Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam
  • More
    • Utama
    • Alfimohd
      • Alfimohd
      • Hubungi
      • Jurnal Kesyukuran Alfi
    • Buku
    • Menu Terkini
    • Kategori
      • Roti & burger
      • Mi, bihun, laksa
      • Pasta
      • Nasi
      • Manisan & pengat
      • Kek & biskut
      • Kuih Tradisional
      • Minuman
    • Lauk
      • Ayam
      • Makanan laut
      • Sayur & Buah
      • Daging
      • Telur
      • Sambal & Salsa
    • Antarabangsa
      • Makanan Turki & Uganda
      • Makanan Palestin & Arab
      • Makanan India
      • Makanan Sri Lanka
      • Makanan Vietnam
Alfimohd
  • Utama
  • Alfimohd
    • Alfimohd
    • Hubungi
    • Jurnal Kesyukuran Alfi
  • Buku
  • Menu Terkini
  • Kategori
    • Roti & burger
    • Mi, bihun, laksa
    • Pasta
    • Nasi
    • Manisan & pengat
    • Kek & biskut
    • Kuih Tradisional
    • Minuman
  • Lauk
    • Ayam
    • Makanan laut
    • Sayur & Buah
    • Daging
    • Telur
    • Sambal & Salsa
  • Antarabangsa
    • Makanan Turki & Uganda
    • Makanan Palestin & Arab
    • Makanan India
    • Makanan Sri Lanka
    • Makanan Vietnam

Simit, roti bijan turki yang besar dan enak dimakan

Roti simit yang besar dan lembut

Roti turki ni selalu keluar kat Youtube channel wanita Turki yang saya follow. Keluar juga kat Youtube Refika. Dan kalau pi jenjalan kat Youtube, anda mesti nampak Simit ni kat mana-mana tempat pelancongan di Turki. Roti bijan atau Simit, kira macam roti jalanan mereka yang femes. Boleh makan begitu sahaja atau letak dengan jem or mentega atau cicah air. 


Kalau nak rasa makanan turki original kat Malaysia, anda boleh cuba makan di Restoran Istanbul Cafe di Damansara. Everything kat situ memang masakan Turki. InsyaAllah sedap. Ini resipinya jika anda nak buat.


Bahan:

1 cawan air suam

1 sudu besar yis 

1 1/2 sudu besar gula kastor 

200ml susu suam 

1/4  cawan minyak sayuran 

1 biji telur saiz A 

2 sudu kecil garam 

5 - 6 cawan tepung gandum 


Untuk air salutan simit:

1/2 cawan air suam 

2 sudu kecil molases 

1/2 -1 cawan bijan 

Pintal seperti ini dan kemudian sambung/kepitkan hujung dua roti ke dalam bulan atas

Penyediaan

  1. Dalam satu bekas, masukkan air suam, yis dan gula kastor. Kacau sebentar dan biarkan selama 5 minit. Selepas 5 minit, masukkan susu dan minyak sayuran. Kacau dan masukkan dalam mangkuk besar. 
  2. Pecahkan sebiji telur dalam adunan tadi dan kacau sebentar. Masukkan pula tepung gandum secawan demi secawan agar mudah digaul. Masukkan juga garam. Gaul hingga mesra. Jika agak lembik, tambahkan sedikit demi sedikit tepung gandum agar ia perlahan-lahan menjadi doh. 
  3. Taburkan sedikit tepung di atas meja menguli dan letakkan doh tadi ke atas tepung. Uli doh sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan. Rehatkan doh dalam mangkuk besar dan tutup dengan kain selama 1 jam.  
  4. Sambil menunggu doh mengembang, sangai sebentar bijan di dalam kuali tanpa minyak. Selepas selesai, ketepikan. Kemudian, buat air salutan simit sebelum dibakar. Dalam satu bekas, campurkan air dan moleses. Kacau hingga sebati.
  5. Uli semula doh yang sudah naik sekali ganda. Bahagikan kepada dua doh besar. Kemudian, dari dua doh besar, pecahkan jadi empat bahagian. Dari empat bahagian, setiap satunya diuli memanjang dan dipintal kemudian disambungkan hujung ke tengah roti. Buat sehingga habis adunan doh. Rehatkan setiap doh dalam 10 minit. 

