Teringin nak makan spaghetti pedas, anda boleh cuba resipi ni.
Bahan:
1 pek spaghetti
10 biji vongole
8-10 ekor udang
4 ekor sotong kerat 3
4 batang sosej dipotong serong
2 kiub ikan bilis
10 tangkai cili kering dipotong 3
1 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih didadu
1/2 cili benggala dihiris dan kerat 3
1 1/2 cawan air rebusan spaghetti
1/2 biji lemon
4 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar kicap soya cair
2 sudu kecil chili flakes (nak pedas, letak le banyak mana suka)
Penyediaan:
1. Rebus spaghetti hingga al- dante. Toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar dahulu dan kemudian bawang putih. Selepas itu, masukkan cili kering. Masak seketika dan masukkan pati ikan bilis. Kacau hingga patinya hancur.
2. Masukkan pula kicap soya cair dan jus lemon. Kacau hingga mesra. Masukkan vongole, udang, sotong dan sedikit air rebusan. Kacau seketika dan kemudian tutup dengan penutup periuk. Biarkan ia masak dalam 3-4 minit.
3. Angkat penutup dan gaul. Masukkan spaghetti dan gaul lagi. Kemudian, masukkan cili benggala dan 1 sudu kecil chili flakes. Gaul hingga mesra. Tutup api dan hidang dalam pinggan besar.
Alhamdulillah dapat rezeki kupang besar pelbagai saiz dari tokeh seafood member belajar dahulu.
Makanya, kita masakkanlah menu spaghetti ni untuk famili.
Bahan:
1/2 pek spaghetti
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air
400gm udang siap dicuci
1kg kupang siap direbus
1/4 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes / paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis
Penyediaan:
1. Rebus spaghetti hingga al-dante. Toskan. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar dan kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing dan kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar dan masukkan cili benggala, udang dan kupang. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes/paprika dan garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.
Sesekali kita tukar menu pasta tanpa kuah. Untuk yang suka makanan laut, sesuai sangat cuba.
Bahan:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih didadu
1/2 cawan air rebusan pasta
300gm udang siap dibuang najis
300gm lala siap direbus
10 biji vongole direbus
1/2 biji cili benggala dihiris
1 sudu kecil mixed herbs
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar dan kemudian masukkan bawang putih. Goreng hingga sedikit garing dan kemudian masukkan air rebusan pasta. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar dan masukkan cili benggala & udang. Kacau. Bila dah nampak udang bertukar warna merah, masukkan lala dan vongole. Kacau perlahan-lahan.
3. Masukkan pula mix herbs, lada hitam, chilli flakes dan garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.
Resipi ni saya dapat dari IG @sheilarusly_jspictures . Tengah dok lepak-lepak lepas kenduri, ternampak video IG resipi pasta dia. Apa lagi, kita cuba dan Alhamdulillah sedap...
Bahan:
1 pek makaroni direbus al dante dan ditoskan
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
2 inci halia didadu
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar rempah kari
1 tin kecil tomato puri
250gm daging cincang
1/2 cawan air
1 batang saderi dihiris
1 biji tomato didadu
1/2 batang lobak diparut
1/2 biji
Bahan:
1 pek makaroni direbus al dante dan ditoskan
4 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
2 inci halia didadu
4 sudu besar cili giling
2 sudu besar rempah kari
1 tin kecil tomato puri
250gm daging cincang
1/2 cawan air
1 batang saderi dihiris
1 biji tomato didadu
1/2 batang lobak diparut
1/2 biji cili benggala didadu
2 biji cili habanero didadu
1 sudu kecil garam
5 biji telur
1 cawan susu / susu cair
Parutan keju
Penyediaan:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika dan masukkan bawang putih dan halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak sehingga sedikit garing dan masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika. Kemudian, masuk tomato puri. Kacau hingga mesra. Selepa
Penyediaan:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar. Goreng seketika dan masukkan bawang putih dan halia. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling. Masak sehingga sedikit garing dan masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau seketika. Kemudian, masuk tomato puri. Kacau hingga mesra. Selepas itu, masukkan daging cincang. Masak lebih kurang 5 minit.
