Ini saya sharekan resipi ayam tak lapuk dek hujan sampai bila-bila. Raya atau tidak, still on aje orang makan. Kiranya, menu ayam ni orang Malaysia memang suka.
Bahan:
1 ekor ayam goreng
2 kotak santan kotak - saiz kecil
2 sudu besar kerisikMinyak untuk menumis
Garam secukup rasa
1-2 sudu besar gula
2 keping asam keping
Bahan hiris:
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 helai daun kunyit - 1 helai dihiris halus
Bahan kisar:
2 senduk cili kering kisar
10 biji bawang merah
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris sehingga kekuningan, masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api sederhana. Kerapkan mengacau. Bila menggelegak dengan jayanya, masukkan ayam goreng. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
3. Masukkan garam, gula, gula Melaka (jika ada stok) & asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan dan kerisik.
4. Kacau hingga mesra dan tutup api. Hidangkan dalam mangkuk besar dan taburkan hirisan daun kunyit. Peminat ayam, pasti capai senduk cepat-cepat bila nampak menu oldies ni.
Ini versi saya setelah mencubanya dari perkongsian Youtuber di Youtube yang popular satu waktu dahulu. Menu ayam ni saya kenal bila viral. Jadinya, saya cuba resipi ayam ni. Mudah aje rupanya.
Bahan:
1 ekor ayam dibelah 14 cuci bersih
1 sudu besar lada hitam
2 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam masala
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar minyak zaitun (selalu orang guna minyak sapi)
2 batang kayu manis
5 bunga cengkih
5 biji buah pelaga
7 biji bawang kecil dihiris / 1 biji bawang besar dihiris
2 sudu kecil garam (secukup rasa)
1/2 cawan air
1 sudu kecil gula
Penyediaan:
1. Masukkan lada hitam, jintan manis, jintan putih, halia, bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar halus.
2. Kemudian, masukkan bahan kisar ke dalam bekas berisi ayam. Gaul. Masukkan pula serbuk ketumbar, serbuk cili dan garam masala. Gaul sehingga mesra dan perap selama 1 jam.
3. Selepas itu, masukkan minyak zaitun / minyak sapi ke dalam kuali panas. Tumis seketika kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan masukkan bawang kecil. Gaul hingga bawang lembut dan naik bau.
4. Masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali. Masak seketika dan masukkan garam. Gaul ayam hingga mesra lebih kurang dalam 6-8 minit.
5. Masukkan 1/2 cawan air dan kacau sekali lagi ayamnya lebih kurang 1-2 minit. Kemudian, tutup ayam tersebut dengan penutup periuk bagi memastikan ayam masak sekata dan berjus. Guna api kecil. Biarkan ia masak dalam 10 minit. Selepas itu, angkat tutup periuk dan kacau ayam hingga mesra. Masukkan gula dan kacau lagi beberapa ketika. Siap untuk dihidang.
Tertengok YouTube @che_nom last week. Kot ada yang nak ngetest, ni resipi ayam che nom. Cuma saya punya, saya letak pewarna merah khas dari India. Jadinya, nampak lebih macam kat kedai mamak. Menu ayam ini memang kegemaran suami bila makan di sana.
Bahan:
1 ekor ayam dicuci bersih
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk lada putih/sulah
3 sudu besar plain yogurt
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 tangkai daun kari dilurut
1/2 cawan air sejuk (letak sedikit demi sedikit)
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan ayam dalam bekas besar. Tumbuk bawang putih & halia dan masukkan dalam bekas berisi ayam. Masukkan pula serbuk kari daging, cili, ketumbar, lada putih, yogurt, garam dan serbuk kunyit ke dalam bekas berisi tersebut. Gaul mesra.
3. Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung dan air sejuk sedikit demi sedikit. Lumur dengan mesra. Pastikan tidak terlalu cair. Masukkan daun kari dan gaulkan pada ayam. Perap selama 4 jam atau semalaman.
