Resipi mudah pada kos sederhana pasti menggembirakan 'tukang masak'. Kepelbagaian menu masakan inilah meraikan citarasa kita.
Roti popular yang anda boleh buat sendiri di rumah tanpa ke Turki.
Roti popular masyarakat Palestin mudah dimasak dan dinikmati.
Roti rempah popular timur tengah ala pizza yang simple sangat.
Resipi ikan yang sesuai untuk peminat menu bakar ala Turki.
Menu telur yang sesuai untuk sarapan, makan petang mahupun yang sedang diet.
Minuman segar dari Vietnam disukai tua muda.
Enak dimakan dengan apam lenggang mahupun roti serta nasi.
Peminat roti dan kentang patut cuba resipi mudah Tuki ini.
Pizza panjang Turki yang boleh letak apa sahaja toppingnya.
Tak dapat ke Sri Lanka, cuba resipi kari udang yang 'terangkat' ini.
Mudah sahaja masak tosei ini. Semudah ABC.
Jemput-jemput sayur dan berempah versi dari India dan Pakistan.
Muhammad Amin Bin Abdullah (Ustaz Amin)
Antara rezeki yang diberikan Allah bila bersedekah ialah rezeki melimpah-ruah, diselamatkan dari bala, disembuhkan penyakit, dibebaskan dari musuh dan banyak lagi.
Khas buat peminat yang menyukai karya klasik, thriller juga Islamik. You won't regret.
Mutiara kata dari RUMI yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu ini terasa seperti panduan mudah pengubat jiwa.
Jika anda ingin melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan, lakukan sahaja. Mungkin ia bukan sahaja menggembirakan diri sendiri tetapi membantu orang lain.
Ucapkanlah terima kasih kerana ia sangat bermakna buat penerima. Lambang dihargai, diingati dan setiakawan.
Bait-baik peringatan dan motivasi dari Al-Quran, hadis dan kisah dalam buku ini membuatkan diri bahagia bersama-Nya.
Malaysia menawarkan pelbagai aneka jenis makanan dan minuman. Ada masakan goreng, bakar, kukus dan berkuah. Kepelbagaian menu masakan Malaysia ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia menghargai setiap lapisan masyarakat yang ada.
Melalui resipi mudah yang dikongsikan di web ini, diharap kita juga dapat belajar jatuh cinta, tidak takut men
Malaysia menawarkan pelbagai aneka jenis makanan dan minuman. Ada masakan goreng, bakar, kukus dan berkuah. Kepelbagaian menu masakan Malaysia ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia menghargai setiap lapisan masyarakat yang ada.
Melalui resipi mudah yang dikongsikan di web ini, diharap kita juga dapat belajar jatuh cinta, tidak takut mencuba dan menghargai banyak perkara sederhana yang berlaku dalam hidup.Ada ketika, makanan menyatukan kita semua tak kira latar belakang agama, bangsa mahupun budaya.
Islam sejak awal lagi menggalakkan umatnya mengembara, menimba ilmu baru, berkenalan dan belajar dari sejarah. Dari pembacaan, timbul minat bukan sahaja untuk mencuba menu masakan Malaysia tetapi juga resipi dari luar. Sebaik berjaya, ia menjadi satu ketagihan untuk menambah koleksi ilmu memasak resipi mudah tidak kira dari negara mana pu
Islam sejak awal lagi menggalakkan umatnya mengembara, menimba ilmu baru, berkenalan dan belajar dari sejarah. Dari pembacaan, timbul minat bukan sahaja untuk mencuba menu masakan Malaysia tetapi juga resipi dari luar. Sebaik berjaya, ia menjadi satu ketagihan untuk menambah koleksi ilmu memasak resipi mudah tidak kira dari negara mana pun. Mencuba sesuatu yang baru itu meningkatkan ilmu dan pengalaman kita.
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."
Buku-buku yang dimiliki dan dikongsikan dalam web ini sejujurnya diberikan 'rating' tinggi secara personal. Dan buku-buku ini ada yang membentuk peribadi saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Membaca membuka mata saya untuk lebih gembira, menghargai, berkongsi ilmu dan memotivasikan diri saat 'down'.
Pernah satu waktu dahulu, saya d
Buku-buku yang dimiliki dan dikongsikan dalam web ini sejujurnya diberikan 'rating' tinggi secara personal. Dan buku-buku ini ada yang membentuk peribadi saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Membaca membuka mata saya untuk lebih gembira, menghargai, berkongsi ilmu dan memotivasikan diri saat 'down'.
Pernah satu waktu dahulu, saya dan adik lelaki berkongsi duit semata-mata hendak membeli komik HongKong dan Jepun yang keluar pasaran setiap awal minggu. Begitu teruk ketagihan kami waktu itu dengan komik kerana ilustrasinya yang cantik dan jalan ceritanya yang sentiasa tak terjangka.
Hingga kini, minat yang satu ini bukan sahaja mampu membuatkan saya membaca buku-buku cerita yang best tetapi telah 'menjemput diri' membaca dan menelaah buku-buku resipi dan motivasi diri pula.
Menulis jurnal kesyukuran merupakan antara terapi saya mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, sudah lebih 3 tahun saya menulis jurnal kesyukuran ini. Rasanya semenjak covid.
Mungkin ada susur galur dalam gen ibubapa atau moyang sebelum ini yang suka menulis, jadi tabiat menulis ini sukar dihentikan. Daripada me
Menulis jurnal kesyukuran merupakan antara terapi saya mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, sudah lebih 3 tahun saya menulis jurnal kesyukuran ini. Rasanya semenjak covid.
Mungkin ada susur galur dalam gen ibubapa atau moyang sebelum ini yang suka menulis, jadi tabiat menulis ini sukar dihentikan. Daripada menulis jurnal akademik sehinggakan ke buku cerita kanak-kanak, nopen, blog hingga ke status di medsos, saya terus menulis. Dan oleh kerana menulis mampu membebaskan jiwa saya untuk berkongsi ilmu, berkongsi kisah menarik, release stress juga mendokumenkan travelog kisah diri, Allah perkenalkan saya dengan gratitude journal atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Jurnal Kesyukuran.
Saya mula menulis jurnal ini dalam buku nota hardcover. Setiap hari saya cuba menulis 3-5 perkara baik yang berlaku kepada diri. Perkara negatif saya tidak tulis kerana tak mahu ia mengganggu emosi. Jika tambahan pun, saya letakkan tajuk, 'Perkara yang dipelajari hari ini'.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.