3. Kemudian, masukkan batang saderi, lobak merah, tomato, cili benggala, cili habanero, air dan garam. Kacau & masak hingga menggelegak.
4. Masukkan makaroni dan gaul hingga mesra. Tutup api. Selepas itu, panaskan oven pada suhu 170°c. Sediakan dulang pembakar.
5. Tuangkan makaroni di dalam kuali ke dalam bekas pembakar. Ratakan sedikit makaroni. Kemudian, dalam bekas lain, campurkan telur dan susu. Kacau hingga mesra dan tuang ke atas makaroni goreng tadi sedikit rata. Ta
4. Masukkan makaroni dan gaul hingga mesra. Tutup api. Selepas itu, panaskan oven pada suhu 170°c. Sediakan dulang pembakar.
5. Tuangkan makaroni di dalam kuali ke dalam bekas pembakar. Ratakan sedikit makaroni. Kemudian, dalam bekas lain, campurkan telur dan susu. Kacau hingga mesra dan tuang ke atas makaroni goreng tadi sedikit rata. Taburkan keju cheddar/mozzarella/monterey jack/ricotta dan kemudian masukkan ke dalam oven. Bakar lebih kurang 25-30 minit.
Jumpa resipi pasta mudah ni di IG Sheila Rusly lagi. Jadinya kita cuba. Alhamdulillah sedap dan famili suka.
Bahan:
1 pek pasta penne direbus
1 biji bawang didadu
4 ulas bawang putih didadu
3 tangkai daun kari
2 inci halia didadu
1 sudu besar garam masala
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil kas kas
2 kiub pati ikan bilis
1 cawan daging cincang
2 biji tomato potong 8
1 batang tangkai saderi dihiris serong
1 tangkai cili hijau dihiris
1/2 cawan mix vege
1 cawan tomato puri
1/2 cawan air
2 sudu besar chili flakes
Minyak zaitun untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian, tumis daun kari, bawang besar, bawang putih dan halia. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan rempah ketumbar, jintan, garam masala, kaskas dan serbuk cili. Gaul hingga mesra. Selepas itu, masukkan tomato puri dan kacau lagi.
3. Masukkan pula kiub ikan bilis, pecah-pecahkannya dan sedikit air kemudian kacau. Selepas itu, masuk tomato, batang saderi dan daging cincang. Kacau hingga daging separuh masak.
4. Letakkan pula mix vege dan cili hijau lalu masak seketika. Akhir sekali, masukkan penne dan chili flakes. Gaul hingga semuanya mesra.Tutup api dan letakkan dalam bekas hidangan. Taburkan sedikit chili flakes dan hirisan daun saderi atau daun ketumbar. Siap untuk dihidang.
Untuk yang sedang diet, suka pasta, boleh cuba menu ini. Ideanya saya dapat bila suami disarankan turun berat badan selepas kena slip disc kali pertama dahulu. Memang mampu buat dia turun dalam 2-3kg bila jaga makan.
Bahan-bahan:
1/2 paket spaghetti
1 labu bawang besar/bawang holland
5 biji fishball dipotong separuh
2 ketul isi ayam
2 batang sayur saderi dipotong kecil
6-7 biji tomato kecil
1/4 jus lemon
3 sudu besar minyak zaitun/minyak sayuran
1 cawan air rebusan spaghetti
Garam secukup rasa
1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar
1/4 isi buah delima
Penyediaan.
1. Rebus spaghetti ala-ala al-dante. Letak sedikit garam masa merebus.
2. Bila nampak spaghetti dah nak masak, ambil airnya 1 cawan dan bolehlah toskan spaghetti.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan fishball dan bila dah nampak fishball macam dah garing sikit, masukkan pula batang saderi. Gaul sebentar dan masukkan separuh cawan air spaghetti tadi. Gaul dan biarkan batang saderi lembut dalam 2-3 minit.
