Mi, bihun, laksa dan kueh tiaw sangat sinonim dengan rakyat Malaysia tak kira kaum dan bangsa. Dari Semenanjung hingga ke Sabah, bahan ini dimasak dengan pelbagai cara dan resipi.
Resipi ni saya cuba bila tengok YouTube dari @globalgibbon . Lepas dia promo apa yang best kat Kuching, dia pi lepak makan kat restoran kawan dia. Kawan dia pula, baik hati, tunjuk cara masa kueh tiaw goreng gaya orang Sarawak.
Bahan:
1 pek kueh tiaw
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 batang fish cake / boleh letak fish ball / kerang / ayam
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
1 genggam daun kucai dipotong
1 genggam taugeh (jika suka)
1/2 batang cili merah dihiris
1 sudu besar lada sulah/lada putih
Sedikit minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panas sedikit minyak. Masukkan kueh tiaw ke dalam kuali. Kacau seketika dan masukkan kicap manis. Kacau hingga mesra dalam 1-2 minit. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian, masukkan sedikit minyak dalam kuali tadi. Setelah panas, masukkan bawang merah dan bawang putih. Gaul sekejap dan masukkan pula hirisan fish cake/ fish ball/ayam. Masak sebentar. Kemudian, masukkan 2 biji telur dan masak seketika.
3. Setelah telur masak, masukkan kueh tiaw tadi ke dalam kuali. Masukkan juga kicap cair, kicap pekat, lada sulah dan cili merah. Kacau lagi dan kemudian masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau sebentar dan siap untuk dihidang.
Ni semua gara-gara rancangan best in the world kat YouTube. Terjebak nak cuba resipi mi rebus.
Alhamdulillah sedap sangat resipi @matgebu yang ambil di web tiffinbiru.
Bahan:
3 biji keledek oren yang telah direbus dan dilecek
2 cawan kentang yang telah direbus dan dilecek
1 liter air rebusan daging (guna kiub pati daging maggi je)
1 sudu besar tepung jagung*
1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
Garam dan gula secukup rasa
Air panas secukupnya
1/3 cawan minyak masak
Bahan kisar halus:
1 genggam udang kering, cuci dan rendam dalam air panas
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
12 tangkai cili kering dan rendam dalam air panas, toskan
Bahan tepung rangup:
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
1 cawan air
1 sudu kecil garam
1/2 camca teh serbuk kunyit
Bahan lain:
2 pek mi kuning, dibasuh dan dicelur sebentar
2 keping tauhu digoreng dan dihiris
1 genggam taugeh
6 biji telur rebus
5 biji limau kasturi
Hirisan cili merah, hijau dan daun bawang
Penyediaan:
UNTUK KUAH MI REBUS :- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkuas dan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak. Masukkan air rebusan daging. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tambah keledek dan kentang yang dilecek tadi. Kacau rata dan masak hingga menggelegak. Tambah air panas jika perlu. Perasakan dengan garam & juga gula. Kacau & masak sekejap. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masak hingga kuah pekat.
UNTUK TEPUNG RANGUP :- Masukkan udang kering ke dalam pengisar, tuang air dan kisar halus. Masukkan tepung beras, garam dan serbuk kunyit, kisar lagi hingga semua sebati. Panaskan minyak untuk goreng terendam, pastikan minyak betul-betul panas. Gunakan senduk, ceduk bancuhan tepung rangup tadi dan curahkan ke dalam minyak panas. Kacau dengan sudip yang jarang. Masak dengan api sederhana hingga tepung garing, angkat & toskan. Letak atas tisu & biarkan minyak terserap. Buat hingga selesai.
Rezeki baru saya dapat cuba resipi mi menu baru dari web tiffinbiru.
Bahan:
200 gram mi kuning
2 ekor sotong, hiris bulat
10 ekor udang dibuang kepala
1 keping dada ayam di potong dadu
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dicincang
3 tangkai sawi batang pendek dikerat kasar
2 biji telur, dipukul sedikit
3 sudu besar minyak masak
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram JALEN
1 camca besar sos cili JALEN
2 canca besar kicap pekat JALEN
2 sudu besar kicap cair
2 cawan air rebusan tulang (guna kiub pati lembu)
Hirisan cili merah & bawang goreng untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah & bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan ayam dan kacau mesra. Biarkan seketika dan baru masukkan udang serta sotong. Gaul mesra.
2. Masukkan sos tiram dan sos cili, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. Masukkan telur dan biar hingga telur kental, hancurkan dan gaul rata. Masukkan kicap pekat, kacau dan masukkan mi kuning. Gaul mesra.
3. Masukkan sawi, kacau lagi dan perasakan dengan kicap cair. Akhir sekali tuang air rebusan tulang. Kacau dan masak sebentar. Matikan api dan letakkan dalam mangkuk besar. Hias dengan hirisan cili merah & bawang goreng.
