Menu simple buat peminat daging dan tulang di bulan puasa atau teringin nak makan di hujung minggu ataupun hari raya. Sup tulang ni enak dimakan dengan bihun, nasi mahupun mi kuning. Nak sedap lagi, standby cili kicap dan bergedil. Confirm bertambah.
Bahan tumbuk halus:
1 inci halia
5 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Bahan-bahan lain:
1 kg tulang lembu yang masih ada daging
1 sup bunjut 'sup tulang' Adabi
1 pokok daun sup, kerat kasar
1 sudu besar bawang goreng
1 sudu besar rempah sup
1/2 cawan air (disatukan dengan rempah sup)
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk (boleh aje guna dah siap kisar)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Penyediaan:
1. Tulang lembu dicuci bersih, gaul dengan tepung gandum dan garam hingga rata. Perap 15 minit dan cuci hingga bersih. Masukkan tulang lembu dalam periuk, masukkan air hingga tenggelam dan rebus 30 minit. Buang air rebusan pertama tadi untuk hilang bau darah dan hamis.
2. Tuang air baru, masak hingga mendidih. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, anggaran 2 sudu besar, tumis pes rempah tadi hingga harum dan naik minyak. Ketepikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam, bahan-bahan tumbuk dan pes rempah yang telah ditumis tadi ke dalam periuk yang berisi tulang. Tambah daun sup yang dikerat kasar dan juga bawang goreng. Perasakan dengan garam dan masak hingga daging empuk pada tulang. Hidang dalam mangkuk besar atau letakkan aje terus periuk yang ada sup tu. Ini antara resipi daging mudah yang semua orang boleh cuba.
3. Sambil menunggu daging empuk dan masak, bolehlah buat cili kicap, bergedil dan masak nasi. Selepas 2 jam dimasak (tambah air jika kurang), bolehlah perasakan dengan garam. Masa menghidang, boleh letak hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap untuk dinikmati.
Peminat daging seperti suami saya memang suka menu ni. Saya gabungkan sekali cara memasak dari resipi daging mama dan mertua saya. Alhamdulillah sedap. Cuma bab daging tu, memang kena rebus lama untuk dapatkan daging empuk yang amat.
Bahan:
1/2 kg daging dipotong kecil
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 genggam cili kering siap rebus
1/2 tin kacang hijau
1 cawan minyak masak
2 liter air (tambah jika perlu untuk empukkan daging)
1/3 cawan air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Masukkan cili kering, bawang besar, bawang putih, jintan manis dan 500ml air dalam pengisar. Kisar hingga halus. Panaskan minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan bahan kisar. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan pula daging yang telah dipotong dengan 1 liter air. Rebus daging sekurangnya 2 jam. Jika daging tak berapa empuk lagi, tambah air dan masa.
3. Bila daging empuk, masukkan air asam jawa. Kacau hingga mendidih dan kuah kelihatan sedikit pekat. Masukkan pula garam dan gula.
4. Bila dah puas hati dengan kepekatan yang dimahu, masukkan kacang hijau. Gaul sebentar dan angkat untuk dihidang. Bila dah hidang, pasti peminat daging tak sabar nak cuba.
Resipi daging paling mudah saya kongsikan kali ini. Menu baru belajar hari ni dari cik @matgebu di webnya. Saya memang suka tauhu telur ni. Entah bila mula, tak ingat pula. Tapi teksturnya yang lembut dan mudah dimakan, memang enak.
Bahan:
3 batang tauhu telur
1 tin cendawan butang dan hiris 4
1 sudu besar penuh tepung jagung
2 sudu besar air
1 cawan daging cincang
3 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1/2 cawan air
Bahan sos:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap lemak manis
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Penyediaan:
1. Tauhu telur di potong 6 setiap 1 tiub. Letak dalam mangkuk. Satukan tepung jagung dan air kemudian kacau. Tuang ke dalam mangkuk berisi tauhu telur. Gaul perlahan dan goreng satu persatu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2. Goreng cendawan butang hingga layu, angkat dan toskan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan minyak dalam 2 camca besar. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging cincang, kacau rata dan masak hingga airnya mengering.
