasa
Sedikit minyak untuk laser/sapu di kuali
Kuali leper atau non-stick pan
Penyediaan:
1. Campurkan kelapa, tepung, gula dan garam dalam satu bekas. Gaul mesra. Kemudian masukkan air kelapa atau air biasa ke dalam bekas campuran tadi. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu pekat atau jangan terlalu cair adunannya.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana & sapukan permukaan kuali dengan minyak. Setelah panas, masukkan sesenduk besar adunan kelapa tadi dan ratakannya ikut saiz yang anda mahu. Setelah bahagian bawah masak, terbalikkan untuk masak bahagian atas. Setelah kedua-dua bahagian masak, angkat dan letakkan di pinggan besar. Masak baki adunan tadi sehingga habis.
3. Untuk sambal bilis, anda boleh aje gunakam resipi feveret anda. Jika nak makan dengan sambal sardin atau serunding pedas pun, sangat disarankan.
Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi
Untuk dapatkan kuih goreng cempedak yang rangup adalah gunakan tepung beras lebih banyak berbanding tepung gandum. Resipi ni saya dapat dari blog Azie kitchen & dia pula dapat dari Dato Sri Vida. Hah gituh... Kita kasi kredit pada tuan punya resipi.
Ini resipinya:
2 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar butter
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secubit gula
Secubit garam
Air secukupnya
Penyediaan:
Satukan semua bahan di atas dan gaul hingga mesra. Pastikan tidak berketul. Panaskan minyak dalam kuali dengan menggunakan api sederhana. Goreng dengan minyak yang banyak dan panas. Masukan satu persatu dan masak hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ulang sehingga habis.
Bila dah beli bijan haritu, makanya harini kita buatlah kuih bakar ada bijan atasnya. Alhamdulillah sedap lepas kuih dah sejuk & boleh dimakan. Dulu, saya selalu pandang tinggi orang yang mahir membuat kuih tradisional. Sekarang, lagi tinggi saya pandang orang buat kuih tradisional kerana bukan sahaja mereka pandai memasak tetapi juga menjadi seni warisan budaya masyarakat.
Bahan:
3 biji telur gred A
400 gram tepung
2 cawan gula pasir
6 cawan santan pekat (saya guna 500ml santan kotak & tambah air untuk jadikan 6 cawan)
½ sudu kecil garam halus
Sedikit pewarna hijau
1 sudu besar bijan
Penyediaan (Guna loyang 10x10):
1. Panaskan oven pada suhu 200°.
2. Loyang dilenser dengan mantega dan kemudian taburkan tepung gandum untuk menutupi semua bahagian yang dilenser tadi. Kemudian diketuk ketuk untuk membuang lebihan tepung gandum.
3. Dalam bekas besar, masukkan telur dan gula. Gunakan mixer dan putar hingga adunan kembang dan gula hancur. Masukkan pula santan, tepung gandum, pewarna hijau dan garam. Kacau hingga sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang perlahan-lahan. Masukkan dalam oven dan bakar selama 25 minit dan kemudian baru ditabur bijan di atasnya. Jika tabur awal, bijan akan tenggelam.
5. Bakar selama 1 jam atau 1 1/2 jam atau sehingga warna di atasnya bertukar coklat kehitaman. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk baru dipotong. Kiranya, biarkan sejuk sendiri dalam 2 jam.
Siapa yang pernah buat roti jala, you will know how 'renyah' it is. Tapi ia tetap kuih tradisional yang sedap. Sentiasa menjadi pilihan.
4 cawan tepung gandum, anda boleh dapat dalam 59 ketul roti jala. Untuk petang ni, nak makan dengan kuah kari boleh atau dengan sambal sardin pun ngam. Letak dua-dua pun marbeles.
Bahan:
2 cawan tepung gandum
3 2/4 cawan air
3 biji telur, dikacau sedikit
4 camca besar minyak zaitun
2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Satukan semua bahan-bahan di atas. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi untuk elak ketul-ketul tepung. Ketepikan 10 minit.
2. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak masak (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila kuali panas, masukkan sesenduk adunan ke dalam bekas berlubang untuk menjala (jika anda guna botol, itu mudah juga). Buat bulatan.
3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, lipat kiri dan kanan ke tengah , kemudian dari pangkal, gulung perlahan-lahan hingga ke hujung guna sudip dan sudu. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan yang lain. Siap kuih melayu kita ni.
