Saya bukanlah tukang masak profesional tetapi bagi seseorang yang tidak pandai memasak satu waktu dahulu, ia adalah pencapaian yang sangat disyukuri. Saya mula memasak dengan rujuk resipi kuih muih mudah dan apa sahaja masakan yang bahannya mudah dapat pada harga berpatutan. Dari situ, perlahan-lahan saya mencuba menu lain yang sebelum ini dirasakan susah memasaknya.
Dari sini saya belajar, jangan sekat kebolehan diri untuk pergi jauh dalam merealisasikan cita-cita. Jika kita mahu makanan kita masak sedap, kita akan usaha untuk perbaikinya sehingga capai jangkaan yang diharapkan. Dengan perkongsian ilmu ini juga, saya belajar untuk mengikut sunnah Nabi s.a.w dalam mewariskan ilmu sebagai salah satu saham akhirat.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.