Siapa peminat lauk kampung, tempoyak dan ikan keli, haruslah cuba menu keli masak tempoyak ini. InsyaAllah mudah. Nak best, siapkan sekali dengan sambal belacan, popodam/keropok dan juga ulam-ulaman. Makin bertambah nasi bila makan.
Tempoyak untukmasak gulai selalunya anda kena masak lama sedikit ya. Bukan apa, takut nanti sakit perut bila masak sekejap sangat. Nama pun durian 'tak elok' untuk masak tempoyak, jadi, faham-fahamlah tahap keasidannya.
Bahan:
4 ekor ikan keli
15 tangkai cili padi (yg suka pedas, boleh tambah lagi)
2 inci kunyit hidup / 1 sudu kecil serbuk kunyit
3-4 sudu tempoyak
2 cawan air
1 tangkai daun kunyit
2 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Kisar cili padi dan kunyit dengan sedikit air. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam periuk.
2. Masukkan air, tempoyak dan kacau dengan bahan kisar supaya sebati. Masak atas api sederhana dan biarkan ia masak betul hingga 10 minit. Kacau sekali sekala. Kena masak lama sikit tempoyak agar perut tak sakit bila makan dan kuahnya tahan lama.
3. Selepas itu, masukkan pula daun kunyit dan daun kesum. Kacau sebentar. Selepas itu, masukkan ikan keli. Kacau perlahan-lahan kuah hingga ikan masak. Perasakan dengan gula & garam. Siap untuk dihidang.
One of my favourite gulai lauk kampung, gulai pucuk paku ikan tenggiri. Ada ikan, ada sayur dan berkuah. Bila makan dengan nasi, dapat tambah kicap dan popodam skit, dah sedap. Kalau bulan puasa nak kejar masa, ini menu mudah.
Pucuk paku ni, jika tak mahu buat gulai, boleh cuba buat kerabu. Sedap. Pucuk paku ini kaya dengan vitamin A. Vitamin A ini selalunya bagus untu mata, cepat menyembuhkan luka, melambatkan penuaan, bagus untuk tulang dan janin bagi ibu yang hamil. Vitamin A juga mampu memperkuatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Bahan:
2 ikat sayur pucuk paku
1 kotak santan (250ml)
5 keping ekor ikan tenggiri siap digoreng
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 batang serai dititik2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Bersihkan pucuk paku dan potong bahagian daun dan batang yang lembut sahaja.
2. Kisar halus bawang merah , cili api dan kunyit dengan sedikit air. Ketepikan sebentar.
3. Masukkan minyak masak dalam kuali yang panas. Tumis bahan kisar halus ke dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga kuah mendidih. Masukkan serai dan masak lebih kurang 5 minit.
4. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masak hingga mendidih dan tidak pecah minyak.
5. Selepas itu, masukkan pucuk paku dan ikan tenggiri sehingga pucuk paku lembut sepenuhnya. Perasakan dengan sedikit garam.Kacau sebentar dan tutup api. Siap untuk dinikmati gulai pucuk paku ikan tenggiri ini dengan nasi panas.
Selalunya, bila kakak-kakak ipar bersalin, mesti ada lauk ikan kerisi masak asam ini mertua akan masakkan untuk mereka. Menu orang berpantang @ menu diet kami.
1st time makan dulu, rasa cam pelik tapi lepas beberapa suap, jalan aje lauk kampung ni. Kalau nak diet, kiranya lauk ni sesuai jugalah ya.
Bahan:
4 ekor ikan kerisi
1 biji bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1 mangkuk air asam
Penyediaan:
1. Lumur ikan dengan garam kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan tos. Letakkan dalam mangkuk.
2. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sehingga sedikit kekuningan. Kemudian masukkan bawang besar dan cili. Tumis sehingga bawang besar layu.
3. Selepas itu, masukkan air asam jawa dan garam. Masak sehingga mendidih dan secukup rasa. Padamkan api dan tuang kuah asam ini ke atas ikan. Siap menu diet kita.
Bila bulan puasa, haruslah semua orang akan ke IG atau TikTok KhairulAming. Alhamdulillah dapat try resipi sambal ikan keli dia walaupun ada bahan yang takde. Sedap sangat rasanya. Pandai dia masak. Moga murah rezeki dia selalu kerana ajar orang dengan percuma. Mengajar orang dari tidak minat memasak menajdi suka memasak dan mencuba benda baru.
Bahan:
5 ekor ikan keli yang dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung beras
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudi besar sos tiram
1 sudu sos gula
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng & menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit, tepung beras dan garam. Setelah minyak panas, masukkan perlahan-lahan ikan keli. Goreng hingga keemasan.
2. Sementara tunggu ikan masak, kisar kasar bawang putih dan bawang besar. Kemudian, kisar pula sampuran cili padi, cili merah dan tomato. Ketepikan.
