Roti turki ni selalu keluar kat Youtube channel wanita Turki yang saya follow. Keluar juga kat Youtube Refika. Dan kalau pi jenjalan kat Youtube, anda mesti nampak Simit ni kat mana-mana tempat pelancongan di Turki. Roti bijan atau Simit, kira macam roti jalanan mereka yang femes. Boleh makan begitu sahaja atau letak dengan jem or mentega atau cicah air.
Kalau nak rasa makanan turki original kat Malaysia, anda boleh cuba makan di Restoran Istanbul Cafe di Damansara. Everything kat situ memang masakan Turki. InsyaAllah sedap. Ini resipinya jika anda nak buat.
Bahan:
1 cawan air suam
1 sudu besar yis
1 1/2 sudu besar gula kastor
200ml susu suam
1/4 cawan minyak sayuran
1 biji telur saiz A
2 sudu kecil garam
5 - 6 cawan tepung gandum
Untuk air salutan simit:
1/2 cawan air suam
2 sudu kecil molases
1/2 -1 cawan bijan
Semalam, dok le tilik-tilik buku resipi makanan turki. Tetiba nampak resipi sea bass stew. Teringat kak ipar kasi ikan salmon. Apalagi, harini dapat le buat menu oversea Turki.
Bahan:
1 filet ikan salmon didadu kasar
4 biji tomato didadu
4 tangkai cili hijau dihiris atau 1 biji cili benggala didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 pek cendawan tiram disiat kasar
1 biji bawang besar didadu
4 ulas bawang putih didadu
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak / zaitun
1 sudu besar mentega
3 sudu besar keju mozzarella/cheddar
Penyediaan:
1. Panaskan oven suhu 180° api atas bawah. Masukkan ikan, tomato, cili, cendawan dan bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Dalam mangkuk kecil, satukan minyak, bawang putih dan garam. Kacau. Kemudian, tuang ke dalam bekas membakar. Masukkan campuran ikan dan sayur tadi di atasnya dan taburkan keju. Letakkan mentega pada bahagian atas tengah bahan.
3. Masukkan dalam oven & bakar selama 15-20 minit atau sehingga keju di atasnya keemasan. Siap.
Kali ni saya nak kongsi resipi makanan Turki yang agak popular juga, namanya Imam Bayildi (Imam pengsan). Katanya, bila seorang imam di zaman awal Turki Uthmaniyah makan resipi terung bakar ni, dia rasa sedap sangat sehingga jatuh pengsan bila menikmati kesedapannya. Maka, teruslah nama menu ni melekat sempena kejadian imam tu. Entah benar atau tu, wallahu a'lam.
Bahan untuk menu ni insyaAllah senang dapat dan murah. Cuma jika tiada minyak zaitun, boleh guna minyak sayuran.
Bahan-bahan:
4 biji terung panjang
4-5 tangkai cili hijau
2 biji tomato
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Minyak zaitun
1/4 cawan air
Garam dan lada hitam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 170c. Potong kulit terung secara berselang. Ini bagi memudahkan isi terung dalam masak. Setelah siap, basuh terung dan kemudian lap kering dengan tisu dapur. Letakkan terung atas tray besar dan kemudian sadurkan dengan minyak zaitun dan garam. Masukkan tray berisi terung dalam oven dan bakar sehingga terung menjadi separuh lembut.
2. Sementara menunggu terung masak, kita sediakan inti Imam Bayildi. Hiris bawang besar dan bawang putih. Hiris nipis cili hijau. Dadukan tomato tapi buang isi tengah yang berair tu.
3. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak zaitun. Bila minyak panas, masukkan bawang besar dan kacau sebentar dan kemudian masukkan bawang putih. Kacau mesra. Masukkan pula cili hijau, kacau sekejap dan masukkan tomato pula. Gaul mesra. Masukkan air. Kacau sebentar dan taburkan lada hitam dan garam secukup rasa. Masak sebentar. Siap. Angkat.