Ternampak resipi mi segera ni di YouTube @sheilarusly_jspictures . Jadinya, inilah sarapan pagi hari yang baru dan enak yang sudah dicuba.
Ini resipinya.
1 bahagian dada ayam dihiris nipis
3 paket maggi kari
3 sudu besar minyak masak
1/2 biji bawang holland dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu cili kisar
2 sudu besar sos cili
3 cawan air
3 biji telur
2 batang fish cake dihiris kasar
1 batang sayur saderi dihiris
2 tangkai cili padi merah dan 2 sudu bawang goreng (hiasan)
Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang holland & bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Masak hingga sedikit garing.
2. Masukkan pula perencah maggi kari dan sos cili. Kacau hingga mesra. Masukkan pula ayam. Kacau seketika dan masukkan air. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan fish cake. Masak sebentar dan masukkan maggi mee. Masukkan juga telur sebiji demi sebiji, batang saderi dan salad. Kacau perlahan-lahan dan tutup dengan penutup kuali. Biarkan ia masak selama 2 minit baru diangkat penutupnya. Kacau perlahan dan tutup api. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan dengan cili padi dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.
Bila dapat makan laksa sarawak yang sedap kat Sarawak sendiri, memang puas hati. Dan bila balik semenanjung, haruslah cuba masak untuk family pulak kan. Dan inilah hasilnya. Alhamdulillah adik dan mak saya suka. Nak mudahkan masak, pastikan beli pes laksa sarawak. Sebab bahan2 dalam pes memang dah menjimatkan masa & cukup rempahnya. Ini resipi laksa dari Sarawak.
Bahan:
1 bungkus mihun dicelur & toskan
300 g pes laksa sarawak
15-20 ekor udang dikupas (jangan buang kepala udang tu. Nak guna masa rebus), cuci dan masak tanpa minyak atas kuali.
4 ketul ayam
2 liter air (1 liter untuk rebus dan 1 liter untuk masak pes)
400ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sampingan:
4 biji telur, dibuat dadar nipis, gulung & hiris halus
250g taugeh dicelur dan ditoskan
1 ikat bakchoy dikerat kasar & dicelur
1 pek fishcake & fishball dicelur & toskan
Belahan limau kasturi
Sambal belacan @ sambal nasi lemak
Penyediaan:
1. Rebus ayam dan kepala udang dengan 1 liter air sehingga ayam lembut. Toskan air rebusan dalam periuk lebih besar & ketepikan ayam untuk disiat. Letakkan periuk air rebusan tadi atas dapur dan masak hingga menggelegak. Setelah menggelegak, masukkan pes laksa sarawak dan masak pada api sederhana selama 1/2 jam.
2. Selepas itu masukkan santan dan kacau hingga mendidik. Jika mahu pekat, boleh tambah santan 100ml lagi. Jika nak cair, tambah air sedikit. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.
3. Cara penyediaan dalam mangkuk mi pula, letakkan bihun dalam mangkuk. Letakkan udang, fishball, fishcake, hirisan telur dadar, taugeh, bakchoy dan hirisan ayam keliling bihun. Letakkan sesudu sambal dan setengah biji limau kasturi di tengah bihun. Tuangkan kuah laksa sarawak di dalam mangkuk. Siap dimakan.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Ternampak resipi mi segera ni di YouTube @sheilarusly_jspictures . Apalagi, saya pun cuba. Alhamdulillah, Allah beri sedap.
Bahan:
6 paket maggi kari
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8-10 ulas cili padi
4 sudu besar cili giling
4 cawan air
4 biji telur
1 keping fish cake dihiris
1 ikat sawi dipotong kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Tumbuk atau kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan cili giling dan kacau hingga mesra. Masak seketika. Kemudian, masukkan perencah maggi semua. Kacau.
3. Masukkan air, kacau dan biarkan masak hingga mendidih. Masukkan pula maggi ke dalam kuah dan kacau perlahan-lahan.
4. Masukkan telur satu persatu ke dalam kuali. Masukkan juga fish cake. Waktu ini, kacau perlahan-lahan agar telur tidak terlalu pecah. Masukkan sayur. Kacau sedikit & bila lihat mi segera telah lembut, tutup api dan siap dihidang.
Resipi ni saya ambil dari YouTube @che_nom . Memang sedap. Kak ipar, suami dan mak mertua pun suka. Saya guna apa aje ada di dapur.