3. Setelah ikan masak, tuangkan 2/3 baki minyak tadi ke bekas lain dan gunakan aje 1/3 baki dalam kuali. Tumis bawang besar dan putih dahulu. Setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar cili tadi. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, gula dan garam. Kacau hingga mesra seketika. Selepas itu, masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Kacau seketika dan kemudian siap untuk dihidang.
Resipi khas untuk peminat gulai tempoyak ikan patin. Patin masak tempoyak ini lauk kampung yang kalau mama hadap, mau dia sorang mampu habiskan setengah ekor.
Ikan patin ni, tak semua orang suka akan rasa atau baunya. Kalau ikan patin ternak, saya tak berapa boleh masuk. Kerana baunya.
Bahan:
5 keping ikan patin
1 senduk tempoyak
3 cawan air
2 tangkai cili merah
1/2 cawan cili padi merah
1 inci kunyit hidup
Secekak daun kesum
Sedikit garam & gula
Jika tak berapa masam, masukkan sekeping asam keping
Penyediaan:
1. Tumbuk/kisar cili merah, cili padi dan kunyit hidup. Jangan terlalu lumat. Kemudian, masukkan bahan kisar/tumbuh dalam mangkuk dan masukkan tempoyak. Gaul mesra.
2. Masukkan ikan dan bahan tadi ke dalam periuk or kuali. Masak dengan api perlahan sehingga menggelegak. Kacau sekali sekala.
3. Setelah menggelegak dan kelihatan isi lembut (jika bahagian kepala tak keluar darah lagi), masukkan daun kesum dan kacau perlahan-lahan. Masak dalam 2-3 minit dan bolehlah tutup api. Siap untuk dihidang.
Muhammad bin Abdullah s.a.w. Narrated by Muslim
Menu makanan laut yang mudah. Tak sampai 20 minit dah siap. Kot ada nak reserve sebagai menu buka puasa, silakan.
Bahan:
1kg lala dibasuh bersih
3-4 ulas bawang putih dihiris
2 batang serai dititik
1 cawan air
1 sudu kecil garam
2 sudu minyak zaitun/sayuran untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan 1 garam hingga berbau harum. Masukkan lala dan serai, gaul mesra. Tuangkan air dan gaul sebentar. Tutup lala dengan penutup nasi atau penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 5-7 minit.
2. Angkat penutup, gaul sebentar. Dan jika semua lala dah terbuka, angkat dan letakkan dalam bekas. Siap. Nak jadikan lauk makan dengan nasi boleh, nak ratah pun silakan
Sesekali bila masak asam pedas, memang sedap. Ni semua sebab asyik nampak kat IG @zee_zainal . Kita guna ikan pelaling untuk resipi lauk kampung popular ni.
Bahan:
4 ekor ikan pelaling
4 sudu besar cili kisar
1 cawan minyak (agak bahan tumis tenggelam)
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1/4 sudu kecil gula
1 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesum
700- 800ml air
Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
Sedikit belacan bakar
Penyediaan:
1. Panaskan minyak yang agak banyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan tumisan betul-betul garing serta terbit minyak (saya tumis hingga 2-3 kali terbit minyak)
2. Masukkan air, air asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dengan api sederhan agar kuahnya sebati.
3. Setelah mendidih dalam 5 minit, masukkan ikan. Kemudian, masukkan bunga kantan & daun kesum. Rasa sedikit dan jika ok, tutup api. Siap untuk dihidang.
Ini pertama kali saya masak menu ni guna resipi @aziekitchen . Alhamdulillah menjadi & sedap. Rudy pun kata sedap. Lagi-lagi bila dah basuh tangan pun, tangan still bau kari. Macam mamak rasanya.
Bahan utama:
1 ekor ikan merah dibelah dua
2 paket kecil rempah kari ikan
1 sudu besar serbuk cili
4 tangkai cili padi
1 sudu besar pes asam jawa
3 pelepah daun kari
1 sudu besar halba campur
3 cawan air
1 kotak kecil santan Kara
3/4 cawan minyak masak untuk menumis
7 batang bendi
2 biji tomato
2 biji cili hijaudipatahkan
Bahan tumbuk/hiris halus:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan kemudian tumis halba campur, cili padi potong dan bahan tumbuk/hiris dengan api perlahan sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari, serbuk cili dan daun kari. Kacau sentiasa supaya tidak hangit dan sehingga naik bau, baru dimasukkan secawan air. Masak sehingga terbit minyak dan masukkan baki air. Biarkan mendidih dan reneh sehingga bahan tumis pecah minyak kali ke-2.
