Saya pertama kali makan sambol kelapa ni (memang ejaan dia sambol ya), kat satu restoran Sri Lanka kat IOI Putrajaya. Masa tu makan dengan appam lenggang depa. Sedapnya rasa. Balik rumah, terus cari menu makanan Sri Lanka. Alhamdulillah jumpa. Jumpa juga nama makanan kelapa tadi. Apalagi, saya order dengan Ali kelapa parut. Ini resipinya untuk anda cuba.
Oh ya, bila makan sambol ni, rasanya deria rasa kita dengan deria rasa masyarakat Sri Lanka tak jauh beza. Plus, ada tau masyarakat Melayu kat Sri Lanka.
Bahan:
1 biji kelapa parut putih
1 labu bawang besar potong dadu
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar chili flakes
1-2 sudu besar jus limau nipis
1 pelepah daun kari
Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan kelapa, bawang besar, serbuk cili, chili flakes dan garam. Gaul dengan sedikit menekan kelapa agar santan kelapa keluar dan bercampur dengan serbuk cili. Di sini, warnanya akan naik sendiri.
2. Setelah nampak warna semua sekata, masukkan peraham limau nipis dan daun kari. Gaul hingga mesra. Rasa dulu sebelum hidang. Mungkin anda nak tambah pedas atau rasa garam lagi, terpulang. Yang penting, gaul mesra selepas itu. Bolehlah dihidang.
Never in my entire life masak kari dhal. Sebab bila roti canai bukan feveret, jadinya yang lain-lain so-so aje. Tapi, bila saya makan kat restoran makanan Sri Lanka haritu, persepsi saya berubah. Saya teruja nak cuba resipi mereka. Dan kari ni dah lebih 24 jam pun still sedap dan tak basi.
Bahan:
1 cawan kacang dhal merah
1/2 cawan kacang dhal kuning
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai cili hijau dipotong kasar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 liter air
1-2 sudu kecil garam (ikut rasa)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
7 tangkai cili kering
1 sudu besar chili flakes
1 cawan pati santan (sekotak kecil)
Penyediaan:
1. Basuh bersih kacang dhal dan masukkan dalam periuk. Masukkan juga bawang merah, bawang putih, cili hijau, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam serta air. Kacau dah masak atas dapur guna api sederhana hingga kacang dhal lembut dan air berkurang dari separuh. Kacau sekali sekala.
2. Setelah nampak kacang dhal hendak lembut, dalam kuali lain, panaskan minyak. Kemudian, tumis biji sawi, jintan manis, bawang besar, bawang putih, daun kari, cili kering & sedikit chili flakes sehingga naik bau dah sedikit garing.
3. Selepas itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk kuah dhal. Kacau. Masukkan pula santan dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam, kacau sebentar dan boleh tutup apinya. Siap untuk dihidang.
Enak dimakan dengan roti canai, tosai, roti biasa mahupun nasi. Kiranya makanan kita dengan masyarakat Sri Lanka tak jauh beza. Mereka guna rempah kari, kita pun ada guna juga.
Kari udang Sri Lanka. Resipi ni saya test sebab ada orang di TT yang makan kari ni cakap sedap sangat. Makanya, saya carilah resipinya. Alhamdulillah jumpa... Mudah sangat cara masaknya. Kiranya tak sampai 1/2 jam dah siap menu sedap dari masyarakat Sri Lanka ni.
Bahan:
2 sudu besar minyak masak
500gm udang
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai dihiris
5-7 tangkai cili padi dipotong
1 batang kayu manis
3 tangkai daun kari
1 biji tomato didadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chili flakes
200ml santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Kacau sebentar dan masukkan pula, cili padi, serai, kayu manis dan daun kari. Kacau dan masak sebentar.
2. Masukkan pula serbuk rempah kari, serbuk kunyit, chili flakes dan sedikit garam. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan gaul sebentar. Selepa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Kacau sebentar dan masukkan pula, cili padi, serai, kayu manis dan daun kari. Kacau dan masak sebentar.
2. Masukkan pula serbuk rempah kari, serbuk kunyit, chili flakes dan sedikit garam. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan udang dan gaul sebentar. Selepas itu, masukkan santan dan air. Gaul dan masak hingga mendidih. Perasakan lagi dengan garam jika ingin tambah. Siap menu makanan Sri Lanka yang mudah.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.