Methi Eggs Bhurji, makanan masyarakat India yang dinikmati sama ada sarapan mahupun makan tengahari. Menu ini juga dikenali sebagai scrabble eggs oleh mereka. Cuma, versi resipi masakan India pasti ada rempahnya.
Resipi ni asasnya adlaah telur dan daun pokok halba/fenugreek. Pokok ini tidak ramai orang kita menanamnya dan Alhamdulillah pokok ni ada tanam di halaman depan rumah saya.
Bahan-bahan:
4 biji telur
1 cawan daun halba dipotong (dibasuh bersih dan rendam seketika dalam 10 minit)
1 biji bawang besar didadu
1 inci halia dihiris dan didadu
1 sudu kecil bawang putih dihiris & didadu
1 cili hijau dihiris
1 biji tomato didadu (saya guna baby tomato untuk habiskan stok)
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu minyak untuk memasak
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Masukkan jintan. Goreng seketika. Kemudian masukkan bawang besar dan goreng sehingga keperangan.
3. Masukkan pula bawang putih, halia dan cili hijau. Gaul lebih kurang seminit.
4. Kemudian masukkan pula tomato, serbuk cili & serbuk kunyit. Gaul mesra dalam seminit. Masukkan sedikit garam.
5. Masukkan telur dan kacau perlahan-lahan dan berterusan sehingga masak (macam buat scrambled egg tu). Siap resipi mudah ini.
Bahan membuatnya makanan masyarakat India ini sangat mudah. Untuk resipi ini, anda boleh dapat dalam 16 keping tosei untuk dinikmati. Terima kasih @majalahrasa untuk perkongsian.
Bahan:
2 cawan nasi semalam/sejuk
2 cawan air
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar hingga lumat. Masukkan dalam mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stick dan bila kuali dah panas, masuk sesenduk adunan dan leperkan ia untuk menipiskannya. Masak hingga lapisan bawah kelihatan garing. Angkat dan siap.
Pakora @ pakoda, jemput-jemput resipi mudah dari India. Semerbak bau rempah dalam adunan yang digoreng memang membangkit rasa nak menikmatinya segera.
Ada pelbagai resipi makanan masyarakat India ini. Anda boleh cari mana yang sesuai dengan citarasa. Nak letak daun kari boleh, nak letak daun ketumbar, kobis, bawang lebih, semuanya boleh. Kebanyakan pakora, akan letak beberapa jenis rempah bagi menaikkanlagi aroma dan rasanya.
Bahan:
1 cawan tepung kacang kuda (gram flour)
1/2 cawan tepung beras
1 biji kentang dihiris memanjang
1/2 batang lobak merah dihiris panjang
1 mangkuk kecil bayam yang dipotong kasar
1 biji bawang besar dihiris
1 batang cili merah dihiris
1 batang cili hijau dihiris
2 biji bawang putih + 2 inci halia, ditumbuk lumat
1 sudu kecil ketumbar + jintan manis, ditumbuk
1/2 sudu kecil serbuk kari
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
3/4 cawan air (kepekatan sederhana)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan yang dipotong dan ditumbuk. Masukkan air. Gaul dan buat adunan yang tak cair dan tak pekat sangat. Nak lagi sedap, masa gaul tu boleh guna tangan. Gaul sambil ramas sekali jadi, air dari bawang, sayur akan keluar. Jika anda seorang vegetarian, tak letak telur pun tak apa).
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila minyak panas, guna sudu besar, gaul adunan sebentar dan masukkan sesudu adunan pakora tadi ke dalam minyak. Sekali goreng, masukkan dalam 4-5 sudu sahaja.
3. Goreng pakora hingga nampak garing kedua-dua belah bahagian. Setelah masak, angkat dan toskan. Goreng hingga habis adunan. Pakora enak dimakan dengan sos, chatney pudina atau begitu sahaja. Resipi masakan India ini ada persamaan juga dengan masyarakat di Pakistan.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.