4. Panaskan minyak dalam deep fryer ataupun kuali besar. Pastikan minyaknya banyak & masak guna api sederhana. Masukkan dalam 5-6 ketul sekali masak dalam kuali. Setelah nampak masak dan garing, angkat dan goreng baki seterusnya. Selesai masak, hidangkan depan peminat ayam goreng. Confirm mereka meratah.
Resipi ayam panggang kari dan lemon ini mudah, murah, sedap.
Untuk menu ayam ni, paling penting, sebelum salutkan rempah dengan ayam, ayam perlu dilap dengan tisu dapur (kitchen tissue) supaya minyak dan rempah dapat tersalut elok pada ayam.
Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci2 biji kentang dibelah dua
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu besar minyak zaitun
Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat. Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius.
2. Campurkan semua rempah dan garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam dan kentang.
3. Masukkan ayam ke dalam oven. Bakar selama 25-30 minit atau warna kekuningan garing. Selepas itu, keluarkan ayam dan biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dihidang.
Kekadang datang mood masak ke laut, kita buat apa ajelah yang mudah dan jimatkan masa. Jadinya, ini salah satu resipi ayam termudah dari saya. Ada sayur dan ada ayam. Jangan lupa letak kicap bila makan dengan nasi putih.
Bahan:
4 ketul ayam dikerat dua
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 biji bawang besar dihiris
2 ular bawang kecil dihiris
1 cili merah dihiris
3 tangkai daun kari
9 tangkai kacang panjang dipotong-potong
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menggoreng
Penyediaan:
1. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata. Perap dalam 20 minit.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam hingga ayam masak tapi tak perlu garing sangat. Keluarkan ayam dan keluarkan separuh minyak untuk menumis bawang.
3. Masukkan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan daun kari. Gaul rata dan masak hingga semua layu. Kemudian, masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata.
4. Masukkan kacang panjang dan sedikit garam. Masak sekejap hingga kacang masak tapi tidak terlalu lembut. Siap menu ayam termudah.
Riwayat Bukhari dan Muslim
Pertama kali buat sup ayam letak segala macam rempah ni. Selalunya letak bahan asasnya (sup nasi ayam). Rasa sangat lain & bila makan sambil letak bawang goreng, rasanya makin terangkat.
Dan oleh kerana ada baki kuah & ayam sedikit, saya buat bubur nasi. Udahnya rasa dah macam bubur lambuk. Marbeles. TQ @matgebu untuk resipi ayam di web.
Bahan:
1 ekor ayam dipotong 14
1.5 liter air
2 biji kentang dipotong wedges
1 batang lobak merah dipotong 4 & di'wedges'kan
1 camca besar bawang goreng
1 pokok daun sup, dipotong kasar
1 kiub ayam "Maggi"
Air secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang*
Bawang goreng secukupnya*(*untuk hiasan)
A (DIKISAR HALUS)
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 camca teh serbk kunyit
1/2 - 1 camca besar lada hitam biji
1 1/2 camca besar ketumbar biji
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan halus
3 biji buah keras
B (BAHAN TUMIS)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Penyediaan:
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan "B" hingga harum, masukkan bahan "A" dan tumis hingga wangi & terbit minyak. Masukkan ayam , lobak & kentang, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut.
2. Tuang air dan masak dengan api kuat hingga mendidih. Masukkan 1 camca besar bawang goreng dan daun sup yang dipotong kasar. Perlahankana api dan renihkan.
3. Tambah kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Masak hingga kentang empuk. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang serta bawang goreng untuk dihidang. Peminat ayam yang tengah demam atau baru baik demam, sesuai sangat menikmatinya.
Sedap. Itu yang saya rasa bila Rudy berjaya masak resipi ayam goreng ni. Resipinya kami ambil dari FB Mamak Haji Penang. Itupun tepung beras kami tak letak sebab dah habis stok.
Warna merah yang naik dari saduran ayam tu, rempahnya dibeli di kedai rempah area jalan Masjid India. Setin RM5.50 aje. Peminat ayam seperti suami saya memang happy bila dapat cuba menu ayam goreng ni.