3. Masukkan santan. Kacau sentiasa hingga kuah kari mendidih dan santan tidak pecah minyak (terpisah dari kuah).
4. Setelah mendidih, masukkan ikan, pes asam jawa, garam dan gula. Biarkan mendidih dan reneh sehingga kari masak. Masukkan pula kacang bendi, tomato dan cili hijau yang dipatahkan. Masak sehingga bendi menjadi empuk. Masak dengan api perlahan. Setelah empuk, tutup api. Siap untuk dihidang.
Betullah cakap orang, bila dah berusia ni, tekak rasa nak makan makanan oldies. Menu yang mama suka dolu-dolu, sekarang saya pulak yang suka.
Bahan:
3 ekor ikan pelaling disalut garam kunyit.
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai cili merah dihiris kasar
5-6 tangkai cili hijau dibelah tengah tapi jangan putus.
2 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap lemak manis
2 cawan air
Sedikit garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Ikan digoreng, tapi jangan sampai garing. Ketepikan bila dah masak.
2. Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau yang dibuang bijinya. Kacau seketika.
3. Masukkan pula taucu dan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan air. Masak kuah hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, masukkan kicap. Kacau seketika dan masukkan ikan. Kacau perlahan-lahan dan rasa. Jika tawar, boleh tambah garam secukup rasa. Kacau sebentar dan boleh diangkat. Siap untuk dihidang.
Menu ni khas untuk peminat makanan laut bercengkerang. Selalunya, yang suka menu ni, family saya.
Bahan:
3 ekor ketam dibelah dua & cuci bersih
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 kotak santan (250ml)
2 cawan air
1 helau daun kunyit
Garam secukup rasa
1 tangkai cili merah dihiris
Penyediaan:
1. Masukkan bawang besar, bawang putih, air serta 1/2 cawan santan dahulu ke dalam kuali. Masak guna api sederhana.
2. Bila dah mendidih, masukkan ketam, daun kunyit serta baki santan. Kacau hingga mendidih dan perasakan dengan garam. Kemudian masukkan cili merah. Kacau seketika dan siap.
Narrated by Ibnu Majah
Kali ni saya cuba buat versi tumis sikit dengan minyak sayuran lauk kampung ni. Rasanya cenggini 👍👍
Alhamdulillah sedap... Tapi jika ada yang tak suka minyak, no problem.
Bahan:
1/2kg udang yang dibuang hujungnya
10 tangkai kacang buncis dipotong serong
2 sudu minyak masak
1 batang serai, diketuk
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
250ml santan
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 tangkai cili merah
12 tangkai cili padi
Penyediaan:
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Guna api sederhana. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama serai yang diketuk, asam gelugor dan santan cair (2 sudu besar santan pekat + 2 cawan air). Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna dan nanas lembut. Masukkan daun kunyit dan tuang pati santan. Kacauhingga mendidih dan guna api sederhana.
3. Perasakan dengan garam dan sedikit gula, jika perlu. Biarkan mendidih dengan api kecil dan kacau untuk elakkan santan pecah. Masak seketika, siap.
Menu simple yang suami saya suka. Bahan pun tak renyah. Jimat masa dan tenaga. Nak guna ikan lain pun boleh.
Bahan:
2 ekor ikan bawal - lumur garam kunyit
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
1-2 inci halia dihiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar puri tomato
1/2 cawan sos tomato
Secubit gula
Secubit garam
1/2 cawan air tepung jagung
Hiasan:
3-4 batang cili padi merah hijau dipotong serong
1 biji tomato dihiris bulat
Penyediaan:
1. Panaskan minyak guna api sederhana. Ikan dilumur garam kunyit dan kemudian digoreng. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.
3. Masukkan pula sos tomato, puri tomato, garam, gula dan sedikit air. Masukkan air tepung jagung. Kacau hingga mesra dan mendidih. Akhir sekali, masukkan tomato dan cili padi. Kacau seketika dan boleh tutup api. Letakkan dalam pinggan besar dan sediak untuk dinikmati.
Menu ni terbuat gara-gara ternampak rancangan Teroka Lokal bila pengacaranya @marshamilan makan ikan goreng sambal hijau, gigih esoknya saya order dengan Ali Ikan. Minta dihantarkan barang-barang masakan.
Bahan:
1 ekor ikan siakap
Serbuk kunyit, garam & lada sulah untuk saduran ikan goreng
4 tangkai cili hijau besar
12 - 15 tangkai cili padi hijau
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1/2 inci halia
1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Ikan - Basuh bersih ikan dan kemudian lap dengan tisu dapur. Kelar sedikit ikan. Salut ikan dengan serbuk kunyit, garam dan lada sulah. Perap dalam 10 minit dan kemudian goreng dengan minyak banyak. Setelah masak, angkat dan toskan.
2. Sambal hijau - masukkan cili hijau, cili padi hijau, belacan, bawang besar, bawang putih dan air. Kisar cili tapi jangan terlalu halus. Panaskan minyak dalam 2 sudu besar ke dalam kuali. Setelah panas, masukkan bahan kisar. Masak sehingga sedikit garing. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau dan tuang sambal atas ikan yang diletakkan atas pinggan besar. Siap dihidang.