Doh berpintal bulat yang dah kembang itu disalutkan dengan air molases.

  • 5. Uli semula doh yang sudah naik sekali ganda. Bahagikan kepada dua doh besar. Kemudian, dari dua doh besar, pecahkan jadi empat bahagian. Dari empat bahagian, setiap satunya diuli memanjang dan dipintal kemudian disambungkan hujung ke tengah roti. Buat sehingga habis adunan doh. Rehatkan setiap doh dalam 10 minit.  
  • 6. Setelah itu, sediakan loyang membakar (boleh letak baking paper jika suka). Doh berpintal bulat yang dah kembang itu disalutkan dengan air molases dan kemudiannya bijan sekeliling. Selepas itu, regangkan sedikit dan letakkan doh bijan ke atas rak pembakar. Jarakkan sedikit takut ia mengembang. Siapkan semua doh seperti tadi. Rehatkan lagi dalam 20 minit. 
  • 7. Panaskan oven pada suhu 200C dan kemudian masukkan simit. Bakar lebih kurang 20 minit. Jika guna oven besar, setiap loyang berikan 10 minit untuk tukar atas ke bawah. Bakar sehingga simit berwarna perang keemasan. Setelah masak, biarkan sebentar dan bolehlah dimakan. 

Sea Bass Stew gaya masakan Turki

Semalam, dok le tilik-tilik buku resipi makanan turki. Tetiba nampak resipi sea bass stew. Teringat kak ipar kasi ikan salmon. Apalagi, harini dapat le buat menu oversea masakan Turki.


Bahan:
1 filet ikan salmon didadu kasar
4 biji tomato didadu
4 tangkai cili hijau dihiris atau 1 biji cili benggala didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 pek cendawan tiram disiat kasar
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak / zaitun
1 sudu besar mentega
3 sudu besar keju mozzarella/cheddar 


Penyediaan:
1. Panaskan oven suhu 180° api atas bawah. Masukkan ikan, tomato, cili, cendawan dan bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Dalam mangkuk kecil, satukan minyak, bawang putih dan garam. Kacau. Kemudian, tuang ke dalam bekas membakar. Masukkan campuran ikan dan sayur tadi di atasnya dan taburkan keju. Letakkan mentega pada bahagian atas tengah bahan. 

 3. Masukkan dalam oven & bakar selama 15-20 minit atau sehingga keju di atasnya keemasan. Siap. 

Resipi Imam Bayildi Turki

Imam Bayildi dari Turki yang mudah dimasak.

Kali ni saya nak kongsi resipi makanan Turki yang agak popular juga, namanya Imam Bayildi (Imam pengsan). Katanya, bila seorang imam di zaman awal Turki Uthmaniyah makan resipi terung bakar ni, dia rasa sedap sangat sehingga jatuh pengsan bila menikmati kesedapannya. Maka, teruslah nama menu ni melekat sempena kejadian imam tu. Entah benar atau tu, wallahu a'lam. 


Bahan untuk menu ni insyaAllah senang dapat dan murah. Cuma jika tiada minyak zaitun, boleh guna minyak sayuran. Masakan Turki kebanyakannya memang banyak menggunakan minyak zaitun berbanding minyak lain. 


Bahan-bahan:

4 biji terung panjang

4-5 tangkai cili hijau

2 biji tomato

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

Minyak zaitun

1/4 cawan air

Garam dan lada hitam secukup rasa

Sadurkan terung dengan minyak zaitun dan garam

Penyediaan:

1. Panaskan oven pada suhu 170c. Potong kulit terung secara berselang. Ini bagi memudahkan isi terung dalam masak. Setelah siap, basuh terung dan kemudian lap kering dengan tisu dapur. Letakkan terung atas tray besar dan kemudian sadurkan dengan minyak zaitun dan garam. Masukkan tray berisi terung dalam oven dan bakar sehingga terung menjadi separuh lembut.