4. Masukkan bahan sos dan air. Kacau rata dan biarkan mendidih. Baki tepung jagung tadi, masukkan ke dalam kuah. Kacau dan masak hingga pekat.
5. Kemudian masukkan tauhu telur dan cendawan. Gaul perlahan-lahan hingga mesra. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk kemudian taburkan hirisan cili merah dan daun bawang. Hidangkan pada peminat daging dan tauhu telur, confirm cepat aje licinnya.
Peminat daging mesti dah pernah makan menu daging salai ni. Daging salai ori ini kami beli di Kuala Pilah. Bila masak, memang puas hati. Terangkat rasa & bau salai dia bila masak lomak. Ini resipi dagingnya ekau buleh cubo jika berminat.
Bahan:
600 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
10-12 biji belimbing buluh
Bahan kisar halus
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk (lebih kurang 25-30 minit). Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan tapi kerap hingga mendidih. Masukkan belimbing buluh. Masak hingga belimbing lembut. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Jika sedap, dah boleh tutup api. Kacau dan siap untuk dihidang dengan nasi putih, sambal belacan dan telur masin.
Resipi daging simple ni saya dapat dari TikTok Angah Raja Lawak. Bila tengok dia masak, terus teringat yang dahulu saya pernah makan menu ni masa kecil. Suami saya, peminat daging tegar, pun ralit makan dengan nasi putih bila dihidang. Anda cubalah resipi ni.
Bahan-bahan:
200gm daging dihiris
7 batang kacang panjang dikerat kasar
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih didadu
1 batang cili merah dihiris
2 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air kosong
1/4 cawan air tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali. Bila minyak panas, goreng kacang panjang lebih kurang seminit. Angkat dan toskan.
2. Goreng hirisan daging pula. Goreng sehingga air yang keluar dari daging berkurangan dan warna daging seperti dah masak. Lebih kurang dalam 5-7 minit gitu. Angkat dan toskan.
3. Kurangkan minyak dalam kuali sehingga tinggal dalam 2 sudu besar. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan pula daging ke dalam kuali dan gaul mesra. Masukkan air kosong dan kacau hingga mesra. Masukkan sos tiram. Kacau.
5. Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Gaul sebentar dan masukkan air tepung jagung. Kacau-kacau dan siap. Sedia untuk dihidang.
Narrated by Bukhari
Resipi daging itik, puaslah saya cari di internet. Tak pernah pun makan daging itik sebelum ni tapi bila dah masuk Rembau, belilah setengah ekor.
Bila dah masak, baru tahu yang nak dapatkan daging empuk itik ni, hampir sejam jugalah di atas dapur. Jika tak, alamatnya liatlah dagingnya. Ini resipinya jika anda ingin cuba.
Bahan:
1 ekor itik salai yang dipotong sederhana
2 biji kentang potong empat
1 keping asam gelugor
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400ml pati santan (2 kotak)
1 biji tomato potong empat
Garam & gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
1/2 cawan cili padi kampung
2 batang cili merah
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
Penyediaan:
1. Cuci daging salai, toskan dan masukkan ke dalam kuali besar. Masukkan asam gelugor, serai dan bahan-bahan kisar halus. Gaul rata. Masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Kacau sekali sekala. Jika daging tidak berapa lembut lagi, tambah 2 cawan air lagi. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan kentang, kacau rata dan masak hingga kentang sedikit lembut. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sebentar dan masukkan tomato. Kacau dan tutup api. Siap untuk dihidang dengan nasi putih dan lauk pauk lain.
Suami saya memang peminat daging yang berjaya. Makanya, sesekali kena fikir menu daging untuk dia. Ini resipi daging yang mudah dicuba.
Bahan:
1/2 kg daging lembu dihiris kecil dan rebus sehingga daging empuk (lebih kurang 1/2 jam)
1/2 cawan air rebusan daging
25 tangkai cili kering digunting dua, dicuci bersih & direbus dalam masa 5-7 minit. Tapis. *Kisar*
3 bawang besar dipotong 4 *kisar*
3 cawan air *kisar*
1 cawan minyak masak
1 liter air
1/2 cawan air asam jawa
1 batangbserai diketuk
Gula secukup rasa)
Garam secukup rasa
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)
2 biji kentang dipotong wedges 6
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana. Goreng kentang hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan air ke dalamnya. Biarkan cili betul-betul masak dan kacau sekali sekala.