Siakap kukus wangi. Khas untuk yang boring makan bergoreng.
Bahan:
1 ekor ikan siakap cuci bersih
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil lada sulah
4 sudu besar jus limau kasturi
1 biji jus lemon
1 sudu besar minyak jagung
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
12 biji cili padi dihiris
2 batang serai, ambil bahagian putih & hiris
1/2 inci halia dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 kiub pati ikan bilis dihancurkan
Penyediaan:
1. Gaul ikan dengan sedikit tepung jagung dan sedikit jus limau nipis. Perap 10 minit, kemudian cuci bersih. Lap kering dengan tisu dapur. Ketepikan.
2. Masukkan semua bahan lain dalam mangkuk dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
3. Panaskan kukus dan sediakan loyang letak ikan. Sapu sedikit minyak jagung pada bekas tadi. Ikan siakap dikelar sedikit & kemudian lumur dengan garam, serbuk lada sulah serta epung jagung, rata2 termasuk dalam perut ikan. Letak dalam loyang.
4. Tuang bahan-bahan tadi atas ikan dan ratakan termasuk bahagian dalam perut ikan. Kukus selama 10-12 minit. Tutup api dan pindahkan ke pinggan lebih besar.
Untuk peminat ikan & peminat tempoyak juga lauk kampung, haruslah cuba ya. Sangatlah sedap. Nak lagi kaw, korang lebihkan sikit cili padi masa menumbuk tu & daun kunyit letak 2-3 helai (kalau ikannya 3 ekor). Bila bakor aje, harum rumah bau tempoyak kome...
Bahan:
3 ekor cencaru saiz sederhana dicuci bersih, dibelah belakang dan disalut kunyit garam
1 cawan tempoyak
20-25 batang cili padi
3 helai daun kunyit dihiris halus
3 sudu besar minyak untuk bakar atas kuali ajaib
Penyediaan:
1. Tumbuk cili padi hingga lumat. Masukkan tempoyak dan daun kunyit dalam lesung. Gaul mesra.
2. Masukkan/sumbat tempoyak ke bahagian belakang & bahagian perut ikan. Panaskan kuali ajaib/kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Setelah panas, letakkan ikan perlahan-lahan dan biarkan masak dalam 2 minit sebelum katup kuali ajaib. Biarkan ikan masak sepenuhnya dalam 3-4 minit. Buka kembali penutup dan terbalikkan ikan untuk bakar se
2. Masukkan/sumbat tempoyak ke bahagian belakang & bahagian perut ikan. Panaskan kuali ajaib/kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Setelah panas, letakkan ikan perlahan-lahan dan biarkan masak dalam 2 minit sebelum katup kuali ajaib. Biarkan ikan masak sepenuhnya dalam 3-4 minit. Buka kembali penutup dan terbalikkan ikan untuk bakar sebelahnya pula. Masak dalam 2-3 minit lagi. Siap untuk dihidang.
Narrated by Bukhari
Sejak balik dari Kuala perlis 2 tahun lepas, suami saya kalau pergi kedai makan, kekadang dia akan request sotong goreng tepung. Tapi jika tak sama, dia macam frust. Katanya, sotong goreng tepun Kuala Perlis memang sedap. Nombor satu dalam ranking dia. Katanya, "enak ratah gitu aje. Macam makan ayam goreng."
Rezeki saya lepas tu, terjumpa Tiktok Chef Crack. Saya save resipi tu. Dan bila ada masa baru ni, saya cuba buat. Alhamdulillah sedap. Rangup. Kadar letupan sotong tu pun kurang. Ini resipinya.
Bahan:
300gm sotong (cuci dan potong ikut saiz kesukaan)
Garam
1 sudu kecil baking powder
Bahan Perap:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
Lasa sulah
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
Garam
Air sejuk
Bahan tepung kering:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili
Garam
Penyediaan:
1. Perap sebentar sotong dengan garam dan baking powder dalam 15 minit. Selepas itu, basuh dan toskan hingga kering.
2. Campur bahan basah dalam satu mangkuk dan adunan jangan cair sangat. Masukkan sotong. Gaul dan perap dalam peti ais sebentar dalam 10 minit.
3. Masukkan bahan kering dalam satu mangkuk. Masukkan minyak menggoreng dalam kuali dengan guna api sederhana. Keluarkan sotong diperap.
4. Setelah minyak panas, masukkan sotong diperap tadi dalam adunan kering dan sadurkannya. Masukkan dalam minyak panas dan goreng sehingga keemasan. Setelah masak, angkat dan toskan. Selesaikan baki menggoreng sotong yang lain sehingga habis
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.