2. Sementara menunggu terung masak, kita sediakan inti Imam Bayildi. Hiris bawang besar dan bawang putih. Hiris nipis cili hijau. Dadukan tomato tapi buang isi tengah yang berair tu.  

3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak zaitun. Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan kacau sebentar dan kemudian masukkan bawang putih. Kacau mesra. Masukkan pula cili hijau, kacau sekejap dan masukkan tomato pula. Gaul mesra. Masukkan air. Kacau sebentar dan taburkan lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sebentar. Siap. Angkat.  

Setelah masak, hidangkan di atas piring besar yang berisi puree tomato dan taburkan dengan daun oregano atau parsli.

4. Setelah terung masak, letakkan atas pinggan besar dan kopek tengah terung dengan sudu dan garfu. Jangan kopek hingga habis ke bawah, setengah aje. 

5. Masukkan inti tomato cili tadi ke tengah terung. Kira macam terung sumbat dah ni. Letakkan dalam loyang kembali. Siapkan semua terung. Bakar kembali dalam oven selama 10 - 15 minit (bergantung pada saiz terung). 

6. Setelah masak, hidangkan di atas piring besar yang berisi puree tomato dan taburkan dengan daun oregano atau parsli. Siap untuk dimakan. 

Patatesli Yumurta @ eggs potatoes

Patatesli yumurta atau dikenali sebagai egss with potatoes

Patatesli Yumurta @ Eggs with potatoes.
Makanan Turki ni macam telur dadar di Malaysia cuma letak kentang dan rempah. Dan rupanya lebih kurang seperti frittata, menu barat.


Tq Aysenur Altan dari @turkishfoodtravel untuk resipi masakan Turki yang mudah ni.


Bahan:

1 biji kentang besar, dibuang kulit & dipotong dadu

3 biji telur saiz A

2 sudu besar minyak zaitun

sedikit garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili, oregano atau apa sahaja yang anda suka


Penyediaan:

1. Panaskan minyak dalam kuali leper. Setelah minyak panas, masukkan kentang. Masak hingga ia separuh masak & tutup atasnya dengan penutup periuk. Kacau sekali sekala. 

masukkan adunan telur tadi serata kentang.

2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan oregano. Kacau hingga semua mesra.  

3. Angkat penutup periuk dan masukkan adunan telur tadi serata kentang. Guna api perlahan untuk masakkan telur dan kentang. 

4. Setelah bahagian bawah masak, perlahan-lahan pindahkan telur tadi ke atas pinggan besar dan kemudian masukkan balik ke dalam kuali dengan menelangkupkan bahagian yang belum masak. Biarkan ia masak selama 3-4 minit dan barulah angkat ke dalam pinggan untuk dihidang.  Makanan Turki ini enak dimakan dengan roti atau dinikmati begitu sahaja.

Do not indulge in backbiting. Nor should you pry into or publicize the failings of others. Whoever is guilty of it will be treated likewise by God - and he is bound is to be disgraced publicly.


Narrated by Abu Daud

Pide Turki @ pizza Turki

Pide, Pizza Turki versi panjang

Pidë Turki @ Pizza Turki. Ternampak IG @akudanistanbul . Entah macam mana, tetiba nampak YouTube channel @refikabirgul tentang masakan makanan Turki. Apalagi, layan kejap. Dan tetiba tertonton dia buat pidë. Jadi, gigihlah saya belajar membuat roti turki yang satu ni.

Ni resipi roti masakan Turki jika nak buat. Lebih kurang pizza biasa makan cuma tak letak sos tomato & bentuknya seperti sampan.

Bahan doh:
1/2kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
300ml air suam

Bahan topping:
300gm keju mozzarella
100gm keju Cheddar
200gm daging cincang
7-9 biji tomato kecil belab dua
1 biji tomato besar dibuang kulit dan didadu
Beberapa helai daun selasih (basil)
2 batang hotdog dihiris
1/2 biji cili benggala didadu
Lada hitam
Cili kisar
Sedikit garam jika nak ada rasa pada inti daging 

Learn more
Bahan-bahan membuat topping pide.