Bahan kueh tiaw:
1 bungkus kueh tiaw dibasuh bersih
2 sudu besar minyak masak
4 sudu besar kicap manis
Bahan kuah:
3 sudu minyak masak
8 ekor udang saiz sederhana
4 ulas bawang putih didadu
2 bahagian isi ayam didadu besar
1 sudu kecil lada sulah
5 tangkai cili padi kerat dua
1 batang lobak merah dihiris & potong dua
2 batang sayur bok choy
2 sudu besar sos tiram
5 cawan air
1 kiub pati ayam
1 ekor sotong saiz sederhana dihiris kasar
Garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan air
1 biji telur
1 biji tomato potong 6
Jika suka pedas, boleh buat cili kicap
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian, masukkan kueh tiaw dan kacau sebentar. Masukkan kicap manis. Kacau hingga sekata dan tutup api. Letakkan dalam bekas hidangan.
2. Untuk kuah, panaskan minyak lagi dalam kuali. Masak sebentar udang hingga separuh masak. Kemudian keluarkan udang. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan isi ayam. Kacau sebentar. Masukkan lada sulah & kacau seketika. Masukkan pula cili padi, lobak merah, batang sayor bok choy dan sos tiram, kemudian kacau hingga mesra. Masukkan air. Kacau & masak hingga mendidih sedikit.
4. Masukkan kiub ayam, sotong & garam secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan pula 3-5 sudu air tepung jagung yang siap dibancuh. Letak hingga kuah mendapat kepekatan yang dimahukan.
5. Masukkan telur. Kacau perlahan-lahan. Masuk tomato, udang dan sayur bok choy. Kacau sebentar dan tutup api. Siap untuk dihidang dengan kueh tiaw kicap tadi.
Resipi laksa ini saya dapat di web @matgebu . Kita ambil purely dari orang Johor. Alhamdulillah menjadi.
Bahan:
300gm ikan tenggiri
400gm ikan kembong
150gm isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 sudu besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 sudu besar kerisik
1/2 inci lengkuas dititik
3 keping asam gelugor
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar ketumbar serbuk
1 sudu besar jintan manis serbuk
1 1/2 liter santan kelapa / 500ml santan kotak (tambah air sampai dapat 1.5 liter)
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Garam dan gula secukup rasa
Ulaman:
Kacang panjang, dihiris halus
Limau kasturi dibelah dua
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus
5 biji telur rebus
Bahan lain:
Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan
Penyediaan:
1. Satukan rempah kari, ketumbar , jintan manis, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata, ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata & mesra. Biar mendidih.
3. Masukkan kerisik, asam gelugor, bunga kantan dan daun kesom. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam dan gula secukupnya. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
4. Rebus spaghetti hingga al-dante. Tapis dan kemudian boleh dihidang dengan kuah laksa.
Menu feveret kami sekeluarga selepas dapat resipinya dari kakak indonesia berniaga tepi jalan.
Bahan:
3 sudu besar minyak masak/zaitun
1.5 liter air stok ayam (guna kiub)
2 ketul ayam goreng dipotong kasar
2 keping fish cake, dihiris
4 batang cili besar merah dan hijau, dipotong kasar
1 batang lobak merah dihiris
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1 ikat sawi batang pendek, dipotong kasar
4 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil kicap pekat
3/4 sudu kecil lada hitam
4 sudu sos cili
1 sudu besar tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga mesra)
4 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan lain:
500 g kuey teow
1 sudu besar minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan putih hingga wangi, masukkan lobak merah, kacau sebentar. Masukkan air 1 cawan. Masak hingga air mendidih.
2. Kemudian, campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok ayam. Kacau sesekali dan biar mendidih.
3. Masukkan ayam goreng, fish cake dan cili. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau hingga mesra.
4. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam kuah. Kacau perlahan-lahan agar telur pecah. Masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika dan bila nampak kuah sedikit memekat, dah boleh tutup api.
5. Untuk kueh tiaw, panaskan kuali berisi air dan sesudu kecil minyak bijan. Bila air mendidih, masukkan kueh tiaw. Kacau seketika. Matikan api & toskan kuey teow. Siap untuk dihidang.
Ini antara menu yang mudah masak dan cepat penyediaannya. Kat rumah ni, Alhamdulillah suka menu begini. Two In One. Kueh tiaw ada, mi pun ada.
Bahan:
500gm kueh teow
250gm mi kuning
1 cekak kucai, potong pendek
1 genggam taugeh
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih dihiris
7 ketul fish ball dipotong 3
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 ketul tauhu putih
Garam secukup rasa
Cili merah dan hijau untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar dan goreng seketika. Masukkan pula sos tiram dan sedikit air, kacau dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan pula fish ball. Masak sebentar dan kemudian ketepi bahan di tepi kuali, masukkan telur dan biar telur sedikit masak dan hancurkan.
