Resipi mudah dan mampu buat oleh kita untuk yang tersayang. Kepelbagaian menu inilah meraikan citarasa kita rakyat Malaysia.
Roti popular yang anda boleh buat sendiri di rumah tanpa ke Turki.
Roti popular masyarakat Palestin mudah dimasak dan dinikmati.
Roti rempah popular timur tengah ala pizza yang simple sangat.
Resipi ikan yang sesuai untuk peminat menu bakar ala Turki.
Menu telur yang sesuai untuk sarapan, makan petang mahupun yang sedang diet.
Minuman segar dari Vietnam disukai tua muda.
Enak dimakan dengan apam lenggang mahupun roti serta nasi.
Peminat roti dan kentang patut cuba resipi mudah Tuki ini.
Pizza panjang Turki yang boleh letak apa sahaja toppingnya.
Tak dapat ke Sri Lanka, cuba resipi kari udang yang 'terangkat' ini.
Mudah sahaja masak tosei ini. Semudah ABC.
Jemput-jemput sayur dan berempah versi dari India dan Pakistan.
Muhammad Amin Bin Abdullah (Ustaz Amin)

Antara rezeki yang diberikan Allah bila bersedekah ialah rezeki melimpah-ruah, diselamatkan dari bala, disembuhkan penyakit, dibebaskan dari musuh dan banyak lagi.
Khas buat peminat yang menyukai karya klasik, thriller juga Islamik. You won't regret.
Mutiara kata dari RUMI yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu ini terasa seperti panduan mudah pengubat jiwa.
Jika anda ingin melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan, lakukan sahaja. Mungkin ia bukan sahaja menggembirakan diri sendiri tetapi membantu orang lain.
Ucapkanlah terima kasih kerana ia sangat bermakna buat penerima. Lambang dihargai, diingati dan setiakawan.
Bait-baik peringatan dan motivasi dari Al-Quran, hadis dan kisah dalam buku ini membuatkan diri bahagia bersama-Nya.
Ada banyak kisah benar dalam buku ini yang membuatkan saya seolah-olah diberi peluang kedua untuk kembali hidup tenang, gembira dan jauh dari ketakutan.
Malaysia menawarkan pelbagai aneka jenis makanan dan minuman. Ada masakan bergoreng, bakar, kukus, panggang, berkuah dan manisan. Kepelbagaian menu masakan Malaysia ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum menghargai setiap makanan tak kira kaum atau bangsa juga agama. Lihat sahaja keadaan ketika ke bazar Ramadan atau ked
Malaysia menawarkan pelbagai aneka jenis makanan dan minuman. Ada masakan bergoreng, bakar, kukus, panggang, berkuah dan manisan. Kepelbagaian menu masakan Malaysia ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia yang pelbagai kaum menghargai setiap makanan tak kira kaum atau bangsa juga agama. Lihat sahaja keadaan ketika ke bazar Ramadan atau kedai mamak. Boleh aje kita lihat pelbagai bangsa bersama-sama menikmati makanan yang dijual dan dihidang.
Melalui resipi mudah yang saya kongsikan di web ini, diharap kita semua dapat mencuba dan belajar jatuh cinta, juga menghargai banyak makanan sedap, tradisional, murah, mudah masak dan best yang ada di Malaysia. Dahulu, saya bukanlah seorang yang pandai memasak tetapi oleh kerana faktor tertentu, memasak menjadikan saya seorang yang baru, tidak mudah putus asa, terapi diri, suka belajar ilmu baru dan menghargai makanan yang menjadi antara lambang perpaduan rakyat Malaysia. Kepelbagaian citarasi ini yang mengeratkan kita.