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit, masukkan air asam. Kacau dan masak 3-5 minit.
4. Masukkan serai, gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan daging, air rebusan daging. Kacau sebentar. Masukkan hirisan bawang besar dan kentang. Kacau seketika hingga semuanya mesra. Rasa sambalnya dan jika ada kurang masin manisnya, tambahkan ikut rasa. Kacau sebentar dan tutup api. Siap untuk dihidang.
Seumur hidup saya, tak pernah le masak rendang daging sorang-sorang. Selalunya akan jadi sous chef untuk Hajah Inon dan Hajah Jaliah. Dan kali ni, saya cuba masak sendiri guna resipi daging dari @aziekitchen . Alhamdulillah jadi. Daging empuk dan peminat daging rumah ni pun suka.
Bahan:
700gm daging dihiris lawan urat
1 kotak kecil santan (kara)
1.5 liter air
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit dihiris halus
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
90 gram gula Melaka
½ cawan minyak masak
Bahan kisar:
2 biji bawang besar
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
7 tangkai cili padi
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan daging dan masak seketika sebelum masukkan air. Masak guna api sederhana dan kacau sekali sekala.
2. Apabila air hampir mengering dan daging dah lembut, masukkan santan, asam keping, garam dan gula.
3. Bila hampir kering, masukkan kerisik. Kacau hingga mesra. Setelah rendang mengering mengikut tahap disukai, masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kacau dan tutup api. Siap untuk dihidang.
Gulai lemak cili padi daging salai. Sesekali makan memang umph! Jika peminat daging makan, confirm bertambah nasi atau diratah aje daging empuk tu.
Bahan:
500 gram daging salai
1 keping asam gelugor
2 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato belah 4
Bahan kisar halus
1/3 cawan cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Penyediaan:
1. Cuci daging salai yang siap dihiris, toskan dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan asam gelugor, serai dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
2. Tuang santan cair, kacau dan masak dengan api sederhana hingga daging lembut. Tambah pati santan dan daun kunyit. Kacau perlahan dan kerap sehingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Rasa dan jika rasa sedap, dah boleh tutup api. Masukkan tomato. Kacau dan siap untuk diletakkan dalam mangkuk besar.
Saya dah suami memang penggemar paru. Cuma selalunya kami beli dan makan di luar.
Malam raya lepas, adik ipar saya masak sambal paru. Sedap pula rasanya. Jadinya, saya order dengan ali ikan sekilo paru. Apalagi, puas hati kami dapat makan berulang. Kiranya ini resipi daging bahagian dalamannya ya.
Rebus paru selama 2 jam untuk pastikan ianya lembut dan betul-betul masak. Setelah ditapis dan sejuk, hiris paru nipis dan salutkan dengan garam dan kunyit.
Goreng paru sehingga 80% masak. Jangan terlalu masak sebab nanti, paru akan menjadi keras.
Bahan:
1 kilo paru direbus
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik
4 batang cili merah
1 genggam cili padi
1 keping asam keping / 1/2 cawan air asam
5 helai daun limau purut dikoyak kasar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan memasak
2. Sambil menunggu paru siap digoreng, sediakan bahan sambal. Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit hidup dengan sedikit air. Selepas paru siap digoreng, guna kuali baru, letakkan setengah cawan minyak masak. Panaskan minyak dan kemudian masukkan bahan kisar tadi.
Masak sehingga sedikit garing.
3. Sementara tunggu garing, kisar kasar cili merah, cili padi dan sedikit air. Setelah bawang tadi garing, masukkan pula cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan serai dan asam keping. Kacau sebentar dan biarkan ia masak.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan pula daun limau purut.
6. Kacau sebentar dan masukkan paru yang digoreng tadi. Jika ingin ada kuah, masukkan sedikit air. Kacau hingga semuanya mesra dan tutup api. Siap untuk dihidang. Peminat daging dan yang sewaktu dengannya, pasti akan munculkan diri bila dah nampak menu ni.
Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan al-Tirmizi daripada Abu Hurair
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.