3. Masukkan kicap manis, kicap pekat dan kicap cair serta sedikit air. Kacau rata dan masak hingga sedikit pekat. Letakkan kueh teow, mi kuning, taugeh dan daun kucai, gaul rata. Rasa dan jika kurang masin, masukkan sedikit garam. Gaul rata dan siap. Hidang dengan hirisan cili atau bawang goreng.
Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad
Sarapan paling pantas dibuat, kueh tiaw sup bebola daging.
Sedap, mudah, kenyang. Sesuai untuk yang kejar masa.
Bahan:
1 pek kueh tiaw
12-15 biji bebola daging
5-7 biji fishball
3 batang saderi dihiris
4-5 biji telur rebus
1 biji tomato dipotong 6
1 genggam taugeh
1.5 liter air
1 kiub maggi daging
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar minyak untuk menumis
20 tangkai cili padi
Kicap
Garam & gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Kemudian tumis bawang besar & bawang putih. Setelah naik bau, masukkan air. Biarkan air sehingga mendidih.
2. Sementara tunggu air mendidih, celur kueh tiaw dan taugeh dengan air panas seketika, toskan. Dan untuk cili kicap, masukkan dalam pengisar, cili padi, kicap dan sesudu besar gula. Kisar dan masukkan dalam mangkuk. Selepas itu, rebus telur di dapur sebelah.
3. Setelah air mendidih, masukkan bebola daging. Masak seketika dan kemudian masukkan fish ball, batang saderi dan kiub daging. Kacau dan biarkan seketika.
4. Masukkan garam secukup rasa. Jika dah ok, tutup api dan masukkan tomato. Kacau sebentar dan siap untuk dihidang.
Mi bandung makanan laut memang feveret saya. Tapi jika ada ahli keluarga yang tidak suka, boleh ganti dengan ayam atau daging. Cubalah resipi mi ni.
Bahan:
2 bungkus mee kuning dicelur
10 ekor udang basah
12 biji bebola ikan
1/2 cawan kacang tanah digoreng & kemudian kisar
1 ikat sawi
Hirisan dada ayam
1.5 liter air rebusan daging (guna aje 2 kiub daging)
8 biji telur
Gula & garam
Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Bahan hiasan:
2 keping tauhu goreng dihiris
Bawang goreng
Cili merah dihiris
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang, hirisan ayam dan sotong. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk. Jangan kacau agar telur tidak pecah. Biarkan telur masak. Akhir sekali masukkan sawi.
4. Kacau seketika dan tutup api. Curahkan kuah di atas mi. Hiaskan dengan bahan hiasan. Siap.
Bihun goreng kegemaran saya dan suami. Kami boleh habiskan setengah paket sehari untuk makan berdua aje.
Bahan:
1/2 paket bihun yang direndam & lembut
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 sudu besar cili giling
1/3 cawan air
2 sudu besar sos tiram
5-6 sudu besar kicap lemak manis
2-3 sudu kicap pekat
2 sudu kicap cair
1 batang fish cake dihiris
3-4 batang fish ball dipotong 3
1 biji telur
2 batang sawi pendek dipotong
Sedikit minyak untuk menumis
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar. Kacau seketika dan masukkan pula bawang putih. Kacau hingga naik bau dan sedikit garing. Masukkan cili giling. Kacau sebentar dan masukkan air. Kacau dan biarkan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, kicap lemak manis, kicap pekat dan kicap cair. Kacau hingga mendidih. Masuk fish cake dan fish ball. Kacau seketika. Masukkan pula telur. Setelah separuh garing telurnya, masukkan bihun dan sawi. Kacau hingga mesra. Jika tawar, masukkan kicap cair atau sedikit garam. Kacau sebentar dan sedia untuk dihidang.
Laksa asam resipi mertua. Resipi yang sangat mudah.
Bahan kuah:
1 tin ikan sardin
7 keping asam gelugor
1 kuntum bunga kantan, dibelah 4
1 genggam daun kesom
1 batang serai, diketuk
1 liter air
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar halus:
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
1 inci belacan
5 batang cili merah
1 liter air
Bahan lain untuk laksa:
1 pek laksa kering yang direbus
5 biji telur rebus
1 batang timun diracik
1 biji bawang besar didadu/dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
6 helai daun salad dipotong kasar
5 biji limau kasturi dibelah dua
Penyediaan:
1. Sediakan periuk dan masukkan bahan-bahan kisar halus, serai & asam gelugor. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
2. Masukkan sardin tin dan air dalam pengisar. Kisar hingga halus. Kemudian, masukkan isi ikan, daun kesom & bunga kantan ke dalam periuk tadi. Kacau rata & biarkan mendidih pada api sederhana selama lebih kurang 15 minit.
3. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap & rasa, jika ok dan masukkan laksa dalam mangkuk dan ceduk kuahnya. Hidangkan bersama bahan sampingan lain.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.