Keledek goreng antara kuih melayu kudapan yang puas hati bila masak sendiri. Masak tengahari, sampai ke malam boleh makan. Berulang makan.
Bahan:
5 biji keledek
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (adunan tak terlalu pekat atau cair)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Buang kulit keledek dan potong ikut saiz yang anda mahu.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Kacau sehingga mendapat adunan yang diingini.
3. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Bila panas, celup keledek tadi ke dalam adunan dan perlahan-lahan masukkan dalam minyak panas. Masukkan keledek dalam 8-10 keping sekali goreng. Bila nampak keledek kekuningan kedua-dua belah bahagian, bolehlah angkat dan toskan. Goreng hingga selesai.
Kuih tradisional yang sesuai untuk buat sarapan, minum petang atau kudapan lepas makan malam.
Ini saya kongsi resipinya.
Bahan:
4 biji telur
3 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar mentega
2 cawan keledek oren yg siap direbus & dilecek
Sedikit mentega untuk sapuan dalam loyang
Loyang saiz 7x7
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 200°C, lenser loyang dengan mentega dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan diatas kecuali keledek dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu. Masukkan keledek lecek, kacau hingga rata.
3. Masukkan loyang sebentar dalam oven selama 2 minit dan keluarkan balik. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Jika mahu permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
4. Keluarkan dari oven setelah kuih masak. Biar kuih sejuk barulah di keluarkan dari loyang untuk dipotong.
Kuih tradisional yang mudah dan hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Masak pun dalam 10-12 minit. Dapat makan pun berketul-ketul bila masak sendiri. Ini cara penyediaannya.
Bahan:
4 cawan kelapa parut
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula
1 1/2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan sebati. Jangan biar kelapa atau gula berketul.
2. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega. Mampatkan sedikit tapi jangan tekan kuat sangat.
3. Bakar pemanggang ajaib, guna api perlahan supaya kelapa tak hangit/hangus dalam 5-6 minit sahaja dan selepas itu terbalikkan kuali bawah ke atas agar kuih garing rata kedua-dua belah. Bakar dalam 5 minit juga. Tutup api.
4. Keluarkan dari kuali biarkan seketika dan potong mengikut saiz yang anda mahukan.
Rasanya dah bertahun mak mertua tak buat menu cucur udang ni. Sesejak dia tak sihat, memang menantu dia ni aje yang buat bila teringin nak makan. Alhamdulillah sempatlah dia turunkan ilmu memasak masakan sedap kat saya dan suami. Resipi ni asalnya daripada nenek mertua saya yang berbangsa cina. Dia peniaga di pasar Chow Kit dulu. Moga perkongsian cucur udang resipi 4 generasi ini juga menjadi saham akhirat beliau.
Bahan cucur:
3 cawan tepung gandum
2 cawan taugeh
1 cawan daun kucai dipotong kasar
13 ekor udang saiz XL
1 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
2 cawan air (agak2 agar adunan tak terlalu pekat)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan kuah cili:
7-8 tangkai cili besar
5-7 tangkai cili padi
1 sudu besar udang kering
6 ulas bawang putih
1 cawan air asam
1 1/2 cawan air suam
2-3 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan dalam satu mangkuk tepung, taugeh, kucai, bawang, telur, garam. Kemudian perlahan-lahan masukkan air & kacau adunan hingga tak terlalu pekat atau cair. Ketepikan.
2. Panaskan kuali & minyak guna api sederhana. Setelah panas, masukkan senduk bulat panjang ke dalam kuali berminyak. Biarkan seminit atau senduk panas. Setelah panas, keluarkan sendukkan & sudukan sedikit demi sedikit adunan ke dalamnya & letakkan udang di atas. Tekan skit. Masukkan perlahan dalam kuali. Biarkan terendam sehingga kulit cucur berwarna sedikit coklat.
3. Gunakan sudip atau chopstik untuk mengorek/cungkil tepi cucur yang melekat dalam senduk. Lakukan perlahan-lahan & hati-hati. Cucur akan terkeluar dari senduk & biarkan bahagian bawahnya masak & bertukar warna keperangan. Biarkan udang tu garing takpe janji isi dalam adunan masak. Buat seperti tadi sehingga siap.
4. Untuk kuah: kisar semua bahan dalam blender hingga halus. Masak sebentar dalam kuali atas dapur. Selepas mendidih, bolehlah masukkan dalam mangkuk. Siap untuk dinikmati.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.