5. Masukkan isi ayam, spaghetti dan perahan jus lemon.
6. Masukkan pula buah tomato dan kemudiannya separuh dari isi delima yang 1/4 tadi, Masukkan garam dan lada hitam. Gaul dalam 1 minit gitu.
7. Bila dah masak, tutup api dan masukkan spaghetti vege ke dalam pinggan dan kemudian taburkan lebihan buah delima tadi di atas spaghetti. Tadaaaaa....... Siap.
Riwayat Ibnu Majah
Spicy pasta dengan ayam dan 'kek ikan', menu mudah untuk yang ingin makan pasta dan suka pedas. Menu ini saya dapat di TikTok tapi dia guna pasta linguine dan saya pula guna spaghetti. Jika anda nak cuba pasta yang lain pun boleh janji guna bahan masak yang sama atau lebih kurang.
Ini cara penyediaan spicy pasta. Letaklah apa anda suka. Janji keluarga happy makan.
Bahan:
1/2 bungkus spaghetti direbus al dante
3 sudu besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih
5 batang daun parsli (asingkan batang & daun)
2 sudu besar chili flakes
1 sudu kecil pati ikan bilis/ 1/2 kiub pati ikan bilis
1 cawan air rebusan pasta
2 keping fishcake
2 keping dada ayam
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan kuali & letakkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang putih & batang daun parsli. Kacau sebentar.
2. Masukkan chili flakes & pati ikan bilis ke dalam kuali. Tumis sebentar. Kacau dan masukkan pula air rebusan pasta dan isi ayam. Kacau & biarkan mereneh.
3. Masukkan pula pasta, fishcake, daun parsli dan garam secukup rasa. Kacau. Jika rasa nak pedas lagi, boleh tambah chili flakes. Gaul mesra & siap untuk dihidang serta dinikmati bersama tersayang.
Spaghetti carbonara , antara masakan pasta yang saya dan suami suka. Menu mudah ini saya jumpa di VTT Chef Sabri. Bila tengok bahan-bahannya, terus rasa nak buat. Sesekali masak ala chef, rasa berbaloi dengan bahannya. Jika yang sedikit mahal pun harganya adalah cooking cream dan keju parmesan (itupun tak guna banyak). Minyak zaitun tu jika tak ada, boleh aje ganti dengan minyak masak yang lain. No problem.
Untuk spaghetti carbonara ni, kita dah ubah sedikit ikut citarasa rakyat Malaysia. Oleh kerana rakyat Malaysia mostly suka makanan pedas, maka, Chef Sabri masukkan lada hitam dan chili flakes. Baru ada umph!
Untuk isi spaghetti ini, anda boleh aje letakkan apa sahaja yang ada dalam peti ais. Jika ada ayam, sosej, kepingan smoke turkey, meatball, udang, kupang, boleh aje letak. Terpulang pada anda .
Bahan-bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
3 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar didadu
2 keping dada ayam dipotong kasar
5 biji meatball dihiris kasar
5 ekor udang dibuang kulit
1 genggam cendawan enoki
1 sudu besar lada hitam yang dikisar
2 sudu besar chili flakes
1 sudu besar mix herbs
3 cawan cooking cream
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
1/2 sudu serbuk perasa/pati ayam
Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih dan kacau sebentar. Masukkan pula bawang besar. Kacau.
2. Masukkan pula potongan ayam dan meatball. Kacau dan biarkan masak sebentar. Kemudian, masukkan udang. Kacau-kacau. Dan masukkan pula cendawan. Gaul mesra sebentar dan masukkan lada hitam, chili flakes dan mix herbs. Gaul.
3. Masukkan cooking cream dan gaul mesra. Masukkan segera kuning telur dan kacau. Tuang spaghetti, kacau sebentar dan masukkan garam juga serbuk perasa dan kacau sehingga semuanya sebati. Masuk minyak zaitun sedikit dan kacau.
4. Hidangkan dalam pinggan bersih. Tabur chili flakes, potongan daun parsley jika ada dan keju parmesan. Sedia untuk dinikmati.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.