Bahan:
1 ekor ayam dipotong 12
4 Sudu besar tepung ubi kayu
2 Sudu besar tepung beras.
1 Sudu besar tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil serbuk kunyit.
2 Sudu besar serbuk Kari Daging.
1/2 sudu kecil serbuk pewarna merah
1 Sudu besar cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar kisaran halus bawang besar 1 biji + bawang putih 4 ulas + Halia 2 inci
3 tangkai daun kari dihiris
Garam secukup untuk dirasa.
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan garam kunyitkan ia seketika. Masukkan serbuk kari, kisaran bawang besar, putih dan halia. Gaul mesra.
2. Kemudian masukkan tepung ubi, tepung beras dan tepung jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari. Gaulkan rata dan dapatkan kelikatan tepung yang sesuai. Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebiji atau sedikit air.
3. Perap ayam dalam 1-2 jam di dalam fridge. Ini bagi memastikan rempah mesra dengan ayam.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api sederhana. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak. Dalam 4-5 ketul sekali goreng. Gorengan biasanya mengambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Jangan masak terlalu lama kerana jus ayam akan kering sewaktu menggoreng. Angkat dan toskan. Goreng baki sehingga habis. Bila selesai, hidangkan menu ayam goreng ini sekali dengan gulai kari atau gulai kurma. Confirm terangkat.
Menu ayam yang confirm kena ada bila makan dengan nasi tomato atau nasi putih. Bertambah nasi orang kata. Jika nak pedas, guna cili kering yang berkilat untuk buat cili kisar. Pasti terangkat. Ini resipi ayam yang ada pasti nak cuba.
Bahan:
Bahan ayam goreng.
1 ekor ayam dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 camca teh garam
Bahan sambal:
1 biji bawang besar dihiris bulat
2 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 camca besar sos cili
2 sudu besar puri tomato
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Garam & gula secukup rasa
1 - 2 cawan air
Bahan kisar halus:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
Penyediaan:
1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu garing. Angkat dan toskan. Ketepi sebentar.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 1/2 cawan. Tumis serai, kayu manis dan bunga lawang hingga wangi. Kemudian, masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
3. Tambah cili kisar dan sos cili. Kacau rata dan masukkan pula puri tomato. Kacau sesekali dan masak hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam, gaul rata. Tambahkan bawang. Perasakan dengan gula dan garam. Jika nak lembab skit, tambahkan air. Jika tak mahu, gaul seketika dan siap untuk dihidang.
Resipi ayam kali ni, adik ipar saya, tukang masak yang kongsikan. Bila guna resipi dan teknik dia ni, rasa rumah dah bertukar jadi kedai nasi kukus pulak.
Aroma rempah ratus, ketumbar, memang membangkit selera. Yang bukan peminat ayam pun mesti nak rasa sikit.
Bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut saiz disukai
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 sudu besar serbuk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
7 batang serai
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
3 tangkai daun kari
Sedikit air untuk kisar bahan
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan ke dalam pengisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sedikit air. Kisah hingga 90% lumat. Tips penting: Tapis bahan kisar ini dan masukkan hanya bahan kisar tanpa air ke dalam mangkuk berisi ayam.
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, rempah kari dan 1 tangk
Penyediaan:
1. Masukkan ke dalam pengisar bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih dan sedikit air. Kisah hingga 90% lumat. Tips penting: Tapis bahan kisar ini dan masukkan hanya bahan kisar tanpa air ke dalam mangkuk berisi ayam.
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, rempah kari dan 1 tangkai daun kari dalam mangkuk ayam. Gaul kesemua bahan. Perap sekurangnya 2 jam.
3. Bila hendak menggoreng, panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Tips penting: Goreng ayam sahaja tanpa bahan kisar rempah ratus tadi. Setelah semua ayam siap digoreng, barulah goreng bahan kisar lumat tadi. Goreng guna api sederhana dan masukkan baki daun kari tadi ketika menggoreng. Goreng sehingga warna bertukar menjadi coklat. Angkat dan tapis.
4. Setelah minyak tersejat, taburkan rempah goreng tadi ke atas ayam goreng. Hiaskan dengan daun kari dan cili padi. Hidangkan menu ayam goreng ini buat tetamu istimewa atau keluarga tersayang.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.