4. Setelah terung masak, letakkan atas pinggan besar dan kopek tengah terung dengan sudu dan garfu. Jangan kopek hingga habis ke bawah, setengah aje.
5. Masukkan inti tomato cili tadi ke tengah terung. Kira macam terung sumbat dah ni. Letakkan dalam loyang kembali. Siapkan semua terung. Bakar kembali dalam oven selama 10 - 15 minit (bergantung pada saiz terung).
6. Setelah masak, hidangkan di atas piring besar yang berisi puree tomato dan taburkan dengan daun oregano atau parsli. Siap untuk dimakan.
Patatesli Yumurta @ Eggs with potatoes.
Makanan Turki ni macam telur dadar di Malaysia cuma letak kentang dan rempah. Dan rupanya lebih kurang seperti frittata, menu barat.
Tq Aysenur Altan dari @turkishfoodtravel untuk resipi.
Bahan:
1 biji kentang besar, dibuang kulit & dipotong dadu
3 biji telur saiz A
2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili, oregano atau apa sahaja yang anda suka
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali leper. Setelah minyak panas, masukkan kentang. Masak hingga ia separuh masak & tutup atasnya dengan penutup periuk. Kacau sekali sekala.
2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, garam, lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan oregano. Kacau hingga semua mesra.
3. Angkat penutup periuk dan masukkan adunan telur tadi serata kentang. Guna api perlahan untuk masakkan telur dan kentang.
4. Setelah bahagian bawah masak, perlahan-lahan pindahkan telur tadi ke atas pinggan besar dan kemudian masukkan balik ke dalam kuali dengan menelangkupkan bahagian yang belum masak. Biarkan ia masak selama 3-4 minit dan barulah angkat ke dalam pinggan untuk dihidang.
Narrated by Abu Daud
Pidë Turki @ Pizza Turki. Ternampak IG @akudanistanbul . Entah macam mana, tetiba nampak YouTube channel @refikabirgul tentang masakan makanan Turki. Apalagi, layan kejap. Dan tetiba tertonton dia buat pidë. Jadi, gigihlah saya belajar membuat roti turki yang satu ni.
Ni resipinya jika nak buat. Lebih kurang pizza biasa makan cuma tak letak sos tomato & bentuknya seperti sampan.
Bahan doh:
1/2kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
300ml air suam
Bahan topping:
300gm keju mozzarella
100gm keju Cheddar
200gm daging cincang
7-9 biji tomato kecil belab dua
1 biji tomato besar dibuang kulit dan didadu
Beberapa helai daun selasih (basil)
2 batang hotdog dihiris
1/2 biji cili benggala didadu
Lada hitam
Cili kisar
Sedikit garam jika nak ada rasa pada inti daging
Penyediaan:
1. Semua bahan doh dicampurkan dan diuli seperti membuat doh pizza. Setengah kilo tepung akan dapat dalam 7 keping pide. Rehatkan doh selama 1/2 jam.
2. Untuk inti daging, masukkan daging cincang, tomato didadu, cili benggala, lada hitam, cili kisar dan garam. Gaul dan ketepikan.
3. Sediakan dulang lebar tapi kali ni, guna belakang dulang sebab doh dia lebar memanjang. Panaskan oven pada suhu 240°, api atas bawah.
4. Ambil sebiji doh yang dah kembang dan uli doh memanjang guna pencanai. Letakkan doh di atas papan leper atau boleh juga letak terus di belakang tray. Sudukan inti daging ditengahnya. Kemudian, lipat / kelepet tepi doh pizza kelilingnya. Buangkan baki tepung keliling doh dan taburkan sedikit keju di tengahnya.
5. Bakar pidë selama 8-10 minit atau sehingga roti berwarna kuning keemasan. Sebaik keluar dari oven, sapukan mentega di keliling tepi pidë agar nampak lebih berkilat. Ia juga bagi menaikkan warna dan rasa. Siap untuk dihidang dan makan.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.