Islam sejak awal lagi menggalakkan umatnya mengembara, menimba ilmu baru, berkenalan dan belajar dari sejarah. Dari pembacaan, timbul minat bukan sahaja untuk mencuba menu masakan Malaysia tetapi juga resipi dari luar. Sebaik berjaya, ia menjadi satu ketagihan untuk menambah koleksi ilmu memasak resipi mudah tidak kira dari negara mana pu
Islam sejak awal lagi menggalakkan umatnya mengembara, menimba ilmu baru, berkenalan dan belajar dari sejarah. Dari pembacaan, timbul minat bukan sahaja untuk mencuba menu masakan Malaysia tetapi juga resipi dari luar. Sebaik berjaya, ia menjadi satu ketagihan untuk menambah koleksi ilmu memasak resipi mudah tidak kira dari negara mana pun. Mencuba sesuatu yang baru itu meningkatkan ilmu dan pengalaman saya yang sebelum ini tak pernah tahupun wujud masakan antarabangsa yang saya kongsikan dalam web ini. Allah beri ilham, Dia juga berikan idea serta semangat untuk mencuba.
"Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah dalam kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya."
(Al-Hujuraat 49: 13)

Buku-buku yang dimiliki dan dikongsikan dalam web ini sejujurnya diberikan 'rating' tinggi secara personal oleh saya. Dan buku-buku ini ada yang membentuk peribadi saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Membaca membuka mata saya untuk lebih gembira, menghargai, berkongsi ilmu, release stress dan memotivasikan diri saat 'down'.
Pernah
Buku-buku yang dimiliki dan dikongsikan dalam web ini sejujurnya diberikan 'rating' tinggi secara personal oleh saya. Dan buku-buku ini ada yang membentuk peribadi saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Membaca membuka mata saya untuk lebih gembira, menghargai, berkongsi ilmu, release stress dan memotivasikan diri saat 'down'.
Pernah satu waktu dahulu, saya dan adik lelaki berkongsi duit semata-mata hendak membeli komik HongKong dan Jepun yang keluar pasaran setiap awal minggu. Begitu teruk ketagihan kami waktu itu dengan komik kerana ilustrasinya yang cantik dan jalan ceritanya yang sentiasa tak terjangka.
Hingga kini, minat yang satu ini bukan sahaja mampu membuatkan saya membaca buku-buku cerita yang best tetapi telah 'menjemput diri' membaca dan menelaah buku-buku resipi, agama, perniagaan dan motivasi diri pula.

Menulis jurnal/diari antara terapi saya mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, 5 tahun saya menulis jurnal yang dipanggil jurnal kesyukuran. Ianya bermula semasa Covid.
Covid buat kita rasa insecure, takut dan bimbang pada banyak perkara. Waktu ini ramai orang diberhentikan kerja dan stres. Saya sendiri tercari
Menulis jurnal/diari antara terapi saya mengekalkan diri untuk positif dan bersangka baik. Alhamdulillah, 5 tahun saya menulis jurnal yang dipanggil jurnal kesyukuran. Ianya bermula semasa Covid.
Covid buat kita rasa insecure, takut dan bimbang pada banyak perkara. Waktu ini ramai orang diberhentikan kerja dan stres. Saya sendiri tercari-cari cara untuk tenangkan diri dan cuba fikir positif. Dan Alhamdulillah, Allah lorongkan saya pada panulisan jurnal kesyukuran.
Awalnya saya menulis guna buku nota. Setiap hari saya tulis 3-5 perkara baik, positif dan menggembirakan diri. Perkara negatif saya tak tulis. Waktu ini syukur ada banyak perubahan dari sudut berfikir dan persepsi saya tentang hidup. Diri lebih tenang, sangka baik pada Allah, kurang cemburu dan usaha belajar ilmu baru.
Jika anda ingin rekodkan perkara baik yang dinikmati setiap hari dan motivasikan diri dengan mutiara kata positif, anda boleh dapatkan jurnal kesyukuran Bahasa Melayu pertama di link ini. Dalam 90 hari, anda bakal menjadi orang baru.
Sepanjang saya belajar memasak, ada beberapa tip yang membuatkan saya tahu PERLU dan JANGAN dilakukan ketika memasak. Jika dilakukan juga, makanan anda confirm tak jadi atau tak sedap. Untuk elakkan kerugian, dapatkan ebook ini PERCUMA sahaja.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.