Penyediaan:
1. Semua bahan doh dicampurkan dan diuli seperti membuat doh pizza. Setengah kilo tepung akan dapat dalam 7 keping pide. Rehatkan doh selama 1/2 jam.
2. Untuk inti daging, masukkan daging cincang, tomato didadu, cili benggala, lada hitam, cili kisar dan garam. Gaul dan ketepikan. 

3. Sediakan dulang lebar tapi kali ni, guna belakang dulang sebab doh dia lebar memanjang. Panaskan oven pada suhu 240°, api atas bawah.
4. Ambil sebiji doh yang dah kembang dan uli doh memanjang guna pencanai. Letakkan doh di atas papan leper atau boleh juga letak terus di belakang tray. Sudukan inti daging ditengahnya. Kemudian, lipat / kelepet tepi doh pizza kelilingnya. Buangkan baki tepung keliling doh dan taburkan sedikit keju di tengahnya. 

Lipat tepinya selepas taburkan inti. Kemudian taburkan keju atasnya.

5. Bakar pidë selama 8-10 minit atau sehingga roti Turki ini berwarna kuning keemasan. Sebaik keluar dari oven, sapukan mentega di keliling tepi pidë agar nampak lebih berkilat. Ia juga bagi menaikkan warna dan rasa. Siap untuk dihidang untuk dinikmati masakan turki berasaskan roti ini. 

Uganda Rolex

Roti rolex street food Uganda yang popular

Orang Uganda suka makan Rolex gais. Mereka makan Rolex kat tepi jalan, kat rumah dan di mana sahaja. Tak kira masa. Rolex ni bagi mereka, celah gigi aje. Murah.  Rolex ni kalau ikut kita, lebih kurang macam roti john aje. Cuma mereka guna roti capati. Lepas tu, ada yang letak daun ketumbar. Tapi dek kerana saya tak suka daun ketumbar, saya ganti dengan daun sup. Wangi... Ini resipinya. 

Bahan-bahan asas membuat rolex Uganda

Bahan:

1. 3 keping capati atau apa sahaja roti saiz bulat 

2. 6 biji telur saiz A

3. 1/2 biji bawang besar dipotong dadu

4. 1 biji tomato saiz sederhana dipotong dadu

5. Sedikit daun sup dihiris kasar

6. Secubit garam

7. Sedikit minyak untuk dioles atas kuali leper

8. Kuali leper

Curah adunan telur tadi ke atas kuali. Ratakan telur agar masak sekata.

Penyediaan:

1. Panaskan kuali leper atau mendatar guna api sederhana. Oleskan sedikit minyak atasnya. 

2. Dalam cawan sedikit tinggi, masukkan sedikit tomato, bawang, daun bawang, garam dan 2 biji telur. Kocak hingga adunan mengembang.

3. Curah adunan telur tadi ke atas kuali. Ratakan telur agar masak sekata. Biarkan telur separuh masak dan kemudia baru letakkan roti capati atau apa aje roti lebar yang ada. Tekan-tekan sedikit agar roti melekat pada telur. Boleh pusing-pusingkan dengan tangan roti dan telur tu agar ia betul-betul melkat (macam dalam Youtube).

4.  Setelah melekat dan pasti masak, angkat perlahan-lahan ke atas pinggan besar atau papan pemotong. Saya guna cara, pinggan makan yang besar saya telangkupkan atas roti & perlahan-lahan terbalikkan kuali ke pinggan tersebut. Lebih kurang macam buat nasi pataya. Jika roti anda kecil, rasanya mudah aje angkat dan terbalikkan. 

5. Lepas terbalikkan, perlahan-lahan gulung roti dan telur sehingga hujung. Itu sebab nama makan ni Rolex kerana konsepnya Roll Eggs. Tapi saya tahu, orang Malaysia mana mungkin tak makan dengan sos atau mayonis. Jadinya, dalam mangkuk kecil, anda sediakan campuran sos dan mayo untuk dicicah. Siap Rolex yang boleh dimakan.  


Copyright © 2025 Alfimohd - All Rights Reserved.


Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept